tasbih Pictures, Images and Photos

19 March 2011

SEBELUM CAHAYA -LETTO

DENGAN SIAPA KAMU DUDUK??


Barangsiapa duduk dgn 8 mcm mnusia,akan ditambah oleh ALLAH bgnya 8 corak hidup..


1) Brngsiapa suka duduk beserta org kaya,akan dtmbah oleh ALLAH,kecintaannya kpd dunia dan keinginan kpdnya..

2) Brngsiapa suka duduk beserta org miskin akn dijadikan ALLAH bgnya kesukaan bersyukur dan redha mnerima pmbahagian yg ditentukan oleh ALLAH.

3) Brgsiapa suka duduk dgn sultan (pemerintah negara) akn ditambah oleh ALLAH kasarnya dan sombongnya.

4) Brngsiapa suka duduk berdua-duan dgn prmpuan yg BUKAN MAHRAMnya,akn ditambah oleh ALLAH bodohnya dan syahwatnya..

5) brgsiapa yg suka duduk brsama kanak-kanak akan ditmbah oleh ALLAH,kesukaannya bermain-main dan brsenda gurau.

6) Brngsiapa yg suka duduk dgn org yg fasiq,suka buat maksiat samada dosa besar atau kecil,akan bertambahlah beraninya berbuat dosa dan menunda-nunda taubat.

7) Brgsiapa suka duduk brsama dgn org-org soleh,akan bertambahlah keinginannya utk taat dan patuh pd ALLAH.

8) Brgsiapa suka duduk brsama dgn para Alim Ulamak,maka akan bertambahlah ilmu dan waraknya,,

maka,,pilihlah yg mana satu mngikut iman masing-masing,,selamat beramal...(^;^)

13 March 2011

KEHENDAK ALLAH VS KEHENDAK MANUSIA


FAHAMILAH KEHENDAK TUHAN

Kehendak Manusia : aku ingin belajar rajin-rajin agar aku jadi org yg pndai,nnti mudah lulus periksa dan dpt ijazah.org tentu akn hormat pdku..

Kehendak ALLAH : Walaupn rajin blajar,tak smstinye kau lulus.Apakah kau boleh jamin engkau pandai,engkau tdk merosakkn dirimu? engkau tdk akn merosakkan msyarakat engkau? Mana tahu kalau2 engkau lebih pndai drpd org lain,engkau akn sombong dan mnipu org dgn kepandaian yg engkau miliki itu,kalau bgtu bukankah lebih selamat engkau tdk jadi org pndai??

Kehendak Manusia : aku ingin mmiliki tubuh bdn sihat spya mudah aku beramal ibdah.setiap wktu aku boleh berjemaah d masjid,kalau murah rezki pula aku akn mmbawa keluargaku menunaikan haji..

Kehendak ALLAH : Walaupn engkau ingin mmiliki tubuh bdn yg sihat,tp AKU sngaja ingin mnguji engkau dgn ksakitan.apakah engkau rase kalau tubuh bdnmu sihat,engkau boleh buat ibadah? tapi AKU lebih tahu,kalu tubuh bdnmu sihat,engkau akn buat dosa,buat mksiat,tp kalau engkau sakit,barulah engkau beringt-ingat.

Kehendak Manusia : Ya ALLAH,,mngapa aku selalu ditimpa kesusahan demi kesusahan demi kesusahan? apakah ENGKAU trgamak mlihat aku dan kluargaku sntese mnderita? apakah dosaku hingga aku slallu ditimpa bala bencana? mngapa tdk engkau halakan bncana ni ke tempat lain?bukankah ENGKAU MAHA BERKUASA utk melakukannya?

Kehendak ALLAH : mmg AKU slalu timpakan kesusahan kpdmu krn AKU suka mndengar rintihan hamba-hambaKU.redhalah wahai hambaKU,percayalah d ctu msti ada kebaikan,Tidak pernah AKU lakukan sesuatu prkara itu sia-sia atau AKU main-main dgn ciptaanKU melainkan setiap apa yg AKU lakukan ada hikmah,ada pendidikan dan ada pengajaran...

12 March 2011

AKAN KU JUMPA DIRIMU......AZFAR



Ku mengatur langkahku
berjalan tanpa bayang-bayangMu
langit dan bumi setia, menemaniku
matahari menyinar tak pernah berpihak padaku
Ku kepanasan tanpa perlindunganMu.

Hari berganti hari aku masih teguh menanti
Hadir diri Mu dalam hidupku ini
Rasa kecewa ada bila kaki penat berlari
Namun yakinku Kau kan kutemui

ku takkan pernah cuba berhenti
langkahku mencari Cinta
Yang ku tahu hanya tuk diriku
kan ku terus cari sampai hujung dunia

kerna ku tahu akanku jumpa diriMu
dan ku kan terus menempuh mimpi-mimpiku selalu

kulihat semua gembira
bila mengenali erti Cinta
senyuman ku beri hanya duka
bila ingin Teman tuk berbicara

Cinta jangan sembunyi
mataku kabur mencari
hadirlah dalam hidupku ini
Cinta jangan engkau pergi
bila langkahku cuba

untuk mengejar diriMu

11 March 2011

"Wahai Muslimahku tahukah dikau….




Bidadari itu jelitawan yang sangat mekar, Riasnya indah lagi memukau, Lentuknya tertib lembut gemalai, Nur kasihnya terang cemerlang terpancar, Serba sempurna akhlak gemilang.

Wahai Muslimahku tahukah dikau…

Sesungguhnya bidadari itu mempunyai Ratu, Yang sangat sempurna dari yang sempurna, Yang sangat dicemburui oleh sekaliannya, Yang menjadi peneman paling utama, Yang sangat memukau melebihi segalanya.

Wahai Muslimahku tahukah dikau…

Ratu bidadari ada dunia fana ini, Isteri solehah gelaran di beri, Tiada tertanding akhlak dan pekerti, Tiada terbilang kesetiaan dan ketaatan diberi, Tiada ternilai budi dan pengorbanan pada Allah dan suami, Itulah Ratu bidadari di alam syurgawi.

Wahai Muslimahku tahukah dikau…

aku mengidam bertemu dengannya, Hanya mengharap pada Ilahi, Agar niat, amalan dan ikhlas ku di perhalusi, Dalam merafakkan kesyukuran kepadaNya, Agar syurga menjadi imbalannya, Supaya hajatku menjadi terlaksana.


Wahai Muslimahku tahukah dikau..

Sesungguhnya Ratu bidadari menjadi idamanku, Bukan sahaja membawaku ke syurga Allah, Malah menjadi Ratu penemanku di alam sana, Dan menjadi harapan dan doaku selama ini …… Agar Ratu bidadari itu adalah kamu….…… InsyaAllah…..

WANITA SOLEHAH PENGHIBUR HATI


WANITA SOLEHAH….
SENANTIASA TENANG JIWANYA
LANTARAN ITU SENTIASA MEMBESARKAN TUHAN DI DALAM SOLAT
DAN SUNNAH RASULULLAH JADI JALAN KEHIDUPANNYA
MENJADI AKHBAR DAN HIBURAN
JANJI-JANJI ALLAH JAMINAN KETENANGAN BUATNYA
SUMBER JIWANYA BEROLEH KEKUATAN
AGAR SABAR MENENTANG MUSIBAH

BERTEGUH MENJUNJUNG HUKUM HAKAM ALLAH

INILAH WANITA SOLEHAH
TIDAK MEMBIARKAN DIRI
MENJADI BUSAR PANAHAN SYAITAN
DIPERALATKAN UNTUK MENGUMPAN KAUM ADAM
MEMANDANGNYA....
MENYEJUKKAN MATA.....

DIRINYA TENTERAM
MEMBIARKAN HIBURAN
KIRANYA IA SEORANG ISTERI
KEPERIBADIAN MENGHIBUR SUAMI

SENTIASA MENGUNTUM SENYUM DI HaDAPAN SUAMI
SANGGUP HIDUP BERDUA MATI BERSAMA
LANTARAN MENGHARAPKAN KEREDHAAN ALLAH SEMATA-MATA
MEMADAI DENGAN APA YANG ADA
TIDAK PERNAH MENUNTUT APA YANG TIADA
MENJADI TULANG BELAKANG PERJUANGAN SUAMI
HINGGA SUAMI MERASAKAN RUMAH ITU SYURGA
MENJADI KEKUATAN JIWA
UNTUK MENEGAKKAN JIHADNYA


NATIJAHNYA,
LAHIRLAH JIWA SAKINAH
BERNAFSUKAN MUTMAI’NAH.

‘SEINDAH HIASAN ADALAH WANITA SOLEHAH

10 March 2011

PATAH HATI... SAUJANA

08 March 2011

BICARA AGUNG




WAHYU SUCI,
ALQURAN ITULAH,KEHEBATANNYA TERSERLAH DALAM KEAGUNGAN, KETINGGIANNYE MELEPASI UFUK CIPTAAN, KEUNGGULANNYE TIADA TANDINGAN, KESENIANNYE TINGGI BERSULAM KEHALUSAN.

ITULAH ALQURAN,
DITAKJUBI DALAM KEINDAHAN, DIGERUNI PADA TAZKIRAH INGATAN, DIKAGUMI PADA JANJI UJIAN.

ITULAH ALQURAN,

ILMUNYA MELAUT PENUH,
TIADA SIAPA PUN MAMPU MENGIRA SUKATAN, TIADA SIAPA PUN MAMPU MENGHITUNG SELURUH ILMU KESUCIAN, TIADA SIAPA PUN MAMPU MENGHARUNG MENCARI JALAN PENGAKHIRAN, TIADA GUNUNG,TIADA BUKIT TINGGI YANG MENAMPAKKAN DARATAN,

YA ALLAH..
BENARLAH FIRMAN-MU YANG BERMAKSUD, TIDAK AKU BERIKAN KEPADA KALIAN DARIPADA ILMU KECUALI HANYALAH SEDIKIT,

SESUNGGUHNYA, ALQURAN ITU ADALAH FAJAR ILMU, DI DALAMNYA TERKANDUNG SEGALA ILMU, ILMUNYA BAGAIKAN MATAHARI MENERANGI ALAM, TERANG BERSINAR MENYULUH GELAP KELAM KEJAHILAN,

BAGI MEREKA YANG DIANUGERAHI KEFAKIHAN, PASTI MENGAMBIL ILMUNYA SEBAGAI SANDARAN, MERUNGKAI BICARA PERMASALAHAN HALAL DAN HARAM, ANDAI TERSALAH DALAM PENGETAHUAN, MERUJUKI KEMBALI TANPA SILU DAN SEGAN.



ITULAH ALQURAN,
YANG TERKANDUNG DI DALAMNYA KISAH-KISAH PEDOMAN ITULAH ALQURAN YANG TERKANDUNG DI DALAMNYA KHABAR BERITA, ITULAH ALQURAN YANG MENCERITAKAN SENGSARA KEPERITAN DAN KEBAHAGIAAN.

BAGI MEREKA YANG DIANUGERAHI KELEBIHAN,
PASTI MEMIKIRKAN AMANAH BEBANAN YANG PERLU DICURAHKAN,

DEMI MENYEMPURNAKAN TUNTUTAN DALAM KEDAHAGAAN,
WALAUPUN MUKJIZAT SUSUNAN ALQURAN,LAFAZ, DAN USLUB KETINGGIANNYA MENGATASI AKAL PEMIKIRAN,

NAMUN....ALQURAN ITU MAMPU MENYAMBAR HATI KEGERSANGAN