tasbih Pictures, Images and Photos

27 April 2009

SUAMI IDAMAN WANITA


SUAMI IDAMAN WANITA
Adalah Seorang Lelaki Yang Beriman, Yang Hatinya Disaluti Rasa Taqwa Kepada Allah SWT, Yang Jiwanya Penuh Dengan Penghayatan Terhadap Islam, Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu, Yang Sentiasa Dahaga Dengan Pahala, Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya, Yang Tidak Pernah Takut Berkata Benar, Yang Tidak Pernah Gentar Untuk Melawan Nafsu,

Suami idaman wanita
Adalah Lelaki Yang Menjaga Tuturkatanya, Yang Tidak Bermegah Dengan Ilmu Yang Dimilikinya, Yang Tidak Bermegah Dengan Harta Dunia Yang Dicarinya, Yang Sentiasa Berbuat Kebajikan Kerana Sifatnya Yang Penyayang, Yang Setiakawan Serta Yang Mempunyai Ramai Kawan, Dan Tidak Mempunyai Musuh Yang Bersifat Jembalang,

Suami idaman wanita
Adalah Lelaki Yang Menghormati Ibubapanya, Yang Sentiasa Berbakti Kepada Kedua Orang Tua Dan Keluarga, Yang Bakal Menjaga Keharmonian Rumahtangga, Yang Akan Mendidik Anak-Anak Dan Isteri Mendalami Agama Islam, Yang Mengamalkan Hidup Penuh Kesederhanaan Kerana Dunia Baginya Adalah Rumah Sementara Menunggu Akhirat,
Suami idaman wanita
Adalah Yang Sentiasa Bersedia Untuk Agamanya, Yang Hidup Di Bawah Naungan Al-Quran, Yang Mencontohi Sifat Rasulullah SAW, Yang Boleh Diajak Berbincang Dan berbicara, Yang Sujudnya Penuh Kesyukuran Dengan Rahmat Allah Ke Atasnya,

Suami idaman wanita
Adalah Yang Tidak Pernah Membazirkan Masa, Yang Matanya Kepenatan Kerana Kuat Membaca, Yang Suaranya Lesu Kerana Penat Mengaji Dan Berzikir, Yang Tidurnya Lena Dengan Cahaya Keimanan, Yang Bangun Subuhnya Penuh Dengan Kecerdasan, Kerana Sehari Lagi Usianya Bertambah Penuh Kematangan,
Suami idaman wanita
Adalah Yang Sentiasa Mengingati Mati, Yang baginya Hidup Di Dunia Adalah Ladang Akhirat, Yang Mana Buah Kehidupan Itu Perlu Dibajai Dan Dijaga, Agar Berputik Tunas Yang Bakal Menjadi Baka Yang Baik, Meneruskan Perjuangan Islam Sebelum Hari Kemudian,
Suami idaman wanita
Adalah Lelaki Yang Tidak Mudah Terpesona Dengan Buaian Dunia, Kerana Dia Mengimpikan Syurga, Di Situlah Rumah Idamannya, Dan Dia Ingin Membawa Isteri Dan Anak-anaknya Bersama, Menikmati Kehidupan Bahagia Yang Kekal Abadi, Bersama Redha Maha Esa.
Itulah Lelaki Acuan Al-Qur'an Bersama Wanita Acuan Al-Quran, Serta Dialah suami Idaman Wanita Hari Ini Dan Selamanya



26 April 2009

AKTIVITI MUAMALAT ISLAM


PENGENALAN TAKAFUL

TAKAFUL berasal daripada perkataan Arab yang bermaksud ‘saling menjamin’ atau joint guarantee. Ia boleh digambarkan sebagai satu perjanjian antara sekumpulan peserta yang bersetuju untuk saling menjamin mana-mana ahli dalam kumpulan itu yang ditimpa kerugian tertentu.

Konsep takaful ini sudah pun wujud pada asasnya sejak sebelum zaman Islam lagi. Pada masa itu, ia dikenali sebagai sistem ‘aqila’ (tanggungjawab bersama) yang dipelopori oleh kaum-kaum Arab pada waktu itu.

Takaful yang dikenali sekarang beroperasi sebagai satu jenis perniagaan (tijari), dan ia berlandaskan prinsip Syariah, iaitu tiada unsur riba, perjudian atau ketidakpastian dalam kontrak dan pengendalian perniagaan takaful itu.

Dalam kontrak takaful, peserta bersetuju untuk menderma sebahagian daripada caruman mereka untuk membantu peserta-peserta lain yang menghadapi kesulitan/kerugian tertentu (ini di kenali sebagai tabarru’). Ia merangkumi unsur perkongsian tanggungjawab, saling menjamin dan melindung sesama mereka. Ini merupakan teras kepada sistem takaful yang menjadikan unsur ketidaktentuan dibenarkan dalam kontrak takaful.

APA YANG MEMBEZAKAN ANTARA TAKAFUL DAN INSURANS

Pada kacamata seseorang yang bukan dari bidang ini, dia akan melihat tiada perbezaan antara kedua-dua sistem tersebut. Selepas diteliti, pada asasnya perbezaannya hanyalah satu, iaitu sistem takaful berlandaskan prinsip Syariah. Akan tetapi, jika diselidiki lebih mendalam, ternyata ada banyak perbezaan antara dua sistem ini. Perbezaan-perbezaan ini boleh dikategorikan seperti berikut:

1. KONTRAK YANG DIGUNAPAKAI:

Dalam sistem takaful, kontrak yang digunapakai ialah gabungan kontrak tabarru’ (derma) dan agensi (wakalah) atau kontrak berkongsi keuntungan (mudharabah). Kontrak dalam insurans pula ialah kontrak pertukaran (jual dan beli) antara penanggung insurans dengan pelanggan (pihak yang diinsuranskan).

2. TANGGUNGJAWAB PEMEGANG

POLISI:

Peserta takaful membuat caruman ke dalam skim dan saling menjamin sesama sendiri dalam skim ini. Di bawah sistem insurans, pemegang polisi membayar premium kepada penanggung insurans.

3.LIABILITI PENGENDALI TAKAFUL / PENANGGGUNG INSURANS:

Pengendali takaful bertindak sebagai pentadbir skim dan membayar manfaat daripada kumpulan wang para peserta. Risiko tidak berpindah dari peserta kepada pengendali takaful. Walau bagaimana pun, sekiranya berlaku kekurangan dalam kumpulan wang para peserta tersebut, pengendali takaful diwajibkan oleh Bank Negara Malaysia memberi pinjaman (tanpa faedah) untuk menampung kekurangan berkenaan. Manakala insurans, penanggung insurans bertanggungjawab membayar manfaat insurans seperti dijanjikan dan ini akan dibayar kepada pelanggan dari wang asetnya.

4. PELABURAN KUMPULAN WANG:

Caruman yang diterima akan hanya dilaburkan dalam instrumen yang memenuhi kehendak Syariah. Bagi syarikat insurans, tiada sebarang sekatan dalam jenis pelaburan yang dibolehkan, selain sekatan yang dikenakan untuk tujuan kehematan.

Di Malaysia, industri takaful bermula sejak tahun 1985 lagi, dengan tertubuhnya Syarikat Takaful Malaysia Bhd. Ia adalah anak syarikat Bank Islam Malaysia Berhad. Sehingga kini, terdapat sembilan syarikat pengendali takaful yang sudah diberi lesen oleh Bank Negara Malaysia. Pada tahun 2005, penembusan pasaran atau market penetration industri takaful di Malaysia hanyalah 5.6 peratus, berbanding 38.7 peratus untuk industri insurans. Ini menunjukkan bahawa industri takaful mempunyai potensi yang amat luas yang perlu diterokai.

Perlu diingatkan bahawa ada perbezaan business model yang digunapakai oleh pengendali takaful di Malaysia kini. Dua model yang dikenali ialah ‘Model Mudharabah’ atau profit/surplus sharing dan ‘Model Wakalah’ atau agency. Pengendali yang menggunakan model mudharabah tidak memerlukan perkhidmatan ejen atau wakil untuk menjual produknya, tetapi menggunakan kakitangan syarikat untuk memasarkan produk-produknya. Model wakalah menggunakan perkhidmatan ejen atau wakil takaful untuk memasarkan produk-produknya. Terpulanglah kepada pelanggan untuk memilih produk atau syarikat yang disenangi.

Kenapa Anda Perlukan Takaful.
Dalam kehidupan seharian soal makanan begitu dititikberatkan, contohnya halal dan haram, sembelih atau tidak binatang seperti lembu atau ayam yang akan dimakan. Begitu juga sejak kebelakangan ini soal yang sering dibangkitkan ialah barangan pengguna yang diimport yang tiada logo halal ataupun kesahihan logo halal bagi makanan yang diperbuat oleh orang bukan islam. Sumber wang diperolehi untuk membeli makanan juga diambilkira dan dipastikan adalah dari sumber yang halal.
Begitu juga dengan sistem perniagaan, perbankan dan perundangan juga telah bergerak daripada sistem kapitalis ke sistem islam yang mana kebanyakkan orang islam mahupun orang bukan islam percaya sistem islam adalah yang terbaik, lebih adil dan efisian.
Daripada dua fenomena diatas sudah tentu kita percaya bahawa sistem insurans islam ataupun lebih dikenali sebagai takaful adalah sistem yang terbaik dan adil untuk umat islam maupun yang bukan islam. Sistem islam yang suci bersifat menjaga kepentingan ummah didunia dan akhirat.
Seperti yang kita sedia maklum, tujuan asal insurans diperkenalkan ialah untuk memberikan perlindungan keewangan apabila seseorang itu ditimpa musibah kematian atau lain-lain. Tentunya wang yang kita ingin salurkan kepada waris kita adalah dari sumber yang halal sebagai mana kita berikan makanan yang terjamin halalnya kepada keluarga kita sekarang.
Oleh itu sistem takaful telah diusahakan apabila konsepnya telah diperkenalkan oleh zaman awal islam dahulu bagi menegakkan muamalah islam dan perlaksanaan islam yang sepenuhnya bersama-sama perbankan islam.

TAKAFUL - PILIHAN YANG MENEPATI SYARAK.

Takaful adalah berlandaskan kepada syariah Islam. Ianya tidak melibatkan unsur-unsur seperti perjudian, ketidakpastian dan riba. Kejayaan sistem insurans konvesional pada tahun-tahun sebelum ini tidak membawa apa-apa erti kepada umat Islam kerana sifatnya yang tidak menepati kehendak islam. Walaubagaimana pun, oleh kerana pada suatu ketika dahulu, pada masa takaful belum diwujudkan lagi, sesetengah ulama' berpendapat bahawa penyertaan ke dalam sistem insurans konvensional adalah darurat.

Tetapi, dengan wujudnya sistem insurans Islam (takaful), penyertaan ke atas sistem insurans konvensional tidak lagi danggap darurat dan hukumnya haram. Sebagai umat Islam yang cintakan agama, kita perlu menilai perkara- perkara yang tertentu agar ianya tidak bercanggah dengan agama Islam itu sendiri.

Persidangan Ulama Malaysia kali ke 16 pada 15-16 Februari 1979, mengambil keputusan seperti berikut;

Insuran nyawa (Life Insurance) sebagaimana yang dikendalikan oleh kebanyakan syarikat insuran yang ada pada hari ini adalah haram dan sebagai suatu muamalah yang fasad kerana aqadnya tidak sesuai dengan prinsip-prinsip Islam iaitu;

*

a. Mengandungi gharar (ketidak-tentuan)
*

b. Mengandungi unsur judi.
*

c. Mengandungi muamalah riba.


Insurans adalah termasuk salah satu daripada sistem perniagaan atau jual beli. Walaubagaimanapun, sistem muamalat Islam menggariskan perkara-perkara yang perlu dipatuhi seperti tiadanya unsur judi, riba, ketidakpastian, adanya akad, tidak menekan ke atas orang lain dan sebaginya. Wujudnya sistem perniagaan hari ini kebanyakkannya berdasarkan kepada sistem kapitalis dan sosialis. tujuan utama bagi perniagaan seperti ini adalah semata-mata mendapatkan keuntungan tanpa mengambilkira samada ianya menyebabkan orang lain tertindas atau tidak. Sistem perbankan misalnya, mangamalkan kaedah riba yang ternyata tidak berlandaskan hukum Islam. Sistem perniagaan yang diwujudkan berlandaskan Islam seperti Bank Islam, Tabung Haji, pajak gadai Islam, Mudharabah, pinjaman secara Islam dan pelaburan yang berasaskan Islam seperti amanah saham Islam, kaunter syariah di BSKL dan sebagainya, menunjukkan potensi perkembangan sistem muamalat Islam di negara ini semakin memberangsangkan, Justeru, sokongan padu daripada masyarakat Islam adalah aset penting dalam membangunkan ekonomi Islam itu sendiri, dan dengan itu, dapat menyakinkan masyarakat bukan Islam untuk sama-sama menyertai sistem perniagaan yang berlandaskan Islam.

UNSUR DAKWAH ISLAMIAH
Sebagai umat Islam, kita seharusnya memperkembangkan pengetahuan berkenaan Islam kepada masyrakat bukan Islam. Sebagai langkah pertama, seharusnya kita menggunapakai produk-produk Islam dan kemudian (setelah berpuashati) mencadangkan produk tersebut kepada mereka dan niatlah bahawa itu adalah sebahagian usaha dakwah kita di dalam menegakkan agamaNya. InsyaAllah mendapat keberkatanNya.

Istilah Takaful

Tafsiran syara' ialah satu pakatan kumpulan untuk saling jamin menjamin dan tolong menolong antara satu sama lain.

*

Takaful mengikut tafsiran syara' ialah pakatan satu kumpulan untuk saling jamin menjamin dan tolong menolong antara satu sama lain.
*

Ini bertepatan dengan Hadith Rasulullah S.A.W. yang bermaksud, "Demi diriku yang dalam kekuasaan Allah bahawa sesiapapun tidak masuk syurga jika tidak memberi perlindungan kepada jirannya yang terhimpit".

Tujuan Takaful

Sistem takaful adalah satu saluran yang membolehkan individu berikhtiar untuk saling bantu membantu bagi menghadapi risiko serta menyediakan manfaat dalam mengurangkan beban kewangan.

*

Menjaga kebajikan sosial
*

Mewujudkan keharmonian sosial
*

Sebagai saluran atau mekanisma sosial di mana,"The fortune many compensate the unfortunate few".

Ciri - Ciri Takaful

Tiada unsur riba'Tiada unsur gharar (ketidakpastian)Tiada unsur maisir (judi)Ada tabarru' (derma ikhlas)Ada perkongsian Al-Mudharabah (keuntungan)Akad yang dipersetujui.

*

Tiada unsur riba
*

Tiada unsur maisir (judi)
*

Tiada unsur gharar
*

Ada perkongsian untung (Al-Mudharabah)

Konsep Tabarru'

Bererti membuat kebajikan atau derma bersyarat dengan redha. Ia dilakukan secara sedar dengan niat untuk saling bantu membantu. Takaful Nasional berperanan sebagai pengendali tabung tabarru'. Manfaat akan dibayar menggunakan tabung tabarru'.

*

Tabarru' adalah perkataan Arab bermaksud Membuat Kebajikan / Membuat Derma Bersyarat / Mengurniakan Dengan Redha Sendiri
*

Tabarru' dilakukan dengan sedar di atas niat yang suci murni untuk tujuan membantu.
*

Tanpa tabarru' urusan takaful akan menjadi Gharar, sama seperti jualbeli seperti insurans.
*

Dengan konsep tabarru' , unsur Gharar dan Maisir dapat dihindarkan.
*

Daripada tabung tabarru', manfaat dibayar.
*

Melalui tabaru', risiko kemalangan dipikul oleh sesama peserta yang mentabarru' dan bukannya syarikat.
*

Dengan perlaksanaan tabarru' kita faham bahawa Takaful Nasional bukan menjual insurans Islam tetapi Pengendali tabung tabarru' tersebut.
*

Wujudnya tabarru', peserta akan juga sama memikirkan untuk membantu rakan-rakan yang lain (iaitu semangat bertabarru')
*

Wang tabarru' bukanlah kepunyaan syarikat. Syarikat hanya pengendali dan menentukan hak diberikan secara adil.
*

Konsep tabarru' mestilah dihayati. Tanpa penghayatan urusan takaful menjadi tiada beza dari insurans.

Konsep Al Mudharabah

Perkongsian keuntungan mengikut nisbah yang dipersetujui bersama antara peserta dan syarikat.

*

Mudharabah bermaksud perkongsian untung
*

Nisbah pembahagian bergantung persetujuan bersama - dinyatakan di dalam perjanjian/borang.
*

Mudharabah dikaitkan dengan pelaburan yang bersifat amanah di mana syarikat tidak wajib (tidak dosa/salah) jika tidak diberitahu di mana pelaburan dibuat.
*

Mudharabah berbeza dari musyarakah (joint-venture) di mana kedua-dua pihak perlu tahu di mana pelaburan dibuat.
*

Mudharabah sebagai pengganti dividen atau kadar faedah/bung
*

Mudharabah dibenarkan oleh agama
*

Dalam mudharabah - nisbah ditentukan sementara nilai tidak ditentukan - bergantung kepada keuntungan.
*

Pembahagian secara mudharabah lebih adil.
*

Pengiraan mudharabah bermula dari tarikh sumbangan dibuat.
*

Pembayaran mudharabah dibuat terus kepada peserta.

KEPERLUAN TAKAFUL

*

Insan selalu terdedah kepada musibah atau malapetaka seperti kecurian, kebakaran, dan banyak lagi yang akan mengakibatkan kerugian dan pengurangan nilai.
*

Jenis dan tahap risiko berbeza-beza dari segi nilai mendapatkan semula.
*

Risiko atau musibah itu tidak pasti bila akan terjadi.
*

Untuk mendapatkan semula keadaan asal Insan perlu berusaha atau berikhtiar menyediakan bantuan.
*

Sistem atau saluran bantu membantu dianjurkan dan digalakkan oleh agama.
*

Sistem Takaful boleh meringankan beban risiko dan menyambung aktiviti harian.
*

Hanya sistem takaful yang ramai dapat membantu yang ditimpa musibah.
*

Sistem takaful menguntungkan.

SETIAP SESUATU PERKARA ITU SEMESTINYA ADA KEPENTINGANNYA.
Begitulah dengan Insurans Islam Ini. Antara keperluan semasa kita termasuklah
1. Simpanan dan Perlindungan
2. Pendidikan Anak Anak
3. Penyakit / Bil Hospital
4. Keluarga Anda
5. Pendapatan Semasa Pencen
6. Haji / Umrah / Bercuti
7. Wanita / Surirumah

8. Kecacatan Kekal
1. SIMPANAN DAN PERLINDUNGAN

Takaful Dapat MEMASTIKAN Anda Menyimpan Secara Tetap.
Kebanyakkan Individu menyimpan di TAKAFUL kerana beberapa sebab :

*

Untuk simpanan dan persediaan perlindungan pendapatan untuk keluarga sekiranya berlaku kematian.
*

Untuk pendapatan masa tua.
*

Untuk pendapatan sekiranya berlaku kecacatan kekal.
*

Untuk Persediaan wang tunai sekiranya berlaku kecemasan atau ada peluang perniagaan.

2. PENDIDIKAN ANAK

*

MENYERTAI TAKAFUL UNTUK PELAJARAN ANAK ANDA KERANA :- Apabila mereka meningkat dewasa, kita mengkhendaki satu permulaan yang baik.
*

Bayaran sumbangan adalah murah bila menyertai mulai sekarang.
*

Membentuk tabungan yang akan membuat anak anda berdiri diatas kaki sendiri bila sampai umurnya.
*

Kerana kita juga mengharapkan ayah kita dahulu mengambil polisi untuk kita semasa kita kanak kanak.

3. PENYAKIT KRITIKAL / BIL HOSPITAL
Dalam masyarakat hari ini, Penyakit Jantung, Stroke, Kanser dan kegagalan buah pinggang berfungsi adalah perkara biasa. Dengan keadah perubatan moden semua masalah ini dapat diatasi tetapi , WANG yang banyak diperlukan untuk menampung kos PERUBATAN.

Bila seseorang dijangkati penyakit, dia memerlukan rawatan. Dalam proses perawatan ini, dia memerlukan masa yang panjang untuk kembali pulih / sihat dan berkerja seperti sediakala. Bayaran untuk perawatan kebiasannya adalah sangat tinggi yang mana ini akan membabitkan orang yang kita sayang. Mereka akan seboleh bolehnya mencari wang tanpa mengira cara dan jalan asalkan kita boleh
kembali sihat. Walaupun terpaksa membuat hutang yang besar yang mana akan mereka bayar kemudian.

Sekiranya anda dimasukkan ke hospital dan perlu menjalani pembedahan dan ketika itu anda tiada WANG


4. KELUARGA ANDA

Semua KELUARGA perlukan Keperluan Asas
Sekiranya anda tidak mendapat gaji untuk Bulan Ini ATAU Bulan Hadapan ATAU untuk beberapa bulan. Bagaimana anda hendak meneruskan kehidupan.

(Fikirkan Isteri dan Anak anak Tanpa ANDA)

"Semua perlindngan takaful adalah baik sekiranya anda bersedia MENTAKAFULKAN Pendapatan yang digunakan untuk membayar sumbangan takaful"

Tanyakan Pada Diri Anda :-

*

Apakah yang anda fikirkan sekiranya seorang ayah meninggalkan seorang isteri dengan 3 orang anak yang masih kecil?
*

Bagaimanakahpula keadaan sekiranya dia tinggal dirumah dan mengharapkan / membiarkan isteri dan anak anaknya untuk menjaganya

5. PENDAPATAN SEMASA PENCEN

*

KEHIDUPAN SENTIASA MEMERLUKAN PERBELAJAAN

Inilah perkara serius yang harus difikirkan bila hari meningkat tua iaitu pendapatan selepas pencen dan juga perlindungan untuk keluarga.

Jangkahayat Semangkin Meningkat.

Kesihatan hidup sekarang lebih baik kerana keadah perubatan yang baik. UMUR: 20 - 55 Masa Berkerja - Anda ada 35 tahun Untuk Berkerja.
*

UMUR: 55 - 75 Masa Tidak Berkerja - Selebihnya 20 tahun lagi untuk meneruskan kehidupan HARI TUA (Ini memerlukan PERBELANJAAN)

Adakah anda akan menyimpan mulai esok yang tak pasti dan telahpun membelanjakan apa yang anda simpan semalam.
6. HAJI / UMRAH / BERCUTI
SUKARNYA UNTUK MENYIMPAN
Bolehkah anda menyimpan secara tetap/terus sekiranya tiada paksaan?.

Bagi anda yang mempunyai impian menunaikan Fardu Haji/Umrah/Bercuti, Simpanan bulanan secara tetap akan merealisasikan impian anda ini.

Simpanan anda boleh dikeluarkan bila anda memerlukannya.
7. WANITA DAN SURIRUMAH
WANITA SEPATUTNYA MENGAMBIL PELAN PERLINDUNGAN:- Lindungi Pendapatan
Wanita yang tinggal dengan keluarga, Sebahagian pendapatannya digunakan untuk perbelanjaan rumah. Kedua orang tua mengharap sumbangan anda setiap bulan.

Pendapatan Pencen
Wanita akan berhenti kerja lebih awal untuk menjadi SURIRUMAH sepenuh masa. Mereka juga mempunyi jangkahayat panjang purata 6 tahun lebih dari lelaki jadi KEPERLUAN untuk menjaga diri sendiri adalah tinggi.
8. KECACATAN KEKAL
SESUATU YANG TIDAK ANDA INGINI
Kebiasaannya kerana 2 sebab iaitu Penyakit dan Kemalangan. Terdapat penyakit kritikal yang memerlukan perawatan segera. Doktor mungkin akan kata anda perlu menjalani pembedahan dan tinggal di Wad Hospital.
Anda terpaksa tinggal dihospital untuk menjalani rawatan pemulihan mungkin untuk beberapa hari atau beberapa minggu.
Doktor mungkin mengatakan yang anda boleh pulang kerumah dan berehat untuk beberapa bulan atau Setengah tahun atau Setahun atau Lebih.


10 April 2009

Fikirkanlah



Hari ini sebelum kita mengatakan kata-kata yang tidak baik,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak dapat berkata-kata sama sekali.


Sebelum kita mengeluh tentang rasa dari makanan,
Fikirkan tentang seseorang yang tidak punya apapun untuk dimakan.

Sebelum anda mengeluh tidak punya apa-apa,
Fikirkan tentang seseorang yang meminta-minta dijalanan.


Sebelum kita mengeluh bahawa kita buruk,
Fikirkan tentang seseorang yang berada pada keadaan yang terburuk di dalam hidupnya.

Sebelum mengeluh tentang suami atau isteri anda,
Fikirkan tentang seseorang yang memohon kepada Tuhan untuk diberikan teman hidup.


Hari ini sebelum kita mengeluh tentang hidup,
Fikirkan tentang seseorang yang meninggal terlalu cepat.


Sebelum kita mengeluh tentang anak-anak kita,
Fikirkan tentang seseorang yang sangat ingin mempunyai anak tetapi dirinya mandul.


Sebelum kita mengeluh tentang rumah yang kotor kerana pembantu tidak mengerjakan tugasnya,
Fikirkan tentang orang-orang yang tinggal dijalanan.


Dan di saat kita letih dan mengeluh tentang pekerjaan,
Fikirkan tentang pengangguran, orang-orang cacat yang berharap mereka mempunyai pekerjaan seperti kita.


Sebelum kita menunjukkan jari dan menyalahkan orang lain,
Ingatlah bahawa tidak ada seorangpun yang tidak berdosa.

Dan ketika kita sedang bersedih dan hidup dalam kesusahan,
Tersenyum dan berterima kasihlah kepada Tuhan bahawa kita masih hidup !

Yang Terbaik Untuk Anda.....

"Sebaik-baik harta yang anda miliki adalah
yang mendatangkan manfaat,seagung- agungnya
ilmu yang anda miliki adalah yang meninggikan darjat,
sebaik- baik rumah adalah yang memberikan
keluasan dan sebaik-baik sahabat adalah yang
sering menasihati anda"