29 December 2008

SALAM MA'AL HIJRAH 1430H DN AWAL MUHARRAM ,,bagaimana pula di PALESTIN?


Salam maal hijrah kpd semua umat islam,moga2 tahun baru yg penuh berkah ni mndapat keberkatan dari TUHAN,sama2 kita tingkatkan amal ibadat,basahi lidah dgn zikrullah,suburkan iman dan taqwa dlm diri,hiasi diri dgn sifat mahmudah,moga kita mndapat hasanah didunia dn di akhirat sana.Semoga tahun ini akan mmberi manfaat dari tahun sebelimnya,moga akan lebih mendekatkan diri kita kepada TUHAN,semoga berlalunya tahun lalu,kita dapat bermuhasabah,beristirgfar dan bertaubat dengan dosa2 lalu.Marilah kita sama2 menghayati kisah2 sejarah yg berlaku dlm bulan muharram yg mulia ni.dimana adernye peristiwa hari asyura.maka disunatkan kite berpuasa pada 10muharram,utk membezakan dgn org2 yahudi,maka kite disunatkan jg brpuasa 2hari,samada 9,10 mharram @ 10,11 muharram.

Dikesemapatan ini jg,marilah kite sama2 bersimpati dn berdoa kpd penduduk palestin yg menyambut awal muharram pada tahun ini,dengan menerima bedilan2,bom2 dari serangan jet2 udara israel laknatullah alaih,berapa ramai umat2 islam yg terkorban pada bulan yg mulia ini?angkara laku kejam yahudi israel yg tk berperikemanusian.mmbunuh manusia yg tidak berdosa.maka,marilah kita sama2 berdoa,YA
ALLAH,selamatkan umat islam di gaza,lindungi lah mereka dari azab peperangan ini.jatuhkan kerajaan yahudi israel ini.tinggikan kesucian agama islam di bumi palestin!takbir!!!

Hari kedua serangan Israel ke Gaza kononnya dengan alasan untuk menjatuhkan HAMAS. Jumlah penduduk Palestin yang terbunuh telah meningkat ke angka 282, 700 lagi cedera, 180 darinya mengalami kecederaan yang kritikal. Di Negara-negara Arab, rata-rata penduduk Arab juga termasuk Eropah mengambil pendekatan mengadakan demonstrasi di jalan-jalan bagi membantah, mengecam, dan mengutuk serangan Israel ke Gaza. Menurut sumber, 30 tempat di Gaza menjadi sasaran serangan udara Israel, terbaru kemungkinan akan berlaku serangan darat. Gaza bakal seperti Iraq, Afghanistan? Ketika msg ini ditulis, Gaza masih diserang Israel. 28/12/08, 12.08 tengahari (waktu Mesir)...ya ALLAH selamatkan umat Islam di GAZA..

http://www.infopalestina.com/m..


http://aljazeera.net/Channel/Livestreaming

maka..marilah sama2 kita ambil tahu hal2 melibatkan org islam,,ape sensitiviti kita?

1) Digalakkan semua mahasiswa-mahasiswi mengikuti perkembangan yang berlaku di Gaza mulai hari ini(Ahad, 28/12/08) sehingga hari Sabtu akan datang 04/01/2009 melalui televisyen(berita), suratkhabar harian, web-web berita menerusi internet dan apa jua perantaraan yang boleh dicapai bagi mengikuti perkembangan ini dari semasa ke semasa. Sekurang-kurangnya 10 minit setiap hari.

2) Digalakkan semua mahasiswa-mahasiswi mengadakan solat hajat serta qunut nazilah(sama ada secara berjemaah atau bersendirian) secara berterusan dari hari ke hari.

06 December 2008

Keutamaan Bulan Zulhijjah..



1) Bulan Yang Tidak Memilik Kekurangan

(شهران لا ينقصان، شهرا عيد: رمضان وذو الحجة)

.

Dari Abî Bakrah radhiyallâhu ‘anhu, dari Nabî Shallâllâhu ‘alaihi wa Sallam beliau bersabda : “Dua bulan yang tidak memiliki kekurangan, adalah bulan ‘îd :Ramadhân dan Dzul Hijjah.” (Muttafaqun ‘alaih).



2) Bulan Penyempurnaan Agama Islam

يا أمير المؤمنين، آية في كتابكم تقرؤونها، لو علينا معشر اليهود نزلت

لاتخذنا ذلك اليوم عيدا. قال: أي آية؟ قال: {اليوم أكملت لكم دينكم وأتممت عليكم نعمتي ورضيت لكم الإسلام دينا}. قال عمر: قد عرفنا ذلك اليوم، والمكان الذي نزلت فيه على النبي صلى الله عليه وسلم، وهو قائم بعرفة يوم جمعة

Dari ‘Umar bin al-Khatthâb radhiyallâhu ‘anhu, bahawa seorang Yahudi berkata kepada beliau, “Wahai Amîrul Mu’minîn, ada satu ayat di dalam kitab kalian yang kalian membacanya, sekiranya ayat tersebut turun pada Yahudi nescaya akan kami jadikan hari ‘îd (perayaan) kami.” ‘Umar bertanya, “Ayat yang manakah?” Yahudi itu berkata, “iaitu ayat yang berbunyi, “Pada hari ini telah kusempurnakan untuk kalian agama kalian dan aku cukupkan nikmat-Ku kepada kalian serta Aku Redhai Islam sebagai agama kalian.’ ‘Umar radhiyallâhu ‘anhu berkata, “kami telah mengetahui hari dan tempat diturunkannya ayat ini kepada Nabî Shallâllâhu ‘alaihi wa Sallam, dan beliau saat itu sedang berdiri (berkhutbah) di ‘Arafah pada hari Jumaat.” (Muttafaq ‘alaihi, ini adalah teks di dalam al-Bukhari) . Penerangan: Hari ‘Arafah adalah hari ke 9 pada bulan Dzul Hijjah.

3) 10 Hari Di Mana Amalan Lebih Mulia Daripada Jihad

(( مَا مِنْ أيَّامٍ ، العَمَلُ الصَّالِحُ فِيهَا أحَبُّ إِلَى اللهِ مِنْ هذِهِ الأَيَّام )) يعني أيام العشر . قالوا : يَا رسولَ اللهِ ، وَلاَ الجِهَادُ في سَبيلِ اللهِ ؟ قَالَ : (( وَلاَ الجِهَادُ فِي سَبِيلِ اللهِ ، إِلاَّ رَجُلٌ خَرَجَ بِنَفْسِهِ وَمَالِهِ ، فَلَمْ يَرْجِعْ مِنْ ذَلِكَ بِشَيءٍ ))

Dari Ibnu ‘Abbâs radhiyallâhu ‘anhuma beliau berkata, Rasūlullâh Shallâllâhu ‘alaihi wa Sallam bersabda : “Tidak ada hari-hari untuk beramal soleh di dalamnya yang lebih dicintai oleh Allah melebihi daripada hari-hari ini.” (iaitu sepuluh hari) Para sahabat bertanya, “Wahai Rasūlullâh, tidak pula jihâd fî sabîlillâh?”. Rasūlullâh Shallâllâhu ‘alaihi wa Sallam menjawab, “Tidak pula jihâd fî sabîlillâh melainkan seorang lelaki yang keluar jiwa dan hartanya (untuk berperang), dan dia tidak kembali membawa sesuatu apapun.” (HR Bukhârî). Penerangan: Maksudnya sepuluh hari pada awal bulan Dzul Hijjah.

4) Bulan yang di dalamnya terdapat hari Arafah (9 Zulhijjah) yang apabila berpuasa pada hari tersebut, nescaya dosanya sebelumnya dan sesudahnya diampuni oleh Allah:

Dari Abî Qatâdah radhiyallâhu ‘anhu, Rasūlullâh Shallâllâhu ‘alaihi wa Sallam bersabda :

صيام يوم عرفة، أحتسب على الله أن يكفر السنة التي قبله. والسنة التي بعده

Dari Abî Qotâdah radhiyallâhu ‘anhu, Rasūlullâh Shallâllâhu ‘alaihi wa Sallam bersabda : “Puasa Arafah, saya mengharapkan kepada Allah agar mengampuni dosa setahun sebelumnya dan setahun setelahnya…” (HR Muslim)

5) Bulan yang tidak ada hari di dalamnya, Allاh menyelamatkan lebih ramai hamba-Nya daripada seksa neraka

من يوم أكثر من أن يعتق الله فيه عبدا من النار، من يوم عرفة

Dari ‘A`isyah radhiyallâhu ‘anhâ beliau berkata : Sesungguhnya Rasūlullâh Shallâllâhu ‘alaihi wa Sallam bersabda : “Tidak ada hari yang lebih ramai Allah membebaskan hamba dari neraka selain pada hari ‘Arafah.” (HR Muslim).

7) Hari Haji Yang Besar

وقف النبي صلى الله عليه وسلم يوم النحر بين الجمرات، في الحجة التي حج، بهذا، وقال: (هذا يوم الحج الأكبر)

Dari ‘Abdullâh bin ‘Umar radhiyallâhu ‘anhumâ, bahwa Rasūlullâh Shallâllâhu ‘alaihi wa Sallam berwukuf pada hari an-Nahar (hari penyembelihan/’îdul adhhâ) di antara tempat melempar jumrah (baru kerikil) pada saat beliau sedang berhaji, kemudian beliau berkata : “Hari apa sekarang?” Para sahabat menjawab, “hari an-Nahar”. Lantas Nabî bersabda : “Hari ini adalah hari haji besar.” (HR Bukhârî).

Sunnah-sunnah di bulan zulhijjah

1) Berpuasa sunnah pada 9 Dzul Hijjah
كان رسول اللّه صلى اللّه عليه وسلم يصوم تسع ذي الحجة، ويوم عاشوراء، وثلاثة أيام من كل شهر: أول اثنين من الشهر والخميس.

“Adalah Rasūlullâh Shallâllâhu ‘alaihi wa Sallam berpuasa pada 9 Dzulhijjah, hari ‘Asyurâ`, tiga hari pada setiap bulan, Isnin pertama setiap bulan dan Khamis.” (hari Abū
Dâwud dan an-Nasâ`î,

Dari Abî Qotâdah radhiyallâhu ‘anhu, Rasūlullâh Shallâllâhu ‘alaihi wa Sallam bersabda :
صيام يوم عرفة، أحتسب على الله أن يكفر السنة التي قبله. والسنة التي بعده

Puasa Arafah, saya mengharapkan kepada Allah agar mengampuni dosa setahun sebelumnya dan setahun setelahnya…” (hadith Muslim)

3) Menyembelih Kurban
“Maka solatlah untuk Rabb-mu dan berkorbanlah.” (QS al- Kautsar : 2)

من كان له سعة ولم يضح فلا يقربن مصلانا
“Barangsiapa yang memiliki kelapangan (harta) namun tidak mahu berkorban, maka janganlah dia sekali-kali mendekati tempat solât kami.” (Shahîh Ibnu Mâjah (no. 2532).

4) Solat Eid di pagi 10 Zulhijjah

خرج رسول الله صلى الله عليه وسلم في أضحى أو فطر إلى المصلى
Dari Abî Sa’îd al-Khudrî radhiyallâhu ‘anhu beliau berkata :Rasūlullâh Shallâllâhu ‘alaihi wa Sallam keluar pada hari Adhhâ atau Fithri ke mushollâ (tanah lapang)…” (hadith al-Bukharî).

5) Adalah menjadi sunnah Rasulullah SAW untuk bersolat hari Raya Aidilfitri dan Aidil Adha di tanah lapang (musolla)

6) Bertakbir

“Dan berzikirlah menyebut nama Allah dalam beberapa hari yang telah ditentukan.” (QS al-Baqarah : 203)

Berdoalah Dgn Memohon Kebaikan Di Dunia dn Akhirat





Allah berfirman: "Dan di antara mereka ada orang yang berdoa: 'Ya Tuhan kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan peliharalah kami dari siksa neraka' "(Al-Baqarah 2:201)

Doa ini meliputi pelbagai kebaikan dunia menjauhkan segala kejahatan. Kebaikan didunia mencakupi semua permintaan bersikap duniawi, berupa kesihatan, rumah yang luas, isteri yang cantik dan solehah, rezeki yang melimpah, ilmu yang bermanfaat, amal soleh, kenderaan yang nyaman, pujian dan sebagainya yang tercangkup dalam ucapan ahli tafsir, dan tidak ada pertentangan diantara semua itu, kerana semua itu termasuk dalam kategori kebaikan dunia.
Sedangkan tentang kebaikan akhirat, maka yang tertinggi ialah masuk syurga dan seluruh hal nya yang berupa rasa nyaman dari ketakutan yang sangat besar di Hari Kiamat, kemudian Hisab, dan pelbagaian kebaikan urusan akhirat.

Adapun keselamatan dari api neraka, bererti juga terlindung dari berbagai-bagai faktor penyebabnya didunia berupa perlindungan dari pelbagai larangan dan dosa, dan juga terlindung dari perkara syubhat. (perkara yang samar, tidak jelas halal atau haramnya, dan juga hal2 yang haram)
Imam Bukhari meriwayatkan dari Ma'mar, dari Anas bin Malik r.a, ia berkata, Rasulullah saw berdoa: "Ya Allah, ya Rabb kami, berikanlah kepada kami kebaikan di dunia dan kebaikan diakhirat, serta peliharalah kami dari azab neraka" (fathul Baari (VIII/35) Al-Bukhari no 4522)

Al-Qasim Abu 'Abdirrahman mengatakan, "Barangsiapa dianugerahkan hati yang selalu bersyukur, lisan yang sentiasa berzikir, dan diri yang sabar, beerti dia telah diberi kebaikan didunia dan kebaikan diakhirat serta dilindungi dari azab neraka"
(Ibnu Abi Hatim (II/542), tahqiq DR, Al-Ghamidi)

Imam Ahmad meriwayatkan dari Anas bin Malik r.a, bahawa Rasulullah saw pernah menjenguk seorang muslim yang sudah sangat lemah seperti anak burung, lalu beliau bertanya kepadanya, "Apakah engkau berdoa kepada Allah swt atau memohon sesuatu kepada-Nya", Ia menjawab, "Ya, aku mengucapkan, Ya Allah, jika engkau menetapkan siksaan ku diakhirat, timpakanlah sahaja bagiku didunia", Maka Rasulullah saw bersabda, "Subhanallah, engkau tidak akan kuat dan tidak akan sanggup menerimanya. Mengapa engkau tidak mengucapkan, "Ya Rabb kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan diakhirat, serta peliharalah kami dari azab neraka?" Maka Rasulullah saw berdoa pada orang tersebut, dan Allah swt pun menyembuhkannya"

Allah berfirman: "Dan apabila hamba-hamba-Ku bertanya kepadamu tentang Aku, maka (jawablah), bahwasanya Aku adalah dekat. Aku mengabulkan permohonan orang yang berdoa apabila ia memohon kepada-Ku, maka hendaklah mereka itu memenuhi (segala perintah-Ku) dan hendaklah mereka beriman kepada-Ku, agar mereka selalu berada dalam kebenaran" (Al-Baqarah 2:186)

Allah swt Sentiasa Mendengar Permintaan Hamba-hamba NYA

Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Musa Al-Asy'ari bahawa, "Ketika kami bersama Rasulullah saw dalam suatu peperangan, tidaklah kami mendaki, menaiki bukit, dan menuruni lembah, melainkan kami meninggikan suara ketika bertakbir. Kemudian baginda saw mendekati kami dan bersabda:

"Wahai sekalian manusia, tahanlah diri kamu, sesungguh kamu tidak berdoa pada Rabb yang tuli dan jauh, akan tetapi kamu berdoa kepada Rabb Yang Maha Mendengar dan Maha Melihat. Sesungguhnya Rabb yang kalian seru itu lebih dekat kepada seseorang diantara kalian dari leher binatang tunggangan nya. Wahai Abdulullah bin Qais, mahukah kamu aku ajarkan sebuah kalimat yang termasuk perbendaharaan Surga?, Iaitu ucapan 'Laa haula walaa quwwata illaa billaah' (tidak ada daya dan kekuatan melainkan hanya dengan pertolongan Allah swt"
(HR Bukhari no 2992 dalam kitab Faathul Baari (II/509) dan Muslim no 2704 dalam Sahih Muslim (IV/2076) )

Imam Ahmad meriwayatkan dari Anas r.a bahawa Nabi saw bersabda:

"Allah Ta'ala Berfirman: 'Aku menuruti persangkaan hamba-Ku dan Aku akan sentiasa bersamanya jika ia berdoa kepada-Ku' "
(HR Ahmad (III/210) dengan sanad Sahih, juga diriwayatkan oleh Muslim no 2675)

Doa Pasti akan Diterima dan Tidak Akan Disia-siakan

Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Sa'id bahawa Nabi saw bersabda:

"Tidak lah seorang muslim berdoa pada Allah swt, dengan doa yang tidak mengandungi dosa atau memutuskan tali silatrurrahim melainkan Allah akan memberikan kepada nya satu diantara 3 perkara, (pertama) boleh jadi Allah swt menyegerakan baginya didunia, atau (kedua) Allah swt menyimpan baginya sebagai pahala diakhirat, atau (ketiga) Allah menahan keburukan dari dirinya yang semisal dengan apa yang ia minta" Mereka mengatakan: "Kalau begitu kami akan memperbanyakkan do'a" Beliau bersabda: "Allah lebih banyak lagi (pemberian-Nya)"
Imam Malik meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a bahawa Nabi saw bersabda: "Doa salah seorang diantara kalian akan sentiasa dikabulkan selama ia tidak terburu-buru, yakni ia mengatakan: 'Aku sudah berdo'a namun tidak juga dikabulkan bagiku"

(HR Ahmad (II/396) )

Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah r.a bahawa beliau bersabda:

"Do'a seorang hamba akan sentiasa dikabulkan selama ia tidak berdo'a untuk perbuatan dosa atau memutuskan silaturrahim dan selama ia tidak tergesa-gesa. "Seseorang bertanya: "Ya Rasulullah, apa yang dimaksudkan dengan tergesa-gesa?", Beliau menjawab, "Iaitu ia berkata, 'Sesungguhnya aku telah berdo'a, tetapi belum pernah aku melihat do'aku dikabulkan' Maka ketika ia merasa letih dan akhirnya meninggalkan do'a"

(HR Muslim (IV/2096) no 2735)

Tiga Orang yang Doanya Tidak Akan Ditolak

Diriwayatkan dalam Musnad Imam Ahmad dan Sunan Tirmidzi, Sunan an-Nasa'i dan Sunan Ibnu Majah, dari Abu Hurairah r.a, ia berkata: "Rasulullah saw bersabda:

"Ada tiga orang yang do'a nya tidak akan ditolak: (pertama) penguasa yang adil, (kedua) orang yang berpuasa sehingga ia berbuka, dan (ketiga) doa orang yang dizhalimi, Allah akan menaikkan do'anya tanpa terhalang awan mendung pada hari Kiamat, dan dibukakan bagi do'a tersebut pintu-pintu langit, dan Dia berfirman: "Demi kemuliaan-Ku, Aku pasti akan menolongmu meskipun setelah beberapa waktu"


Ingatlah Pada ALLAH,nescaya ALLAH akan ingat pd kita

Allah Berfirman: "Karena itu, ingatlah kamu kepada-Ku niscaya Aku ingat (pula) kepadamu, dan bersyukurlah kepada-Ku, dan janganlah kamu mengingkari (nikmat)-Ku" (Al-Baqarah 2:152)

Hasan Al-Basri mengatakan, "Maksud (ayat ini ialah) ingat lah kalian atas apa yang telah Aku wajibkan atas kalian, niscaya Aku pun akan mengingat kalian atas apa yang telah Aku tetapkan bagi kalian atas diri-Ku"

Rasulullah saw bersabda dlm Hadis Sahih : "Allah Ta'ala berfirman : Barangsiapa mengingati- KU dalam dirinya, niscaya aku mengingati nya dalam diri-KU, dan Barangsiapa mengingati-KU dalam suatu majlis, niscaya Aku akan mengingati nya dalam majlis yang lebih baik dari nya" (Fathul Baari , Al-Bukhari no 7405)

Rasulullah saw bersabda dlm Hadis Sahih yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad dari Anas bin Malik : "Allah berfirman: Wahai anak Adam, jika engkau mengingati-KU dalam dirimu, maka AKU akan mengingati mu dalam diri-Ku. Dan jika engkau mengingati-Ku dalam suatu majlis, maka Aku akan mengingatimu dalam majlis para Malaikat, Atau Allah berfirman: "Di tengah majlis yang lebih baik darinya" - Dan jika engkau mendekat kepada-Ku sejengkal, maka Aku akan mendekat kepadamu sehasta, dan jika engkau mendekat kepada-Ku sehasta, maka Aku akan mendekat kepada mu sedepa, Dan jika engkau mendatangi-KU dengan berjalan, maka aku akan mendatangimu dengan berlari kecil" (HR Bukhari dengan sanad-sanad nya Sahih)

Allah berfirman : "Jadikanlah sabar dan shalat sebagai penolongmu. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyu', (yaitu) orang-orang yang meyakini, bahwa mereka akan menemui Tuhannya, dan bahwa mereka akan kembali kepada-Nya " (Al-Baqarah 2:45-46)

Maksud Keseluruhan

Dalam tafsir Ibnu Kathir beliau mengatakan, Allah swt memerintahkan hamba-hamba Nya untuk meraih kebaikan dunia dan akhirat, dengan cara menjadikan kesabaran dan solat sebagai penolong.
Muqatil bin Hayyan dalam tafsirnya tentang ayat ini, beliau mengatakan "Hendaklah kalian mengejar kehidupan akhirat dengan cara menjadikan kesabaran dalam mengerjakan berbagai kewajipan dan menjadikan solat sebagai penolong"

Allah berfirman : "Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa - bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantara kamu disisi Allah ialah orang yang paling taqwa diantara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal" (Al-Hujuraat 49:13)

Bertakwalah..Pasti Rezki Mu Dari Arah Yang Tidak Disangka-sangka

Allah berfirman: "Barangsiapa bertakwa kepada Allah niscaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar, Dan memberinya rezki dari arah yang tiada disangka-sangkanya. Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah niscaya Allah akan mencukupkan (keperluan)nya. Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang (dikehendaki)Nya. Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu" (Ath-Thalaaq 65:2-3)


27 November 2008

SELAWAT DAN TAHLIL

بسم الله الرحمان الرحيم
والحمد لله رب العالمين
والصلاة والسلام على أشرف الأنبياء والمرسلين
سيدنا ونبينا وحبيبنا محمد
وعلى آله
وصحبه أجمعين
بسم الله الرحمان الرحيم والحمد لله رب العالمين
اللهم صل وسلم وبارك على سيدنا محمد الفاتح لما أغلق
والخاتم لما سبق والناصر الحق بالحق
والهادي الى صراطك المستقيم صلى الله عليه
وعلى أله وأصحابه حق قدره ومقداره العظيم
- Selawat Fatih

بسم الله الذي لا يضر مع اسمه شيء في الأرض
ولا في السماء وهو السميع العليم

اللهم صل على سيدنا محمد طب القلوب ودوائها
وعافية الأبدان وشفائها ونور الأبصار وضيائها
وعلى آله وصحبه وسلم
- Selawat Syifa` / Thibbul Qulub

اللهم صل على سيدنا محمد عبدك
ورسولك النبي الأمي
وعلى آله وصحبه وسلم
- Selawat Ummi

اللهم صل على سيدنا محمد صلاة تنجينا بها من جميع
الأهوال وا لأفات وتقضى لنا بها جميع الحاجات وتطهرنا
بهامن جميع السيئات وترفعنا بها عندك أعلى الدرجات
وتبلغنا بها أ قصى الغايات من جميع الخيرات فى الحيا ة
وبعد الممات وعلى آله وصحبه وسلم
- Selawat Munjiyyah


اللهم أنت ربي لا إله إلا أ نت خلقتني وأنا عبدك
وأنا على عهدك ووعدك ما استطعت
أعوذ بك من شر ما صنعت
أبوء لك بنعمتك علي وأبوء لك بذنبي
فاغفر لي فإنه لا يغفر الذنوب إلا أنت
- Sayyidul Istighfar

ربنا آتنا في الدنيا حسنة
وفي الآخرة حسنة وقنا عذاب النار
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه أجمعين

سبحان ربك رب العزة عما يصفون
وسلام على المرسلين والحمد لله رب العالمين


Semua dzikr memberi pahala yang terhad kecuali mereka yang membaca لا إله إلا الله pahala nya tidak terbatas. Nabi صلى الله عليه وسلم pernah bersabda yang bermaksud, "Ajarkanlah orang-orang yang hendak kembali ke rahmatuLlah kalimat لا إله إلا الله kerna ia menghapuskan dosa." Para sahabat رضي الله تعالى عنهم bertanya bagaimana pula bagi orang-orang yang hidup. Jawab Nabi صلى الله عليه وسلم, "Ia menghapuskan dan menghapuskan! (segala dosa)."


Ibn Abbas رضي الله تعالى عنه berkata bahawa RasuluLlah صلى الله عليه وسلم pernah bersabda yang bermaksud bahawa pintu Syurga terbuka dan kedengaran suatu suara bertanya dari bawah `Arasy ALLAH سبحانه وتعالى, "Bagi siapakah Syurga ini?" Jawab Syurga, "Tiada apa yang berada pada kami melainkan untuk ahli لا إله إلا الله. Dan kami diharamkan menerima sesiapa yang tidak menyebut لا إله إلا الله dan mereka yang tidak beriman kepada لا إله إلا الله." Begitu juga berkata Neraka, "Dengan apa siksaan yang disediakan, tidak akan memasuki nya melainkan mereka yang kafirkan لا إله إلا الله. Tidak aku meminta kecuali mereka yang membohongi لا إله إلا الله dan bagi aku haram mereka yang berkata لا إله إلا الله dan aku menjadi marah kepada mereka yang ingkar لا إله إلا الله."


Mereka yang melazimkan lidah nya menyebut لا إله إلا الله nescaya akan mendapat keampunan, Rahmat dan `Inayah dari ALLAH سبحانه وتعالى.


Diriwayatkan dalam suatu hadiths oleh Abu Hurairah رضي الله تعالى عنه bahawa Nabi صلى الله عليه وسلم bersabda "Sesungguh nya segala kebaikan yang diamalkan ditimbang pada hari Kiamat kecuali syahadat لا إله إلا الله tidak diletakkan di timbangan, kerna barangsiapa yang memperkatakan nya dengan ikhlas, dan kata-kata ini diletakkan nya di timbangan dan diletakkan 7 petala langit dan 7 petala bumi serta semua isi nya nescaya kalimat لا إله إلا الله adalah lebih berat."
solawat imam al-Badawi
Inilah sholawat masyhur yang dinisbahkan kepada Wali Quthub Sidi Ahmad a-Badawi q.s. Tok Syaikh Wan 'Ali Kutan al-Kelantani rhm. dalam kitabnya "al-Jawharul Mawhub" halaman 29 menulis, antara fadhilat sholawat ini seperti berikut:-
Telah menyebut kebanyakan daripada orang yang 'arifin bahawasanya sholawat ini telah mujarrab bagi menunaikan segala hajat dan membukakan bagi segala dukacita dan menolakkan segala bala` dan menghasilkan segala anwar dan asrar. Dibacakan dia tiap-tiap hari 100 kali.
Syaikh Yusuf bin Ismail an-Nabhani rhm. dalam "Afdhalush Sholawat" juga membuat nukilan sebagaimana di atas daripada Sidi Ahmad Zaini Dahlan rhm. dengan sedikit tambahan, iaitu:-
.....bahkan sholawat ini mujarrab untuk segala sesuatu dan bilangan wiridannya ialah 100 kali setiap hari. Sewajarnya para muridin memulakan suluk mereka dengan shighah sholawat ini .....
Sebahagian ulama, termasuklah Kiyai Agung Muhammad bin 'Abdullah as-Suhaimi BaSyaiban, telah memasukkan ucapan salam dengan menambahkan kalimah "sallim" dalam sholawat tersebut, dan shighah inilah yang biasa kita dengar kerana telah dipopularkan dengan irama yang mendayu menusuk qalbu. Bagi yang suka beramal silalah, sesiapa yang tidak suka, maka janganlah membuat dosa mengeji dan mencaci orang yang membaca sholawat ke atas Nabi yang ummi yang menjadi nur segala anwar dan penyuluh umat dalam kegelapan.

Ya Allah, limpahkan sholawat dan salam kesejahteraan Atas nur (cahaya) segala nur Sir (rahsia) segala sir Ubat segala penyakit Pembuka pintu kesenangan Junjungan Mawlana Muhammad yang terpilih Bersama ahli keluarga baginda yang suci bersih Dan para sahabat baginda yang baik berbudi Sholawat dan salam sebanyak bilangan Ni'mat Allah dan kelebihanNy
a.

25 November 2008

JANGAN MENGELUH ...........

KITA BERTANYA : KENAPA AKU DIUJI?

QURAN MENJAWAB

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," ("I am full of faith to Allah") sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya Kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan, sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta."
-Surah Al-Ankabut ayat 2-3


KITA BERTANYA
: KENAPA AKU TAK DAPAT APA YG AKU IDAM-IDAMKAN?

QURAN MENJAWAB

"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
- Surah Al-Baqarah ayat 216


KITA BERTANYA :
KENAPA UJIAN SEBERAT INI?

QURAN MENJAWAB

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
- Surah Al-Baqarah ayat 286


KITA BERTANYA
: KENAPA RASA FRUST?

QURAN MENJAWAB

"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman."
- Surah Al-Imran ayat 139


KITA BERTANYA :
BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB

"Wahai orang-orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu lebih daripada kesabaran musuh, di
medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah (be fearfull of Allah The Almighty) kamu kepada Allah supaya, kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
- Surah Al-Imran ayat 200

KITA BERTANYA : BAGAIMANA HARUS AKU MENGHADAPINYA?

QURAN MENJAWAB

"Dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang; dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang-orang yang khusyuk"
- Surah Al-Baqarah ayat 45


KITA BERTANYA :
APA YANG AKU DAPAT DRPD SEMUA INI?

QURAN MENJAWAB

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari org2 mu'min, diri, harta mereka dengan memberikan syurga utk mereka... ?
- Surah At-Taubah ayat 111


KITA BERTANYA
: KEPADA SIAPA AKU BERHARAP?

QURAN MENJAWAB

"Cukuplah Allah bagiku, tidak ada Tuhan selain dari Nya. Hanya kepadaNya aku bertawakkal."
- Surah At-Taubah ayat 129


KITA BERKATA :
AKU TAK DAPAT TAHAN!!!

QURAN MENJAWAB

"... ..dan jgnlah kamu berputus asa dr rahmat Allah. Sesungguhnya tiada berputus asa dr rahmat Allah melainkan kaum yg kafir."
- Surah Yusuf ayat 12




Kita selalu Bertanya....................dan Al-Quran sudah menjawabnya.................

Tasykil :
"Hai orang-orang mukmin, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu. " (Muhammad:7)


20 November 2008

kesatuan hati


“Dan Yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman). Walaupun kamu membelajakan semua (kekayaan) yang berada dibumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana”. (QS. 8:63)

“Ya Allah sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui bahwa hati-hati ini telah bersatu berkumpul untuk mencurahkan mahabbah hanya kepadaMu, bertemu untuk taat kepada-Mu, bersatu dalam rangka menyeru (dijalan)-Mu, dan berjanji setia untuk membela syariat-Mu, maka kuatkanlah ikatan pertaliannya, ya Allah, abadikanlah kasih sayangnya, tunjukkanlah jalannya dan penuhilah dengan cahay-Mu yang tidak pernah redup, lapangkanlah dadanya dengan limpahan iman dan keindahan tawakkal kepada-Mu, hidupkanlah dengan ma’rifat-mu, dan matikanlah dalam keadaan syahid di jalan-mu. Sesungguhnya Engkau sebaik-baik pelindung dan sebaik-baik penolong”.



Perasaan itu bertandang lagi, Hadirnya tanpa aku sedari, Bukannya kehendak untuk mencari, Memang itu lumrah insani.

Hati ini ingin lari,
Lari dari perasaan ini,
Perasaan yang mencengkam diri,
Membuai diri di alam ilusi.
Hati!!...Bangunlah dari ilusi, Ilusi yang menipu realiti, Realiti yang penuh onak duri, Rintangan yang sentiasa menanti.

Sedarlah dan siapkanlah diri,
Dengan Ilmu duniawi dan ukhrawi,
Menuju destinasi selepas mati,
Pengakhiran yang kekal abadi.
Tiada guna mendamba cinta insani, Cinta yang menghampakan diri, Gapailah cinta Ilahi, Pastinya tidak akan dihampai.
Ku damba cinta Ilahi,
Kerna ku yakini,
Cinta yang hakiki,
Hanya pada-Mu Ilahi.
Berikanlah hati ini kekuatan, Agar cinta ini kupusatkan, Pada yang Maha Menciptakan, Segala naluri dan perasaan.


Dan hati bertaut niat

Tanganku menggapai takbir

Bibirku meratap kekerdilan diri

Diri yang hina menghadap ILAHI

Bahana dunia yang mencengkami

Terurai kalimah suci

Hati membungkam cintaku duniawi

Lantaran hati kehendak mengkenderai

Bangkitlah jiwa sehati

Bahu ke bahu mewajahi ILAHI

Selarinya niat di hati;

Bersama gerak insani

Wajah yang merendahkan diri

Dahi yang menyentuh ke bumi

Biar dicerca, nista dipertuli

Kan terus tubuh sujud ke bumi

Kan terus telapak menadahi

Terus mencari cinta yang suci

Kerna itulah hati yang berdiri

Jiwa yang hidup lagi suci

Menyirami hati yang mati

Menghidup umat; jiwa yang sepi

Semata dicari redha ILAHI…

  • Jika bersedih, pandanglah ke langit, ingatlah Allah masih ada....jika keresahan, renungilah ke dasar hati, yakinlah Allah mencipta hati...jika berputus asa, lihatlah sungai yang mengalir walau dihalang batuan keras...Jika kecewa lihatlah hakikat alam semesta, percayalah Allah maha berkuasa...jika rasa tersisih, lihatlah purnama di malam sepi, yakinlah Allah tidak akan membiarkan kita sendiri...jika segalanya tidak pasti, serahkan pada yang MAHA MENGETAHUI yang tersirat mahupun tersurat..moga jawapannya kan kau temui..."

10 November 2008

Bagaimanakah bercinta dan berkasih sayang kerana Allah?



Banyak hadith yang meriwayatkan tentang keutamaan persaudaraan kerana Allah dan kedudukan yang tinggi bagi mereka yang menjalin persaudaraan kerana Allah. Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
"Barangsiapa yang menjalin persaudaraan kerana Allah maka Allah akan meninggikan darjatnya di dalam syurga, tidak condong suatu apapun dalam amalannya".

Berkata Abu Idris Al Khaulani kepada Muaz bin Jabal:
"Sesungguhnya aku mencintai anda kerana Allah". Maka Muaz berkata:
"Sampaikanlah berita gembira dan bergembiralah. Sesungguhnya aku telah mendengar daripada Rasulullah SAW bersabda: "Suatu kelompok manusia kelak akan memperoleh kursi di sekitar Arsy pada hari kiamat, wajah mereka bagaikan bulan purnama pada malam lailatul qadar,waktu itu manusia terkejut padahal mereka tidak merasa terkejut, dan manusia takut padahal mereka tidak merasa takut, mereka itu adalah Auliya Allah yang tidak pernah takut terhadap mereka(musuh-musuh Allah) dan tidak pernah merasa khuatir".
Kemudian aku (Muaz) bertanya: "Siapakah mereka itu ya Rasulullah ?"
Baginda menjawab: "Mereka adalah yang berkasih sayang kerana Allah".
(Riwayat Ahmad dan Hakim)


Persaudaraan dan kasih sayang kerana Allah ini adalah didirikan kerana ingin menegakkan kalimah Allah dan meninggikan asma Allah. Mereka berjumpa kerana menegakkan kebenaran dan mencegah kemungkaran. Mereka mengutamakan kesejahteraan kaum muslimin daripada dirinya sendiri,dan menjaga hubungan persaudaraan itu dengan akhlak yang mulia. Jika konsep persaudaraan kerana Allah ini dapat dilaksanakan oleh umat Islam seluruhnya maka bahagialah umat ini hingga akhir hayat.

Dalam sebuah hadith diterangkan, sesungguhnya Abu Hurairah ra. meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda maksudnya:
"Allah SWT berfirmaan pada hari kiamat: "Dimana orang-orang yang menjalin rasa cinta kerana Aku ?Hari ini pada saat tidak ada lagi naungan apapun kecuali naungan-Ku, maka akan Aku naungi mereka di bawah naungan-Ku. Ada sebanyak tujuh kelompok dari mereka itu yang mendapat perlindungan Allah di saat tidak ada perlindungan lain pada hari itu kecuali perlindungan-Nya saja.

Sebagaimana diriwayatkan Asy Syaikhani bahawa di antara yang tujuh kelompok itu adalah dua orang yang menjalin cinta kerana Allah, berkumpul kerana Allah dan berpisah juga kerana Allah. (Ibnu Hibban dan Hakim dari Anas ra)

03 November 2008

Bengkoknya Wanita




"Leceh betullah orang perempuan ni. Tegur sikit dah merajuk. Kena pujuk, nasihat lembut-lembut, cakap baik-baik... hai leceh betul. Tetapi kalau dibiarkan menjadi-jadi pulak! Kita punya kerja pun dia nak langgar. Buat kerja ikut semangat, tak pandang kiri kanan lagi."


"Eh, apa yang kau ngomelkan ni Fuad? Siapa yang buat hal kali ni?"

"Staff aku si Lina tu lah. Baru tegur sikit, dah monyok. Hari ni dah tak datang kerja. Susahlah macam ni. Kerja pejabat akan terganggu."

"Entah-entah dia ada hal lain. Engkau belum siasat dah jump to conclusion."

"Alaah... orang perempuan memang macam tu. Kan Nabi pun kata yang orang perempuan tu ibarat tulang rusuk yang bengkok*? Sebab dia bengkoklah orang perempuan suka buat perangai. Kita nak luruskan nanti patah pulak. Kalau dibiarkan terus, makin bengkoklah. Hai susah, susah."

"Jangan cakap macam tu, Fuad. Maksud Hadis tu bukan begitu."

"Eh, kan Hadis itu sudah lumrah diperkatakan? Apa yang tak kena pulak, Naim?"

"Maksud aku begini. Menafsirkan Hadis itu seolah-olah orang perempuan tu memang Allah ciptakan sebagai satu golongan yang "disadvantaged" atau terkurang seperti yang engkau cakapkan seolah-olah mengatakan yang Allah itu berat sebelah. Walhal Allah itu Maha Adil dan Dia ciptakan lelaki dan perempuan itu sama sahaja dari segi kemampuan mereka untuk meningkatkan iman dan menjadi hamba Allah yang bertaqwa. Bengkok yang disebut di dalam Hadis itu bukan bermakna yang mereka itu sentiasa cenderung ke arah melakukan perkara-perkara yang tidak baik."

"Buktinya, apabila Rasulullah s.a.w. datang membawa ajaran Islam, baginda menaikkan taraf perempuan yang sebelum itu dianggap "golongan yang tak berguna" kepada "sayap kiri" kepada masyarakat. Beliau ada memberikan tugas-tugas yang penting kepada orang perempuan, terutama bila kaum lelaki keluar berperang. Sebagai sayap kiri, tentulah mereka diiktiraf seimbang dengan sayap kanan."

"Tapi, memang orang perempuan kuat merajuk. Jenuh kita nak layan dia."

"Merajuk bukan berlaku pada orang perempuan saja. Orang lelaki juga kuat merajuk. Mungkin cara merajuk atau cara `protes` tu yang tak sama. Punca merajuk sebab iman lemah, bukan sebab jantina. "Lagipun, apa salahnya kalau kita tegur orang perempuan dengan berlemah-lembut dan berhikmah. Bukankah begitu tuntutan Islam. Kalau kita marah-marah sehingga mereka merajuk, bukan mereka yang salah, tetapi kitalah yang salah. Entah-entah waktu itu kita lebih`bengkok` daripada mereka!"

"Eh, eh engkau ni. Asyik nak bela orang perempuan aje."

"Aku bukannya nak bela siapa-siapa. Aku cuma nak betulkan pemahaman yang tidak betul terhadap Hadis tu."

"Apa maksud sebenar Hadis tu?"

"Orang perempun yang diibaratkan seperti tulang rusuk yang bengkok itu bukan bermakna satu kekurangan, tapi sebenarnya adalah satu "penyempurnaan" . Sepertimana juga usus manusia yang berlipat-lipat dan berlingkaran itu bukanlah satu ketidakbetulan tetapi begitulah keadaan usus yang sempurna. Bengkoknya tulang rusuk itu kerana ia bersifat `pelindung`. Ia melindungi organ-organ penting di dalam tubuh manusia seperti jantung, paru-paru, hati dan limpa. Kalau tulang kakilah yang diletakkan di dada manusia, sudah tentu ia tidak dapat berperanan sepertimana tulang rusuk yang bengkok itu."

"Oh begitu. Jadi bila Nabi katakan yang orang perempuan itu seperti tulang rusuk yang bengkok, beliau hanyalah hendak memperlihatkan perbezaan peranan mereka berbanding lelaki?"

"Begitulah. Selain itu, maksud `tulang rusuk yang bengkok` itu ialah sifat `rahmah`. Orang perempuan itu sifat semulajadinya penyayang. Perasaannya halus. Kerana adanya sifat-sifat itu, orang perempuan boleh sabar menjaga dan melayan anak-anaknya yang berbagai kerenah. Mereka juga sabar dan tekun melakukan kerja-kerja rumah yang mungkin kepada kita sangat membosankan. "

"Begitu jugalah di dalam masyarakat, orang perempuan sangat sesuai menjadi guru, jururawat, dan apa juga bidang yang dalam kemampuannya. Oleh itu jangan cuba buang sifat "bengkok" ini daripada orang perempuan dengan memberikan mereka tugas-tugas yang tidak sesuai. Kalau tulang rusuk sudah patah, organ-organ yang penting tadi tidak akan selamat."

"Jadi peranan mereka sebenarnya penting. Bayangkanlah betapa besar peranan dan jasa ibu yang menjaga dan mengasuh kita dari kecil hinggalah besar."

"Hmm, betul tu Naim."

"Sebenarnya tiada siapa yang `bengkok` mengikut tafsiran yang engkau gunakan. Bengkok atau tidaknya seorang lelaki atau perempuan itu bergantung kepada iman dan akhlaknya. Orang lelaki kalau tidak berusaha untuk membuang sifat-sifat yang terkeji di dalam dirinya pun akan jadi bengkok juga, malah lebih bengkok dari orang perempuan yang ada usaha membaiki dirinya."

"Baru aku sedar, akulah yang bengkok. Asyik marah-marah dan tidak sabar."

"Memang tidak sepatutnya kita lihat orang lain itu lebih `bengkok` daripada kita. Sebaliknya kita patut sentiasa merasakan yang kitalah yang lebih `bengkok` daripada semua orang lain di muka bumi ini... "



*Sesiapa yang beriman dengan Allah dan Hari Akhirat, maka janganlah menyakiti jirannya dan hendaklah dia menjaga wanita dengan sebaik-baiknya kerana sesungguhnya mereka diciptakan daripada tulang rusuk. Sesungguhnya tulang rusuk yang paling bengkok ialah yang paling atas, jika kamu berusaha untuk membetulkannya kamu akan mematahkannya, jika kamu terus biarkan begitu ia akan terus bengkok. Oleh itu terimalah pesanan supaya menjaga wanita-wanita dengan baik. (Hadis riwayat al-Bukhari no: 4890)

31 October 2008

Pengajaran Dari Cicak

Anda tahu cicak? Tentu sahaja tahu kan, hampir disetiap rumah ada cicak
. Cicak mempunyai keistimewaan boleh berjalan di siling rumah dengan
badan terbalik, tetapi bukan itu yang ingin saya lihat pada ketika ini,
justeru yang akan saya tonjolkan ialah "kelemahan" cicak yang tidak boleh
terbang, sementara makanan cicak boleh terbang.
Dari sini dapat kita ambil pelajaran, meskipun cicak tidak
boleh terbang tetapi mereka masih dapat memakan nyamuk. Ini menunjukkan

bahawa cicak sudah di atur rezekinya oleh Allah.
"Dan tiadalah sesuatupun dari makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat dia disimpan. Semuanya itu tersurat di dalam Kitab (Luh Mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat yang berkenaan)." Q.S Hud :
6 Begitu juga manusia dan makhluk yang lainnya. Allah telah

menetapkan rezekinya masing-masing.
"Allah jualah yang menciptakan langit dan bumi dan menurunkan hujan dari langit lalu mengeluarkan dengan air hujan itu buah-buahan
untuk menjadi makanan bagi kamu dan Dia yang memberi kemudahan kepada kamu menggunakan kapal-kapal untuk belayar di laut dengan perintahNya, juga yang memudahkan sungai-sungai untuk kamu (mengambil manfaat darinya)." Q.S Ibrahim : 32
Rezeki adalah pemberian Allah, bukan dari tempat anda bekerja sekarang, bukan dari bisnes anda, bukan dari simpanan anda. Semua itu hanyalah perantaraan anda mendapatkan rezeki, kerana memang Allah yang memerintahkan kita untuk mencari rezeki tentu sahaja dengan berbagaiperantaraan.

"Sesungguhnya Tuhanmu lah yang meluaskan rezeki bagi sesiapa yang
dikehendakiNya (menurut undang-undang peraturanNya) dan Dia juga
yang menyempitkannya (menurut yang demikian). Sesungguhnya Dia Maha Mendalam PengetahuanNya, lagi Maha Melihat akan hamba-
hambaNya." Q.S Al-Israa' : 30
Seberapa besarnya gaji anda, jika Allah telah menetapkan bahawa itu

bukan rezeki anda, maka itu mudah bagi Allah. Mungkin sahaja rezeki
itu menjadi rezeki doktor yang mengubati penyakit anda. Mungkin
sahaja semua gaji anda habis dirompak dan berbagai kemungkinan lainnya. Bahkan makanan yang tinggal sedikit yang bakal disuap kemulut anda masih boleh jatuh menjadi rezekinya semut.
Meskipun rezeki sudah di atur oleh Allah, tetapi kita tetap dituntut untuk berusaha sendiri. Cicakpun berusaha, mendekati tempat terang dimana di sana banyak nyamuk.

"(Balasan) yang demikian itu, ialah kerana sesungguhnya Allah tidak akan mengubah sesuatu nikmat yang telah dikurniakanNya kepada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri dan (ingatlah) sesungguhnya Allah Maha mendengar, lagi Maha Mengetahui." Q.S Al-Anfaal : 53

Wallahua'lam bisshawab

26 October 2008

Sifat Mukmin Sejati


Dalam al-Quran mahupun hadith banyak diungkapkan sifat orang yang beriman. Antaranya ialah:

Pertama: Mempunyai iman yang teguh, cita-cita luhur yang, sentiasa mengerjakan kebajikan, selalu dalam perjuangan, tidak melakukan kejahatan, sabar dan menunjukkan peribadi yang baik. Apabila ditimpa musibah dia sabar. Jika mendapat nikmat dia bersyukur. Dalam hidupnya sentiasa terbayang kedamaian. Hal inilah yang digambarkan oleh Allah bermaksud:

"Sesiapa yang melakukan perbuatan-perbuatan yang baik, baik lelaki atau perempuan dalam keadaan dia beriman, nescaya Kami beri kepadanya kehidupan yang baik (Thayyibah) dan Kami berikan kepadanya balasan (pahala) yang lebih baik dari kebaikan yang telah mereka kerjakan." (Surah an-Nahli:97)

Kehidupan 'Thayyibah' mencakupi segala bentuk kenikmatan baik yang bersifat jasmaniah mahupun rohaniah baik dalam kehidupan di dunia ini, mahupun di akhirat.

Kedua: Sentiasa berbuat baik untuk dirinya sendiri mahupun terhadap orang lain. Islam telah melarang melakukan kerosakan, baik terhadap peribadi mahupun masyarakat umpamanya berzina, berjudi, meminum minuman keras dan sebagainya. Orang yang lemah imannya tidak mampu mengendalikan diri terhadap larangan-larangan tersebut, walaupun ia sedar akibatnya. Mukmin yang kuat imannya sentiasa menghindarkan perbuatan-perbuatan yang merugikan terhadap dirinya dan orang lain.

Ketiga: Orang mukmin hanya meminta pertolongan daripada Allah. Dalam menghadapi sesuatu kesulitan, orang yang lemah imannya selalu gelisah. Dia mencari pertolongan kepada sesiapa saja yang dianggapnya dapat meringankan kesulitan yang dideritainya itu, walaupun pertolongan itu sifatnya hanya sebagai sementara sahaja. Mukmin yang sejati hanyalah meminta pertolongan kepada Allah. Ia memohon terus kepada Allah, tanpa ada perantaraan orang lain

Keempat: Mukmin sejati tidak bersikap lemah sama ada fizikal ataupun tubuh badan. Rohaniah dan semangatnya kental dan tidak dipatahkan sekalipun jiwanya terancam dan terkorban.

Orang beriman mempunyai pengharapan dan optimis. Ia tidak mudah menyerah kalah. Ia percaya bahawa setiap perbuatan yang baik akan diberi pahala dan ini memberi semangat kepadanya untuk berusaha.

Kelima: Mukmin tidak menyesali dengan keadaan dirinya. Dalam kehidupan ini, manusia silih berganti bertemu dengan kesenangan dan kesusahan, kekayaan dan kemiskinan, kemenangan dan kekalahan, berjaya dan gagal juga sebagainya.

Di waktu bertemu dengan kesusahan, janganlah mengeluh menyesali keadaan, dengan mengatakan seumpama "Kalau dahulu saya berbuat begitu, tentulah saya tidak ditimpa musibah ini." Penyesalan terhadap diri dan tindakan sendiri dengan mempergunakan kata-kata "kalau" itu adalah satu sikap yang dimasuki oleh syaitan sehingga tidak akan membawa penyesalan kecuali hanya keruntuhan jiwa dan fikiran sahaja.

Tetapi pada saat menghadapi kekecewaan itu, katakanlah kepada diri sendiri, "Ini adalah takdir Allah bagiku. Saya sudah berusaha dan berjuang, tetapi masih belum berhasil. Saya akan mencuba lagi, bangkit sesudah jatuh dan akan bangkit lagi sehinggalah mendapat kejayaan yang cemerlang." Maka sehubungan dengan itu setiap muslim haruslah berusaha menjadi seorang mukmin sejati dengan mengambil sifat-sifat utama sebagaimana yang diperkatakan sebentar tadi, mudah-mudahan kita sentiasa dalam rahmat dan keredhaan Allah dunia dan juga akhirat.


17 September 2008

BERKAT BANGUN SAHUR


"SAMBUTLAH Ramadan dengan hati terbuka, seperti ketibaan orang yang kita cinta". Ungkapan tersebut memberi seribu erti bagi kita yang dapat merungkai erti sebenar bulan Ramadan. Bulan Ramadan adalah bulan berkat yang amat besar fadhilatnya jika kita menghayati erti Ramadan yang dikurniakan oleh Allah s.w.t kepada umat-Nya. Umat Islam hendaklah berebut-rebut melakukan sebanyak mungkin amalan kerana amalan yang baik itu, pasti ada ganjarannya. Antara amalan-amalan bulan Ramadan ialah solat terawih berjemaah di surau atau masjid, mengurangkan tidur, banyakkan bersedekah, dan sebagainya. Tidak ketinggalan juga dengan amalan bersahur yang begitu sinonim dengan bulan Ramadan. Namun begitu, amalan ini tidak begitu diendahkan oleh segelintir masyarakat kita khususnya anak muda hari ini. Daripada Abu Sa'id al-Khudri, Rasulullah s.a.w bersabda: "Makan sahur itu berkat, oleh sebab itu jangan kamu meninggalkannya walaupun salah seorang daripada kamu kemudiannya meneguk seteguk air. Maka sesungguhnya Allah s.w.t berselawat ke atas orang-orang yang bersahur." Sahur dapatlah diklasifikasikan sebagai makan selepas waktu tengah malam atau dinihari sebelum terbit fajar. Hukumnya adalah sunat. Bagaimanapun, waktu yang sesuai ialah selepas waktu dinihari iaitu antara pukul 3.00 pagi sehingga sebelum masuk waktu imsak, iaitu 10 minit sebelum waktu Subuh. Persoalannya, mengapa agaknya ada dalam kalangan kita lebih gemar bersahur sebelum tidur dan liat untuk bangun sahur pada awal pagi? Apa yang cuba diterjemahkan oleh anak-anak muda ini dengan menganggap sahur mereka adalah makan sebelum tidur? Sebenarnya, waktu bersahur itu bermula sebaik sahaja masuk waktu pertengahan malam dan berlarutan sehingga sebelum terbit fajar. Oleh yang demikian, orang yang makan sebelum masuk waktu pertengahan malam tidaklah dia dikatakan bersahur tetapi dia cuma makan biasa saja dan tidak ada pahala baginya bersahur. Sahur bekal tenaga Apabila kita bersahur, kita akan mendapat sedikit tenaga untuk menjalani ibadah puasa. Melambatkan sahur adalah sunat sehingga hampir waktu fajar iaitu kira-kira pada kadar membaca 50 ayat suci al-Quran sebelum terbit fajar. Di antara tujuannya ialah bagi memendekkan masa untuk menahan diri daripada kelaparan dan daripada melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa. Adalah diingatkan bahawa makanan yang dimakan ketika bersahur biarlah sesuai dan sederhana mengikut kemampuan masing-masing. Tidak perlu makan terlalu banyak. Tetapi, jika dilihat kepada tradisi masyarakat hari ini, menyediakan makan untuk sahur seperti menyediakan lauk ketika hendak berbuka. Tidak salah untuk makan dengan kuantiti yang banyak kerana sesetengah individu berpendapat apabila kita makan banyak, kita tidak akan cepat lapar. Hakikatnya, terpulang kepada individu untuk makan sebanyak mana yang diinginkan. Yang penting, kelebihan bersahur tidak dilupakan. Namun begitu, tidak ramai yang mengikut amalan Rasullullah s.a.w yang mana bersahur dengan sebiji kurma dan segelas air pun sudah mencukupi kerana Rasulullah s.a.w pernah bersabda, jika terdapat buah kurma (tamar) maka itu adalah lebih baik kerana itu adalah makanan orang yang beriman. Namun begitu, hari ini menyaksikan semakin ramai khususnya anak muda tidak gemar atau tidak suka bangun awal pagi untuk bersahur. Bagi anak-anak muda di rumah, apabila ibu atau bapa mengejutkan mereka untuk bersahur, pasti liat untuk mereka bangun. Tidak cukup dengan itu, ada yang berpesan kepada ibu bapa supaya tidak bersusah payah mengejutkan mereka dan pelbagai alasan diberikan. Contohnya, tidak lapar, mengantuk, sudah makan dan sebagainya. Akhirnya, mereka akan tidur sampai ke pagi.
Anggap sahur remeh Mereka menganggap sahur adalah perkara yang remeh-temeh dan bukanlah menjadi persoalan yang terlalu besar jika tidak bangun bersahur. Ingatlah bahawa Allah s.w.t mengurniakan bulan rahmat ini setahun sekali. Kita perlulah menghargainya dan mengambil peluang ini untuk mengutip sebanyak mungkin pahala. Situasi sekarang ialah anak-anak muda lebih gemar makan sebelum tidur. Mereka akan makan sekitar waktu 12.00 tengah malam hingga 2.00 pagi yang dianggap waktu ideal untuk bersahur, sedangkan Allah s.w.t menggalakkan umatnya bersahur apabila sudah sampai waktu imsak. Adalah digalakkan menutup sahur dengan minuman bersusu dan elakkan makanan pedas untuk mengelakkan makanan tidak hadam. Akan tetapi, anak muda zaman sekarang 'lebih bijak' dengan bersahur sebelum tidur. Ada sesetengah mereka yang makan dengan banyak pada tengah malam walhal semasa berbuka tadi, sudah banyak makanan yang dihabiskan. Tidakkah mereka tahu apabila makan dengan banyak, mereka akan menjadi lebih letih dan penat? Renung-renungkanlah. Makan tanpa henti akan menyebabkan perut tidak berasa selesa dan akan mengundang penyakit lain seperti sakit perut dan sebagainya. Perut kita bukanlah seperti robot yang perlu disuruh bekerja setiap masa. Ia juga perlu berehat. Oleh kerana itulah, kita disuruh bersahur awal pagi dan bukannya di tengah-tengah malam seperti yang dilakukan oleh sesetengah anak muda sekarang. Sikap tersebut perlu diubah kerana makan di tengah malam tidak digalakkan kerana tidak baik untuk kesihatan. Umumnya, masyarakat kita sudah biasa dengan situasi di mana selepas makan, pasti akan mengantuk. Maka, di mana keberkatan bulan Ramadan yang kita cuba lengkapkan apabila kita lena dibuai mimpi daripada bangun di tengah malam untuk beribadah kepada Allah? Fikir-fikirkanlah. Latih anak bersahur Sebagai individu yang lebih dewasa, ibu bapa perlu mengingatkan anak-anak mereka bahawa amalan bersahur sangat penting dan perlu dilakukan pada waktu yang betul, bukan makan sebelum tidur. Banyak keberkatan yang boleh didapati daripada amalan bersahur. Antaranya ialah memperoleh balasan dan ganjaran pahala daripada Allah s.w.t. Ia juga memberi kekuatan untuk beribadat dan kecerdasan kepada orang yang berpuasa bagi menghadapi rasa lapar dan dahaga di siang hari. Berdoa pada waktu sahur juga mempunyai barakah kerana pada waktu itu, rahmat turun dan doa terangkat sekali gus menghalang perbuatan-perbuatan tidak sopan yang dipengaruhi oleh kesan berlapar di siang hari, selain memberi kekuatan beribadat pada siang hari dan pelbagai lagi. Oleh itu, marilah kita bersama-sama menghidupkan bulan yang penuh dengan kemuliaan ini dengan bersahur. Selain itu, ini adalah peluang terbaik bagi kita melatih diri bangun pada awal pagi kerana pada bulan biasa, kita akan terus tidur sampai ke subuh. Di samping itu, bagi orang yang bangun sahur, mereka tidak sepatutnya melepaskan peluang untuk melakukan amal-amal saleh seperti berzikir, membaca al-Qur'an dan bersembahyang sunat tahajud dan sunat witir. Ambillah peluang ini untuk mengubah dan memperbaiki diri. Semoga Ramadan kali ini menjadikan kita insan yang bertakwa di sisi-Nya.

13 September 2008

MADRASAH RAMADHAN




Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. (Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi)

Abu Hurairah telah berkata: Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud: Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi)




Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah: Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah (umat Islam yang majoriti/sawadul a'zhom). (Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi)

Daripada Abi Soleh Az-Zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: "Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri (bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara. Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya." (Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi)

MUTIARA MENAWAN DARIPADA HADIS-HADIS KELEBIHAN RAMADHAN

1. Semua hadis menceritakan tentang kelebihan Ramadhan yang merupakan sebagai suatu simbol kecintaan Allah s.w.t. kepada para hambaNya.

2. Janji limpahan rahmat dan keampunan yang meluas di bulan Ramadhan, merupakan antara motivasi daripada Allah s.w.t. buat para hambaNya, dalam rangka untuk memperbaiki hubungan kehambaan mereka kepada Allah s.w.t. di samping menjadi pemangkin bagi menyuntik semangat baru bagi para hambaNya untuk terus berjalan menujuNya.

3. Ramadhan menjanjikan suatu madrasah tarbiah yang bermakna buat para hamba Allah s.w.t., kerana di dalamnya, para hambaNya dapat melatih diri dalam menjaga niat dan keikhlasan kepadaNya dalam setiap amalan.

4. Hadis-hadis ini juga menceritakan tentang kepentingan keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadah, kerana amalan hanya diterima dengan niat yang ikhlas.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, jika ianya dilakukan dengan penuh keikhlasan dan ketaqwaan. Begitu juga, ia mampu menghapuskan segala dosa jika seseorang bertaubat dengan taubat nasuha, seterusnya melakukan ketaatan sebagai ganti (kaffarah) bagi dosa-dosa tersebut.

6. Puasa bukanlah sekadar menahan lapar dan dahaga semata-mata, tetapi menahan seluruh anggota daripada kemaksiatan dan kedurhakaan kepadaNya.

7. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi di sisi Allah s.w.t..

8. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka puasa bersama-sama dengan keluarga dan sahabat handai yang tersayang, dan kegembiraan apabila bertemu Allah s.w.t. kelak. Sememangnya, dalam berbuka puasa itu, kegembiraan seseorang hamba bukanlah kerana dapat memenuhi syahwat makannya setelah lama menahannya, tetapi kegembiraan hakiki seseorang hamba sewaktu berbuka puasa ialah, apabila melihat hidangan di hadapannya, dengan penuh syukur, dengan merasakan, seluruh rezeki tersebut merupakan suatu tanda kecintaan Allah s.w.t. kepadaNya.


Adapun kegembiraan ketika bertemu dengan Allah s.w.t., laksana kegembiraan sang kekasih yang sentiasa menyimpan rindu untuk bertemu dengan kekasihnya, yang telah lama berjauhan di perantauan.

Semoga puasa kali ini dapat memberi manfaat kepada seluruh umat Islam dalam usaha untuk memperbaiki hubungan diri dengan Allah s.w.t..

Wallahu a'lam...

05 September 2008

10 ADAB PUASA DAN SOLAT TARAWIH

Sebagai panduan dalam menunaikan ibadah puasa
Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang akan menyempurnakan ibadah tersebut, di antara yang terpenting :
Menjaga lidahnya daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena mengena dengannya.
Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh Syarak dan perkara yang sia-sia.
Mengawal perutnya daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau mengandungi unsur syubhat, ter utama ketika berbuka dan berusaha sedaya upaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih.
Ulama silam pernah berpesan: "Apabila kamu berpuasa, maka perhatikanlah apa yang akan dijadikan makanan berbukamu dan di manakah kamu akan berbuka?" Ia adalah panduan yang terbaik bagi mengawasi diri daripada terjebak dengan unsur-unsur makanan yang tidak halal.
Berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara sia-sia. Dengan demikian ibadah puasanya akan suci dan sempurna.

Terdapat ramai yang memenatkan diri dengan berlapar dan berdahaga, membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa dan noda, kerana itu puasanya rosak dan binasa dan keletihannya tidaklah berbaloi sebagaimana maksud sabda Junjungan s.a.w.: Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga! (An-Nasai).

Meninggalkan maksiat menjadi kewajipan kepada seluruh orang Islam sama ada mereka sedang puasa atau tidak, apatah lagi bagi yang berpuasa, ia lebih dituntut dan diwajibkan.

Sabda Rasulullah s.a.w. : Puasa itu adalah 'perisai', sekiranya seseorang dari kalangan kamu sedang berpuasa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat bodoh. Jika ada orang lain yang mengejinya atau cuba memeranginya, maka hendaklah dia katakan kepada orang itu : Saya sedang berpuasa. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Janganlah membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan bersederhanalah pada kedua-duanya bagi menyelami keperitan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya akan terkawal, keinginan nafsunya akan berkurangan, hatinya ceria. Itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai.

Jauhkan diri daripada mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja pada bulan puasa dan bulan-bulan yang lain.

Penggembelingan diri di dalam mengurangkan tuntutan jasmani dan keinginan perasaan, memberikan kesan positif terhadap kecerahan hati nurani yang amat dituntut, terutama pada bulan Ramadan.

Mereka yang menjadikan keinginan nafsu perut sebagai tunggangan akal mereka ketika berbuka yang menyalahi kebiasaan pada bulan-bulan lain, sebenarnya terpedaya dengan pujukan iblis dan rayuannya yang bertujuan menghilangkan barakah (berkat) ibadah puasa mereka, nikmat limpahan ketenangan daripada Allah s.w.t., kekhusyukan diri ketika munajat dan berzikir kepada-Nya.

Sepatutnya orang yang berpuasa mengurangkan kadar pemakanannya sehingga terserlah kesan puasa itu pada dirinya. Kekenyangan adalah punca kelalaian, kealpaan, keras hati dan malas melakukan ketaatan kepada Allah s.w.t.

Sabdanya : Takungan jelik yang dipenuhkan oleh manusia adalah perutnya, memadailah baginya beberapa suapan yang dapat meneguhkan tulang belakangnya. Jika dia enggan, maka berikanlah sepertiga (bahagian perutnya) untuk makanan, sepertiga kedua untuk minuman dan sepertiga terakhir bagi pernafasannya (Riwayat Ahmad dan Tirmizi).

Terdapat ulama yang mengungkapkan kata-kata berikut: "Sekiranya perutmu kenyang, anggota-anggota lain akan lapar (akan menurut turutan nafsu), tetapi sekiranya perutmu lapar kesemua anggotamu akan kenyang."

As-Salaf as-Soleh (mereka yang terdahulu) mengurangkan perkara kebiasaan dan dorongan diri serta memperbanyakkan amal ibadat pada bulan Ramadan secara khusus, bahkan itulah adat mereka sepanjang masa.

Tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadan ini, bahkan mengambil kesempatan yang ada untuk beribadat kepada Allah dan mengingati-Nya sebaik mungkin. Justeru itu dia tidak melakukan perkara duniawi melainkan sekadar keperluan hariannya atau kepada mereka yang berada di bawah tanggungannya.

Demikian yang selayaknya dilakukan pada bulan Ramadan yang mulia ini, sama seperti pada hari Jumaat yang sepatutnya dikhususkan bagi amalan akhiratnya.
Mempraktikkan amalan sunah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ia tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur.

Nabi s.a.w. berbuka dahulu sebelum Baginda mengerjakan solat Maghrib. Sabdanya : Umatku sentiasa berada di dalam keadaan baik (berkat) selama mana mereka mempercepatkan berbuka (apabila masuk waktunya) dan melambatkan makan sahur. (Riwaya Ahmad, Bukhari dan Mus-lim).
Menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air. Sabda Baginda s.a.w. : Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa, baginya ganjaran seumpama pahala bagi orang yang berpuasa, tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa). (Riwayat Baihaqi dan ibnu Khuzaimah).
Memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat tarawih, witir dan sebagainya. Adalah dinasihatkan kepada para imam supaya tidak mempercepatkan solat tarawihnya seperti mana amalan kebiasaan sebahagian besar mereka di masjid dan surau.

Perbuatan tersebut menjejaskan mutu ibadah solat tarawih mereka kerana meninggalkan `wajib' solat tersebut seperti, meninggalkan tumakninah semasa rukuk dan sujud, mencacatkan bacaan al-Fatihah sebagaimana sepatutnya lantaran ingin cepat dalam mengejar waktu sehingga meninggalkan makmum di belakang tertinggal rukun-rukun penting dalam solatnya.

Amalan tarawih seperti itu menjadi tidak sempurna dan berkurangan pahalanya kerana itu berwaspadalah terhadap cara demikian dengan kembali mengamalkan ibadah solat seperti pada waktu-waktu lain, menyempurnakan qiyam, bacaan al-Fatihah, rukuk, sujud, khusyuk, hadir hati dan semua peradaban solat dan rukunnya.

Bagi makmum pula disyorkan supaya sentiasa bersama imamnya dalam mengerjakan solat tarawih itu sehinggalah selesai sama ada sebanyak 20 rakaat atau pun 8 rakaat.

Sabda nabi s.a.w. : Apabila seseorang menunaikan solat bersama imamnya sehinggalah imam itu (selesai dan) beredar, dikirakan untuknya (makmum) pahala qiyam semalaman. (An-Nasai).