tasbih Pictures, Images and Photos

20 December 2009

IKRAR CINTA



cinta itu amanah Allah
dan amanah adalah sesuatu yang paling berat
bertuahlah andai jatuh cinta dan dicintai

jauhilah segala yang haram
kerana cinta itu benih,
benih untuk membina ummah
kalau sayangkan agama,
cintakan Allah,jauhkan cintamu dari maksiat
memang payah,
kerana aku jua selalu tewas,
kerna ada cinta yang sudah jadi panahan iblis,
maka,sentuh tak pe,
berdua-duan tak pe,
buat sesuatu yang datangkan fitnah tak pe.
kalau cintakan Rasulullah,ikutlah kata baginda,
sulamlah cinta dengan ijab dan kabul,
kalau cinta,
ikrarlah bahawa aku akan bawa dia ke syurga bersamaku.
maka,untuk ke syurga itu ada pelbagai syarat,
ikutlah sebaik mungkin,
pedih hati,calar jiwa,
bila lihat orang yang dicintai menjauhi landasan Allah.
itulah sebenar cinta
walaupun hampa!

cinta itu penyelamat,
jadilah kamu
tangan-tangan yang menarik dia ke jannah.
jangan jadi
tangan-tangan menolak dia ke neraka jahanam.
org bercinta selalu kata
"love u forever"
tapi.
perbuatan,bagai hanya menggilai cinta dunia,
kalau selamanya,
maknanya kita akan bersama
sampai ke syurga




"andai aku ke syurga,akan kupinta kau bersamaku,
takkan kuleka,
takkan kulakukan,
yang mengheretmu ke neraka.
aku ikrar kerana CINTA"

14 December 2009

~gadis idaman~


wajahnya berona NUR IMAN
mahkotanya diliputi tanda KEHORMATAN
maruah diri dipagari dengan KESOPANAN
dialah puteri indah RUPAWAN
tika gadis lain sibuk menghiasi diri
dia hias NUR ILAHI pada WAJAHNYA

tika gadis lain sibuk mencari SANG PUTERA
dia selesa bersama cinta-NYA

tika gadis lain sibuk BERMADAH PUJANGGA
dia tekun dengan BAIT kata TUHANnya

tika gadis lain menangisi pemergian ARJUNA
dia tangisi KEHINAAN DIRI sebagai hamba

gadis itu seperti mawar berduri
INDAH dipandang namun
sukar DIPEGANG
mulianya kerana KETAQWAAN
cantiknya kerana keperibadian AKHLAK MULIA
kerana itulah dikatakan
DIALAH GADIS IDAMAN

11 December 2009

Mencari Cinta ILAHI


>>>YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM<<<

>>>Tolong nasihati si dia...

jangan mencintaiku lebih dari dia mencintai YANG ESA...
jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati YANG ESA...
jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan IBU BAPANYA...
dulukan ALLAH kerana di situ ada syurga...
dulukan IBU BAPA kerana di telapak itu syurganya..


>>>tolong ingatkan si dia...

aku mencintainya kerana IMAN bukan RUPA...
aku lebih cintakan ZUHUDnya bukan HARTA...
aku kasihnya kerana SANTUNnya...


>>>tolong sedarkan si dia...

bila dia mula mengagungkan cinta manusia...
bila dia tenggelam dalam angan2nya...
andai nafsu mengawal fikirannya...


>>>tolong sebarkan padanya...

usah ucap CINTA di kala CITA2 belum terlaksana...
andai diri enggan dirapati kerana menjaga BATASAN...
bila jarak menjadi penyebab bertambah RINDU...


>>>pesan padanya...

aku tak mahu menjadi fitnah besar baginya...
tak mahu jadi punca kegagalannya...


>>>khabarkan padanya...

aku mahu dia berjaya..
jadi penyokong kejayaanku...
aku mendambakan CINTA SUCI yang terjaga...
hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungannya dengan ALLAH..

MOGA PESANKU INI SAMPAI KEPADANYA YA ALLAH....(^_^)
Ameen Ya Rabbal 'Alamin...

03 December 2009

kata-kata hikmah


Kekata Hikmah Saiyidana Abu Bakar As-Siddiq ra...


Barangsiapa yang menyahut kepada seruan iblis, terkeluar agama darinya. Barangsiapa yang menyahut seruan nafsu, terkeluar roh(kemanusian) darinya. Barangsiapa yang menyahut seruan syahwat, terkeluar akal darinya. Barangsiapa yang menyahut seruan dunia, terkeluar syurga darinya.
Barangsiapa yang menyahut seruan ALLAH, terkeluar kejahatan darinya dan memperoleh segala kebaikan.

"Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq ra"

30 November 2009

Teman kerana ALLAH


Hidup hanya sekali, jadikanlah ia beerti dan berseri~

Teman… Aku memerlukan dirimu

Untuk memimpinku melalui rimba dan dan lurah kehidupan di dunia ini
Untuk membantuku menyemai benih dan menyubur amal soleh di ladang kehidupan ini
Untuk mendorongku berlumba-lumba melakukan kebaikan yang dicintai tuhan
Untuk menuntunku meniti jalan ketaqwaan

Teman.. marilah dekat denganku

Seandainya akhlakku mengikuti wahyu Seandainya imanku memotivasikan dirimu Seandainya keikhlasan cintamu diperbaharui selalu Seandainya kejujuran menjadi prinsipmu Aku mahu bersamamu, menghidupkan iman di alam realiti, bernaung di bawah teduhan persahabatan, menahan terik membumikan syariat ALLAH dan Rasul yang menjadi teladan..

Namun Teman..pergilah jauh dariku

Seandainya kedekatanku hanya memutikkan resahmu
Seandainya imanmu memudar dengan kehadiranku
Seandainya ucapanku memadamkan hikmah dan ihsanmu
Seandainya tingkahku menoreh lukamu menghiris perasaan
Aku mahu bersamamu,,namun demi kebaikan, biarlah berjauhan. Hanya berbeza jalan kehidupan. Hanya tidak menzahirkan kasih sebuah persahabatan.


Sedangkan kita masih sama di jalan ini insyaALLAH


Sama-sama sakit dan letih
Sama-sama jatuh dan bangun
Kekadang kuat kekadang lemah
Ayuh terus lah hatiku dan hatimu menempuhi jalan ini

Jalan mengenali dan mensyukuri kurnia tuhan
Jalan kembali ke syurga yang berkekalan..

Semakin besar cintaNYA dimiliki, semakin besar ujianNYA mendatangi...

SALAM AIDILADHA 1431H

EID ADHA 1431H

Salam Eid Mubarak buat pengunjung blog ana ini.Hari yg sngat bermakna buat semua kaum muslimin.Marilah sama2 kita mnymbutnya dgn penuh penghayatan hikmah2nya yg trsirat.
salah satu ibadat yg dilakukan smpena raya ni iaitu ibadat korban.Waktu menyembelihnya selepas solat aidiladha sehingga hari tasyrik (13 zulhijjah)
ibadah korban ni sangat dituntut dn disunatkn oleh Rasullullah alaihissolaatu wassalam,sbgai satu latihan dan ujian bg kaum muslimin utk memupuk semangat berkorban


TADHIYYAH DAN KEJAYAAN

Perjuangan menuntut pengorbanan, tiada perjuangan tanpa pengorbanan. itu slogan-slogan perjuangan yang ditiupkan pada duat dan para pencinta agama. Tadhiyyah mengikut kata Assyahid Al-Banna :

“Yang saya maksud degan tadhhiyah (pengorbanan) adalah pengorbanan jiwa, harta, waktu, kehidupan, dan segala sesuatu yang dipunyai oleh seseorang untuk meraih tujuan. Tidak ada perjuangan di dunia ini, kecuali harus disertai dengan pengorbanan. Demi fikrah kita, janganlah engkau mempersempit pengorbanan, karena sungguh ia memiliki balasan yang agung dan pahala yang indah. Barangsiapa bersantai-santai saja ketika bersama kami, maka ia berdosa”.

Jangan berhenti berkorban, usah berkira pengorbanan di dunia untuk beroleh keuntungan disana. Manisnya berkorban, andai kita optimis dengan ganjaran di penghujungnya. Teruskan menitipkan nilai pengorbanan dalam hidup persis Nabi Allah Ibrahim dan Ismail.



Moga Raya Korban kali ni sngat mmberi kita satu pengajaran dn hikmah utk kita sama2 terus taqarrub kpd ALLAH,mudah2an ibadah yg kita lakukan diterima ALLAH. moga ketemu di tahun yg akn datang...

16 November 2009

SELAWAT MUNJIYYAH

05 November 2009

Renung.. Hayati.. Insafi..


Bersihkan dirimu sebelum kamu dimandikan

Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan Dan bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan. Tutuplah auratmu sebelum auratmu ditutupkan Dengan kain kafan yang serba putih Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih Walaupun orang yang hadir itu merintih. Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai Lalu dilaksanakan solat jenazah Dengan empat kali takbir dan satu salam Berserta Fatihah ,Selawat dan doa Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah

Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup ? Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput ? Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian Justeru ku menyeru sekalian Muslimin dan Muslimat Usunglah dirimu ke tikar solat Sebelum kamu diusung ke liang lahad Menjadi makanan cacing dan ulat. Iringilah dirimu ke masjid Sebelum kamu diiringi ke pusara.Tangisilah dosa-dosamu di dunia Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa'.

Sucikanlan dirimu sebelum kamu disucikan Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan Dengan panggilan Izrail yang menakutkan. Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan Kerana ianya berguna untuk yang tinggal Bukan yang pergi.Beristighfarl ah kamu sebelum kamu diistighfarkan Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan Ingatlah di mana saja kamu berada Kamu tetap memijak di bumi Tuhan Dan dibumbungi dengan langit Tuhan Serta menikmati rezeki Tuhan.

Justeru bila Dia menyeru , sambutlah seruan-Nya Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti Lalu menjadi segumpal darah Lalu menjadi seketul daging Lalu daging itu membaluti tulang Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu Yang kalau jatuh ke tanah Ayam tak patuk , itik tak sudu Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu Yang lebih agung dari malaikat.

Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat.
Sambutlah seruan "Hayya 'alas Solaah"
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan "Hayya 'alal Falaah"
Jalan kemenangan akhirat dan dunia.
Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan
Pada hari itu tiada berguna harta, tahta dan putera
Isteri , kad kredit dan kereta
Kondominium ,saham dan niaga
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia...
Dipetik dari
IKIM.FM

RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58

Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah
tersebut
"SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM"
diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baikmu, Insya Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha
Kuasa, semua hajatmu akan dikabulkan.
Jika boleh niatkan sebegini:


1) YA-ALLAH YA-RAHIM
,
ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku

2) YA-ALLAH YA-RAHMAN
,
kurniakan aku isteri,suami, anak-anak yang soleh
dan mencintai islam

3) YA-ALLAH YA-RAZZAK,
kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik
dan berjaya didunia dan akhirat.

4) YA-ALLAH YA-JABBAR,
makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku
dapat ini

5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR,

jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq
dan miskin


6) YA-ALLAH YA-WADUUD,
kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang
beriman kesihatan zahir batin


7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM,

makbulkanlah semua hajatku, dan
redhaikanlah aku.....


AMINnnnn.

BISMILLAH


Di antara fungsinya ialah:-

1. Penawar bisa

2. Penawar kepada penyakit bisa-bisa tulang

3. Penawar bisa-bisa badan

4. Penawar bisa batu meroyan

5. Boleh digunakan untuk mengubati sakit yang tidak diketahui puncanya.

10 October 2009

Kenapa Perlu Berusaha Sedangkan Semuanya Telah Ditentukan?


Kenapa perlu susah-payah jika semuanya telah pun ditakdirkan? Kenapa harus kecewa sebelum bertemu gembira? Kenapa si dia tidak datang begitu sahaja?

Begitu juga para sahabat nabi, mereka pernah bertanyakan soalan yang hampir sama lebih 1400 tahun yang lalu.

Menurut Ali Abi Talib, pada suatu hari ketika para sahabat sedang menghadiri satu pengkebumian, Rasulullah datang dan duduk berhampiran. Para sahabat kemudian duduk mengelilinginya. Beliau menggenggam sebatang kayu kecil sambil menggores-gores tanah. Rasulullah kemudian bersabda, “Setiap daripada kamu yang diciptakan telah pun ditentukan neraka atau syurganya.” Bertanya salah seorang sahabat, “Kalau demikian, apa perlunya kita beramal ya Rasulullah?”

Mendengar sedemikan, Rasulullah bersabda lagi, “Beramallah, setiap orang akan dipermudahkan oleh Allah kepada jalan yang telah ditetapkan oleh-Nya.” Kemudian beliau membaca surah Al-Lail ayat 5 hingga 10” [1]

Di dalam surah Al-Lail ayat 5 hingga 10, Allah telah berfirman, “Adapun orang yang memberikan (menafkahkan hartanya) apa yang ada padanya ke jalan kebaikkan dan bertakwa (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala laranganNya). Dan dia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik. Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesenangan (syurga). Sebaliknya orang yang bakhil (daripada berbuat kebaikkan) dan berasa cukup dengan kekayaan dan kemewahannya. Dan dia mendustakan perkara yang baik. Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesusahan dan kesengsaraan. ”

Begitulah penjelasan nabi ke atas pengertian takdir dan amalan manusia. Beliau tidak menyuruh para sahabat mempersoalkan ketentuan tuhan, sebaliknya menyuruh mereka memberi fokus kepada usaha dan amalan semata-mata.

Firman Allah di dalam Surah Al-Mulk ayat 2, “Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya;”

Hidup ini adalah untuk berusaha dan beramal, bukan untuk mempersoalkan takdir. Jangan ditanya, “kenapa perlu mencari si dia sedangkan si dia telah pun ditentukan” sebaliknya tanyalah diri sendiri “apakah usaha yang telah dicurahkan di dalam perjalanan mencari si dia.”

Wallahu’alam.

29 September 2009

Rencana dan Bimbingan TUHAN pd hambaNYA


Kadang- kadang perjuangan adalah Sesuatu yang kita perlukan dalam hidup kita Jika tuhan membiarkan kita hidup Tanpa ranjau dan perjuangan Kita mungkin akan jadi lemah dan tak tahan ujian Kita mungkin tidak kuat untuk Menghadapi rintangan bagi mencapai Cita- cita dan harapan yang kita idamkan

Kita mungkin tidak akan pernah dapat ‘terbang’ jauh.
Sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Kita memohan kekuatan dan keteguhan hati… Dan Tuhan memberi kita dugaan dan ujian Untuk membuat kita cekal dan kuat
Kita memohon kebijaksanaan…
Dan Tuhan memberi kita pelbagai persoalan hidup
Untuk diselesaikan agar kita bertambah bijaksana dan matang.

Kita memohon kemakmuran…
Dan Tuhan memberi kita akal dan tenaga
Untuk dipergunakan sepenuhnya bagi
Mencapai kemakmuran.


Kadang- kadang perjuangan adalah
Sesuatu yang kita perlukan dalam hidup kita
Jika tuhan membiarkan kita hidup
Tanpa ranjau dan perjuangan
Kita mungkin akan jadi lemah dan tak tahan ujian
Kita mungkin tidak kuat untuk
Menghadapi rintangan bagi mencapai
Cita- cita dan harapan yang kita idamkan

Kita mungkin tidak akan pernah dapat ‘terbang’ jauh.
Sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Kita memohan kekuatan dan keteguhan hati…
Dan Tuhan memberi kita dugaan dan ujian
Untuk membuat kita cekal dan kuat

Kita memohon kebijaksanaan…
Dan Tuhan memberi kita pelbagai persoalan hidup
Untuk diselesaikan agar kita bertambah bijaksana dan matang.

Kita memohon kemakmuran…
Dan Tuhan memberi kita akal dan tenaga
Untuk dipergunakan sepenuhnya bagi
Mencapai kemakmuran.


Kita memohon cinta…
Dan Tuhan memberi kita orang- orang bermasalah
Untuk diselamatkan dan dicintai.

Kita memohon kemurahan rezeki dan kebaikan hati…
Dan Tuhan memberi kita kesempatan – kesempatan yang silih berganti.

Begitulah cara Tuhan membimbing kita…
Adakah jika kita tidak memperoleh apa yang kita idamkan,
Bererti bahawa kita tidak mendapat segala yang kita inginkan?

Kadang- kadang Tuhan tidak memberi apa yang kita minta,
Tapi dengan pasti Tuham memberikan yang terbaik untuk kita,
Kebanyakan kita tidak dapat melihat hikmah disebaliknya,
Bahkan tidak mahu menerima rencana Tuhan,
Padahal itulah yang terbaik untuk kita.

WASIAT LUKMAN AL-HAKIM


Hai anakku, barang siapa berdusta, pastilah hilang air mukanya (malu, maruah). Dan barang siapa jahat perangainya, nescaya banyak dukacitanya. Dan mengalih batu-batu besar dari tempatnya adalah lebih mudah daripada memberi pengajaran kepada orang yang tidak mahu faham.
Hadirlah (ziarahilah) majlis kematian. Janganlah menghadiri majlis perkahwinan kerana sesungguhnya mayat itu mengingatkan kamu pada akhirat dan perkahwinan itu menyelerakan kamu kepada dunia.

Lazimkanlah dirimu dengan majlis-majlis ulama dan dengarlah perkataan para hukamak. Kerana sesunguhnya Allah menghidupkan hati yang mati dengan cahaya ilmu (hikmah) sebagaimana bumi yang hidup dari mati dengan sinaran air hujan.

Seandainya engkau ingin bersaudara dengan seseorang, maka buatlah ia marah terlebih dahulu. Jika dia insaf terhadap engkau dalam keadaan marahnya itu, maka bolehlah engkau bersaudara dengannya. Jika tidak jauhilah ia.

24 September 2009

Salam Lebaran Dr Perlembahan Nil..


Selamat hari raye aidilfitri wa kullu aam wa entum bikhair,,minal a'idiin wal faaiziin..maaf zahir batin dr ana yg kini sdg beraye di perantauan,,moga2 kalian seme brbahagia di hari yg mulia ni,,ana di sini spt biasa beraye brsama kawan2,hnye mereka2 ni saje yg ada utk sama2 menyambut hari kemenangan wat umat islam ni,,buat kaum keluarga di kmpong,hnye khabar saje pnggnti diri krn tak dpt sama2 kite bersama di hari mulia ni,,mohon ampun maaf dr anakanda yg jauh ni,,moga2 tahun hadapan dpt kite sama2 berjumpa,brsua muke,,buat kawan2 semua,,selamat hari raye ,mg tautah ukhwah sentesa terjalin .




Ni ade sdikit sbanyak gambar2 smpena 27 ramadhan di mesir,brtempat di alexandariah,suasana yg sngat indah,takjub dgn ramainye umat islam bersolat brmunajat kpd TUHAN,


hmpir setiap tmpat,org2 mesir ni mncari tmpt utk sama2 mndapat keberkatan solat teraweh




berhimpit2,bersesak2 utk turut serta dlm jamaah smbahyang teraweh,,

ALLAH,,,,,ALLAH,,,,,ALLAH......sngat hebat suasana ni,,satu jemaah islam yg kuat pegangannya,,sama2 beribadah mnyembah pd yg ESA


18 September 2009

PANTUN BULAN RAMADHAN&SYAWAL

PANTUN BULAN RAMADHAN

KALAU TUAN, PERGI KE PEKAN
KIRIMKAN SAYA, PISANG SETANDAN.
BANYAKKAN AMAL DI BULAN RAMADHAN.
SUPAYA MENJADI, ORANG BERIMAN.

SAKIT BADAN,SUKAR DIRAMAL.
UMATNYA PAHIT, SUSAH DITELAN.
DI BULAN RAMADHAN, KITA BERAMAL.
SEMOGA IMAN, TERUN BERKEKALAN.

BUAH DELIMA, DI HUJUNG DAHAN.
MARI DIMAKAN, BERSAMA BERANGN.
MARI NERAMAL, DIBULAN RAMADHAN.
BIARPUN SEDIKIT, TAPI BERKEKALAN.


PANTUN BULAN SYAWAL

RAMADHAN DAN SYAWAL, BULAN MULIA.
SANAK SAUDARA, BERKUMPUL BERSAMA.
SALAM DIHULUR, MAAF DIPINTA.
TANDANYA KITA, SEMUA BERSAUDARA.

INSAHNYA SUNGGUH, DI HARI RAYA.
RAMAINYA ORANG, BERSUKA RIA.
SEMUA TERSENYUM, TAMPAK BERGAYA.
YANG MISKIN PULA, JANGAN DILUPA.

BULAN SYAWAL, SUDAH TIBA.
WARGA KOTA,PULANG KE DESA.
MERAIKAN HARI, YANG MULIA.
DI HARI RAYA, KITA BERGEMBIRA.

BUNGA RAYA, SI BUNGA DAHLIA.
BUNGA KENANGA, HARUM BAUNYA.
HARI RAYA, HARI YANG MULIA.
MARI BERSAMA, MERAIKANNYA.

TANGKAP IKAN, SI IKAN BAWAL
ANAK SIAKAP, SEDAP DIMAKAN.
AMPUN MAAF, DI PAGI SYAWAL.
SALAH SILAP, HARAP DIMAAFKAN.

HARI RAYA, HARI BAHAGIA
DIRAI BERSAMA, SANAK SAUDARA.
WALAU KITA, ASYIK BERGEMBIRA.
AMAL IBADAH, JANGAN DILUPA.

KALAU ADA SUMUR, DI LADANG.
BOLEH SAYA, MENUMPANG MANDI.
KALAU ADA UMUR,YANG PANJANG.
RAYA DEPAN,INSYA-ALLAH JUMPA LG.

17 September 2009

SENJA RAMADHAN....


Jikalah ada yang paling dinanti

Pastilah hari-hari ramadhan

Yang selalu dirindui

Adalah masa-masa sebulan penuh ramadhan



Andai ada yang harus dikenang sepanjang hayat

Tentulah keceriaan ramadhan

Yang takkan mungkin terlupakan

Ialah kenikmatan beribadah di ramadhan

Dan yang pasti ditangisi kepergiannya

Pasti pula si mulia ramadhan



Ampunan ,Berkah dan Rahmat adalah yang diharap dari usainya ramadhan

seraya berdoa,

Dia berkenan kita bertemu lagi ramadhan

Walau satu tahun lagi.



Seindah ramadhan, sebagus Syawal

Begitulah persaudaraan ini terus terjalin



Taqobbalallahu minna wa minkum

Shiyaamana wa Shiyamakum



Senja Ramadhan terakhir tlah tiba
Tak terasa bulan penuh berkah ini tlah berakhir
Bulan ketika pintu surga terbuka dan pintu neraka tertutup

Kumandang takbir menggema menembus hati
Sungguh tetes air mata mengalir di pucuk daun
Tak kuasa terbendung jatuh ke tanah sujutku

Banyak debu dosa tak terhapus
Banyak kata menyakitkan terucap tanpa sadar
Banyak sikap buruk terlaku tanpa sadar

Sungguh banyak dosa ini

Seiring kumandang takbir
Seiring datangnya hari kemenangan
Seiring kata maaf terucap

Semoga kita bertemu bulan Ramadhan yang akan datang
Amin.

10 September 2009

رمضان شهر الخير


ر= Keredhaan Allah – Bagi orang yang taat.

= Keampunan Allah – Bagi orang yang maksiat.

= Jaminan Allah – Bagi orang yang tawakal.

= Kejinakan Allah – Bagi orang yang taat.

= Anugerah Allah – Bagi orang yang benar.


Perkataan RA-MA-DHAN berasal dari perkataan RA-MA-DA yang membawa erti membakar, iaitu menghapuskan dosa-dosa orang yang berpuasa dan beribadat pada bulan Ramadhan.

Ramadhan ertinya bulan mendapatkan keredhaan Allah dan keampunan bagi hamba-Nya. Orang yang mendapat keredhaan dan keampunan Allah bererti memberi jaminan (kerana ibadatnya pada bulan mulia dengan penuh taat) mendapat syurga anugerah Allah bagi hamba-Nya yang benar-benar melakukan ibadat kerana-Nya pada bulan Ramadhan termulia ini dengan ganjaran pahala sehingga seribu kali ganda dan keampunan yang banyak sekali, teristimewa pada malam Lailatul Qadar.

24 August 2009

Syukur,,kerana ku masih dapat merasai ramadhan kali ni


Ramadhan datang lg,,stelah lame menunggu akhirnye dia datang juga,
datangnya seperti selalu
dengan seribu satu rahmat dan berkat dari Yang Esa
untuk hambaNya yg tidak leka dengan kelebihannya
,ini kerana berkat bulan ni menerima diri hamba2 yg hina ni utk mngambil istifadah dlm bulan ni.bersyukur laa kerana kite masih trgolong dlm org2 yg beriman dlm bulan ramadhan ni.

Ramadhan datang lagi dgn modalkn mmberi peluang kpd org2 mukmin utk mnyucikn diri mereka dr segala dosa yg telah dilakukn. di dalamnya membawa kepada pengampunan ALLAH, di dalamnya al Quran diturunkan, di dalamnya ada malam yang lebih baik dari seribu bulan.

Rasulullah صلى الله عليه وآله وسلم bersabda:

رمضان إلى رمضان، والجمعة إلى الجمعة، والصلاة إلى الصلاة، مكفرات لما بينهن إذا اجتنبت الكبائر

Ertinya: Bulan Ramadhan satu ke bulan ke bulan Ramadhan berikutnya, Jum’at satu ke Jum’at berikutnya, dan satu shalat ke shalat berikutnya menjadi penebus dosa di antara keduanya, selama dijauhi segala dosa besar
. (Hadits riwayat: Imam Ahmad, Muslim dan al-Baihaqi)

Anugerah TUHAN pd hambanye menyediakn satu malam yg sangat bernilai pahalanye&berkatnye.Rasulullah saw yang bermaksud : "Sesungguhnya telah datang kepada kamu bulan Ramadan. Padanya terdapat satu malam yang lebih baik daripada seribu bulan. Maka sesiapa yang tidak mendapat kebaikan maka dia tidak akan mendapat kebaikan sama sekali. "( Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Satu perkara yang sukar dilupakan oleh kaum muslimin bahawa Al-Qur’an turun di bulan Ramadan, tepatnya malam Lailatul Qadr. Allah menurunkan Al-Qur’an pada bulan suci ini kerana keutamaan yang tinggi baginya dan hikmah. Allah -Ta’ala- berfirman,
شَهْرُ رَمَضَانَ الَّذِي أُنْزِلَ فِيهِ الْقُرْآَنُ هُدًى لِلنَّاسِ وَبَيِّنَاتٍ مِنَ الْهُدَى وَالْفُرْقَانِ

"(Beberapa hari yang ditentukan itu ialah) bulan Ramadan, bulan yang di dalamnya diturunkan (permulaan) Al-Qur’an sebagai petunjuk bagi manusia, dan penjelasan mengenai petunjuk itu, serta pembeda (antara yang haq dengan yang batil)". (QS. : Al-Baqarah: 185 )




Selamat datang wahai Ramadhan yang diberkati, selamat datang wahai Bulan Ramadhan yang dimuliakan.. Ya ALlah, jadikan kami, antara hambaMu yang tergolong di dalam kelompok yang mendapar redhaMu di bulan ini. Jadikan kami antara hambaMu yang dapat mengisikan Ramadhan ini dengan cahaya pada hati dan berlanjutan sehingga putus nafas ini...

Moga Ramadhan kali ini membawa satu perubahan yang baik buat diri kite semua.
Moga Ramadhan kali ini juga membawa anjakan paradigma untuk semua saudara seIslam agar setapak ke hadapan dan seterusnya dekat dengan Allah swt...
Moga Ramadhan ini juga memberi kekuatan kepada umat Islam untuk berpadu dan membebaskan bumi terjajah Islam, palestin terutamanya...
Moga Ramadhan ini membuka mata kita dengan saudara kita yang menderita...

Tolong ya Allah, bantulah hamba-Mu yang memerlukan...Tolong ya Allah, lindungi dan peliharalah Masjidil Aqsa sehingga ke hari kiamat...Tolong ya Allah...bebaskan bumi palestin dari cengkaman musuh-musuh Islam...Tolong ya Allah, kembalikan kegemilangan Islam...Tolong ya Allah, beri hidayah kepada kami semua hamba-hamba-Mu...Tolong ya Allah, pertemukan kami di syurga-Mu...Tolong ya Allah, tingkatkan cinta dan rindu kami pada-Mu dan kekasih-Mu...Tolong ya Allah, setiap detik hidup kami sentiasa mengingati-Mu...Tolong Ya Allah, jangan biarkan kami lupa pengorbanan Rasulullah, para sahabat dan mereka yang berjuang demi Islam...Tolong ya Allah...perkenankan doa kami...Amin Ya Rabbal Alamin...

Ku mengaharap, ramadhan kali ini penuh makna... Agar dapat ku tingkatkan segala ibadah.. dan segera taubat atas setiap dosa dosa yang lalu.. ku harap, segala kisah buruk, tidak akan ku ulangi lagi.. walaupun hanya kesalahan yang kecil...
akan ku tingkatkan diri bagi setiap solat ku,amalan2 sunatku, bacaan ku dalam al quran.hafalan ayat2 suciMU,Hadith2 NABAWI,bilangan khatam quranku..zikir2 ku seharian,,hizib2 pelindung diriku..moga diriku istiqomah dlm amalan2 ni

Tingkatkn ilmu ngn mnghadiri kelas2 pengajian,tafaqquh,cemarah dn tazkirah.Jauhila maksiat dn dosa2,,kerana jk bulan mulia ni dicemari ngn dosa,,dilakukan maksiat,,maka tidak mustahil lah dlm bulan2 lain jg akan dibuat juga maksiat2 dan dosa2..Ampunilah Dosa2 kami ya TUHAN,,,,

Moga Ramadhan kali ni bukan yg trakhir buat diri ni.Moga Ramadhan akan datang masih mnjumpai kita,,brdoa lah moga kite dpt bertemu lg bulan yg mulia ini.Harap dipanjangkn umur utk bertemu ngn bulan yg dikasihi Nabi ni.Moga kite seme trgolong dlm org2 yg dibukakn pintu hati utk terus beribadah kpd TUHAN.Amiin,,,

17 August 2009

Doa hati ni....

Ya Muqtadir
padaMu kumemohon petunjuk
berikankan aku kekuatan
permudahkan urusanku buat masa kini dan akan datang
andai ia tidak baik untukku, agamaku, dan duniaku
maka, elakkan dariku daripadanya
andai ia ditakdirkan baik buatku
maka, mudahkan laluannya

Ya Allah Yang Maha Mengetahui
Putaran alam mengajar erti hakiki seorang insan
Bangun, jatuh, gagal, cemerlang
Baik, buruk, putih, hitam
Mewarnai kanvas kehidupan

Detik cetusan hati kadangkala menyoroti peristiwa
Namun, siapalah kita untuk melawan taqdirNya
Sesungguhnya Engkau Yang Maha Berkuasa
Atas tiap peri yang berlaku

Kalbu gusar tatkala saat genting
Dilema memikirkan antara keperluan kehendak
Kewajiban yang aula’ atau terpaksa dilepaskan
Tuntutan jemaah, keluarga, sahabat
Tawakkal & pasrah pdNYA untukku membuat pilihan

Ya Nur, Ya Baqi’
Curahkan padaku rahmat dan nikmatMu
Limpahkan cahaya taufiq buatku untuk menetapkannya
Berikan hatiku meredhai atas percaturanNya
Bukakanlah pintu kejayaan dan jalan keluar bagiku
Andai dia tercipta buatku, milikku
Perkenankanlah permohonanku..
Ameen..ya rabbal alamin..

26 July 2009

ELAIKA (MUHAMMAD UBAID)


إلـيــك إلـــه الـخـلـق أرفــــع رغـبـتــي
kupersembahkan kepadaMu harapanku wahai Tuhan

وإن كـنـتُ يــا ذا الـمــن والـجــود مـجـرمـا
sekalipun aku seorang yang berdosa wahai Zat yang Maha pemberi dan pemurah

ولـمــا قـســا قـلـبـي وضـاقــت مـذاهـبــي
tatkala sesak dadaku dan sempit perjalanan hidupku

جـعـلـت الـرجــا مـنــي لـعـفـوك سـلـمــا
kujadikan rayuanku sebagai jalan mengharap keampunanMu

فـمـا زلــتَ ذا عـفـو عــن الـذنـب لــم تـزل

hanya Engkau sahaja yang memiliki keampunan untuk dosa yang tidak akan terhapus ini.

تــجــود و تـعــفــو مــنـــة وتـكــرمــا
bila Engkau belas dan Engkau ampun; itu kebaikanMu dan kasih sayangMu.

ألــســت الــــذي غـذيـتـنـي وهـديـتـنــي
bukankah Engkau yang memberi aku makan dan hidayah?

ولا زلــــت مـنـانــا عــلـــيّ ومـنـعـمــا
dan memang selamanyalah Engkau yang memberi anugerah dan ni'mat itu kepadaku

عـسـى مــن لــه الإحـســان يـغـفـر زلـتــي
semoga sesiapa yang memiliki ihsan mengampunkan kesalahanku

ويـسـتــر أوزاري ومــــا قــــد تـقــدمــا
dan menutup dosa2ku dan setiap perkara yang telah lalu

فــإن تـعـف عـنــي تـعــف عـــن مـتـمـرد
sekiranya Engkau ampunkan aku, ampunkan dari kederhakaan

ظــلــوم غــشــوم لا يــزايـــل مـأتــمــا
kezaliman, penganiayaan yang tak pernah terpisah dariku

و إن تنـتـقـم مــنــي فـلـســت بــآيــس
dan jika Engkau membalas siksa terhadapku, aku tidak akan berputus asa

ولـــو أدخـلــوا نـفـسـي بـجــرم جـهـنـمـا
sekalipun kesemuanya memasukkan diriku bersama salahku ke dalam neraka

فصيـحـا إذا مــا كــان فـــي ذكـــر ربـــه
dia menjadi ramah ketika mengingat tuhannya

وفيما سواه في الورى كان أعجما
tetapi bila bersama yang lain di dunia ini dia membisu

يـقــول: حبـيـبـي أنـــت سـؤلــي وبغـيـتـي
dia berkata: Kekasih, Engkaulah harapanku

كـفــى بـــك للـراجـيـن ســـؤلا ومـغـنـمـا
cukuplah hanya Engkau bagi orang2 yang berharap; harapan dan kekayaan.

أصـــــون ودادي أن يـدنــســه الـــهـــوى
kupelihara kasihku yang dicemari nafsu

وأحــفــظ عــهــد الــحـــب أن يـتـثـلـمـا
dan aku jaga janji kasih yang telah tercalar

فـفـي يقظـتـي شــوق وفــي غـفـوتـي مـنــى
di saat kujaga, aku rindu, dan di saat kulelap aku berharap

تــلاحــق خــطــوي نــشــوة وتـرنــمــا
yang sesalu mengiringi langkahku; bersemangat dan berirama,

فـجـرمـي عـظـيـم مـــن قـديــم وحــــادث
maka dosaku adalah besar dari dulu dan kini

وعـفــوك يـأتــي الـعـبـد أعـلــى وأجـسـمـا
dan keampunanMu yang mendatangi hamba;
meninggikan dan memuliakan (martabatnya).


(antara bait2 syair Imam Syafi`e ketika beliau sakit sebelum menghembuskan nafas terakhir)

18 July 2009

kenapa cinta??

Kenapa cinta?

Cantik?
Indah?
Banyak Membantu?
Cinta kita sepenuh hati?
Memahami?

Jika cantik dan indah menjadi puncanya,
Maka Allah adalah yang
terindah..keindahannya terzahir dari
makhluknya.ciptaannya. tengok saja
pemandangan indah di pantai..tengok saja
ciptaan-ciptaan indah di pergunungan,
menyejukkan kalbu.

Jika banyak membantu menjadi sebabnya,
Ya, Allah maha membantu...udara yang
disediakan, matahari yang memancar, alam
yang penuh dengan rezeki serta
nikmatnya. Ya Allah tidak terkira
nikmatNya...

Jika memahami menjadi puncanya cinta
Allah lebih memahami kita.
memberikan kita panduan lengkap
AL-QURAN, menghantarkan kepada kita
UTUSAN AGUNG.. Muhammad. S.a.w

Demikian juga Rasulullah SAW yang
menjalankan tugasnya sebagai pesuruh
Allah swt. Bertungkus lumus membantu
kita agar terselamat di alam barzakh dan
akhirat kita. Tidak terhutang budikah
kita dengan kesungguhannya.?

Siapakah yang disebut-sebut sewaktu
baginda nazak? adakah hartanya?
isteri-isterinya? sahabat-sahabatnya?
kaum kerabatnya? perniagaannya? TIDAK
Baginda Menyebut kita! ummati-ummati.
siapa yang menyintai kita sepenuh hati
sebenar-benarnya?
Dari dunia yg sementara..
hingga Akhirat yg Kekal Abadi

Allah s.w.t dan Nabi Muhammad s.a.w,
paling layak menerima kasih dan cinta kita.
Namun kelemahan kita sering gagal
memujuk hati ini untuk jatuh kasih
kepadaNya, akibat dihalang oleh tembok
besar dunia, tembok besi kejahilan,
tembok penipuan yang dipasang Syaitan.

Ya Allah Ya Tuhan kami, bantulah kami kasih
kepadamu, dan segala amalan yang boleh
membawa kami kasih kepadaMu dan peroleh
kasihMu, dan hampir dengan manusia yang
boleh membawa kami kasih kepadaMu.

Ya Allah "ultuf bina" ( be gentle with
us)..o forgiver ..forgive our sins...