tasbih Pictures, Images and Photos

09 March 2009

بشرى لنا با لنبي المختا ر سلأم مولد الرسول 1430



صلى الله على محمد ... صلى الله عليه وسلم
يا نبي سلام عليك ... يا رسول سلام عليك
يا حبيب سلام عليك ... يا رسول الله ... صلوات الله عليك


Setiap kali bulan Rabiul-awal terutama pada 12 haribulan, kita mengadakan majlis perayaan Maulid Nabi. Amalan sambutan Maulidur Rasul itu dianggap baik dan sunat oleh kebanyakan ulama, maka ramai yang melakukannya atau menyertai majlis sambutan tersebut. Ini adalah kerana mereka ingin mendapat pahala dan keberkatan daripada amalan itu. Banyak pendapat ulama besar dan muktabar menggalakkannya kerana ia tidak salah.

ana ade memetik petikan dlm satu blog:
Pensyarah Kuliah Usuludin Dakwah Universiti Al-Azhar Shibin El-Kom, Dr. Atiyah Mustafa Husain berkata, mereka yang merayakan sambutan Maulid Rasul akan dijaga oleh Allah dari syirik kepada-Nya. Memetik kata-kata dari Syeikh Soleh Jaafari radhiAllahu anhu, dengan menolak tanggapan sesetengah pihak bahawa sambutan Maulid Rasul boleh menjatuhkan seseorang kepada syirik beliau berkata mereka yang menyambut perayaan ini akan terpelihara akidahnya dari perbuatan syirik. "Ini kerana kita sudah mengetahui bahawa Rasulullah salallahualaihi wasalam juga adalah hamba Allah dan merupakan utusan-Nya," jelas beliau. Tambahnya lagi, walaupun begitu darjat Baginda salallahualaihi wasakam adalah tidak sama dengan sekalian hamba Allah yang lain. Beliau turut mengupas tentang zat Nabi Muhammad salallahualaihi wasalam yang memiliki cahaya (nur). "Nur yang ada pada Baginda salallahualaihi wasalam mengatasi sekalian cahaya-cahaya lain di dunia ini termasuk matahari", katanya. Oleh sebab itu antara kelebihan Baginda salallahualaihi wasalam ialah Baginda salallahualaihi wasalam tidak mempunyai bayang-bayang ketika Baginda salallahualaihi wasalam berdiri di bawah sinaran matahari.

Beliau yang juga imam dan khatib di Masjid Syeikh Soleh Jaafari di Darrasah turut mengupas kisah malam Israk Mikraj antara Rasulullah salallahualaihi wasalam dengan malaikat Jibril alaihi salam, penghulu sekalian malaikat. Setelah melepasi langit ketujuh. Rasulullah salallahualaihi wasalam dapat melepasi hingga ke Sidratul Muntaha tanpa Jibril kerana jika Jibril melintasi ke Sidratul Muntaha nescaya jasadnya akan terbakar. "Oleh sebab itu, cahaya Nabi Muhammad salallahualaihi wasalam adalah mengatasi cahaya-cahaya lain termasuk cahaya para malaikat hingga diberikan kemuliaan dapat melihat Allah Taala di malam tersebut," tegas beliau.

jadi,kite sebagai umat NABI MUHAMMAD S.A.W, mestilah kite sentese berselawat dan salam ke atas Baginda.Bnyk amalan2 yg seswai dibuat utk mngingati hari kelahiran Baginda ni.

Disunatkan memperingati maulidurrasul pada bila-bila masa, terlebih utama lagi sempena hari kelahirannya.


) Membesarkan Nabi bersempena hari kelahirannya yang merupakan salah satu hari kebesaran Islam.


) Menzahirkan kegembiraan dan kesyukuran atas sebesar-besar nikmat dan rahmat Allah iaitu kelahiran baginda dengan mengerjakan amalan-amalan kebaikan.


) Menyambut hari kebesaran ini membawa kepada mencintai nabi dan mencintai Allah.


) Mendapat ganjaran yang besar di dunia dan akhirat bagi mereka yang menyambutnya.


0 comments: