tasbih Pictures, Images and Photos

30 April 2010

Sebab Rasulullah SAW membela wanita


Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh wamaghfiratuh..

Antara perjuangan besar Nabi Muhammad SAW
ialah membela wanita dan mengangkat darjatnya.

Ini berlaku lama sebelum dunia Barat dikejutkan oleh gerakan hak asasi wanita.

“Dunia ini penuh perhiasan dan perhiasan paling indah ialah wanita yang soleh.” (Riwayat Muslim)

Hadiths ini jelas menunjukkan betapa Islam memandang tinggi
kedudukan wanita dalam kehidupan sejagat.

Malah, antara surah yang didahulukan dalam urutan Al Quran ialah mengenai wanita (An-Nisa).

Al Quran menggambarkan wanita dalam tiga fenomena:

- Wanita sebagai fitnah dan musuh andainya mereka tidak dididik dah diasuh serta dibentuk menurut acuan Islam. - Wanita juga ujian bagi seseorang lelaki dalam menerajui bahtera kehidupan ke arah kebahagiaan dan kesejahteraan hidup. - Wanita anugerah ILLAHI yang istimewa kepada lelaki yang mendambakan kemesraan dan kebahagiaan hidup.


Sejarah Islam dihiasi juga oleh kisah wanita terbilang.

Sehubungan itu, Rasulullah SAW bersabda:
“Ada empat wanita mulia yang juga penghulu segala wanita: Asiah binti Muzahim (isteri Firaun), Maryam binti Imran (ibunda Isa), Khadijah binti Khuailid (isteri Rasulullah) dan Fatimah binti Muhammad (puteri kesayangan Rasulullah)”. (Riwayat Bukhari)


Rasulullah SAW telah menegaskan peri perlu:

- Dihentikan pembunuhan bayi atau kanak-kanak perempuan yang merupakan amalan kaum Quraisy yang percaya wanita pembawa s***;

- Memberikan layanan setimpal dari segi pendidikan dan kemajuan kepada anak lelaki dan perempuan;

- Menetapkan pembelaan lelaki ke atas wanita;

- Membolehkan wanita berbaiah (memberikan ikrar setia) sebagai warga Negara;

- Membolehkan wanita terlibat dalam peperangan, urusan rawatan atau hospital sehinggalah pentadbiran; dan

- Menganjurkan setiap Muslim yang akan melangkah ke alam perkahwinan supaya berhati-hati memilih calon isteri dengan mengutamakan isteri soleh.

“Janganlah kamu nikahi wanita cantik, kelak kecantikannya itu akan membinasakanmu; janganlah kamu nikahi wanita kerana hartanya, akan menyebabkan kederhakaanmu; sebaliknya nikahilah wanita yang beragama. Sesungguhnya wanita yang tidak berhidung dan tuli tetapi beragama itu adalah lebih baik bagimu.” (Riwayat Abdullah Ibn Humaid)

Antara lain, konsep isteri solehah terpapar dalam maksud firman NYA:

“… perempuan soleh mestilah taat dan memelihara kehormatan dirinya ketika ketiadaan suaminya dengan perlindungan ALLAH.” (An-Nisa’:34)

Malah, pesan Baginda:

“Jika seseorang wanita menunaikan solat lima waktu, berpuasa sebulan Ramadhan, memelihara kehormatannya dan mentaati suaminya, nescaya dia dapat masuk ke mana-mana sahaja pintu syurga menurut kehendaknya.” (Riwayat Imam Ahmad)

Baginda berpesan lagi:

“Seseorang isteri yang meninggal dunia, sedang suaminya redha kepada kematiannya, nescaya isterinya akan masuk syurga.” (Riwayat Al Hakim dan Tirmidzi)

Isteri solehah adalah pendidik dan pengasuh terbaik kepada anak-anaknya dan juga pendingin hati ibubapa.

Ia juga merupakan saham akhirat yang pahalanya berkekalan, biarpun ibubapa nya telah lama meninggal dunia.

Ibu adalah guru pertama anaknya.

Antara doa yang paling mustajab ialah doa seorang ibu yang soleh.

ALLAHua'lam.

Mutiara Kata Untuk Renungan Bersama


  • Tiada hadiah yang lebih berharga daripada nasihat yang baik.
  • Rahsia hati seseorang ialah sedalam sebuah lautan yang luas.
  • Jika anda berhasrat untuk berjaya, jangan hanya memandang
    ke tangga tetapi belajarlah untuk menaiki tangga tersebut.
  • Sesiapa yang tidak pernah merasai kepahitan tidak akan mengenal kemanisan.
  • Jika kita melakukan sesuatu dengan keikhlasan, nescaya
    ganjaran yang kita terima juga setanding dengan apa yang
    kita usahakan
  • Semangat yang kuat mampu mengatasi apa sahaja cabaran yang datang
  • Selagi kita mencuba dan berusaha, selagi itulah kita akan beroleh apa yang kita hajati.
  • Fikiran membawa kepada pekerjaan. Pekerjaan membawa
kepada kejayaan. Kejayaan membawa kepada impian.

16 April 2010

binnabil huda - UNIQUE

30 March 2010

Sabar Itu Indah



Hidup banyak dugaan dan cubaan..banyak perkara yang tidak disangka-sangka berlaku. Semuanya menguji kesabaran. Kesabaran menahan marah...kesabaran dengan perangai manusia...kesabaran mencari ilmu...kesabaran menegakkan kebenaran...kesabaran mencari kekayaan...kesabaran mencari kebahagian...kesabaran mencari pasangan....Inilah nilai sabar teruji.

Allah berpesan dalam Surah Al-Asr...dengan beringat-ingat dan berpesan-pesan dengan kesabaran. Kita membaca sirah ...kita membaca sejarah...kita melihat banyak perkara yang benar berlaku didepan mata. Nabi Yusuf sabar difitnah...Nabi Ayub sabar diuji dengan kesengsaraan ...Nabi Muhammad S.A.W sabar dengan kaum Quraisy dan berhijrah ke Madinah...Nabi Musa diuji dengan menahan kesabaran dalam menuntut ilmu...

Kesudahannya sabar itu membuahkan hasil yang baik...sesuatu yang indah.
Kita diuji dengan kesabaran...memohonlah pada Allah kerana semua yang baik itu dari Allah jua.

"Berbaik sangkalah kepada ALLAH,Yakin akan setiap ketentuan ALLAH & Syukurilah atas segala ni'mat yang diberi.."

20 February 2010

cinta padaMU...YA ROBB



‘ Ya Allah. dimana lagikah dapat ku temui cinta sejati..

kecuali pada cintaMu..

ke mana lagikah hati ini harus berlabuh..

kecuali pada kasihMu..


Jadikanlah hati yg lemah ini yaAllah..

tertambat kukuh hanya padaMU..


Aku mohon redha atas segenap keputusanMu

kesejukan setelah matiku..

kenikmatan memandang wajahMu..

dan kerinduan untuk berjumpa denganMu..


Ampunilah diri ini yang tidak beharga Ya Allah ..

Penuhilah kehinaannya dengan keindahan maghfirahMu’


05 February 2010

Hati Tenang Berpaksi Ilahi



Jiwa gersang terasa kekosongan,

Minta diisi zikir laungan;

Hati gundah tiada kehaluan;

Petunjuk Rabbi sekadar bayangan.


Hari-hari berlalu penuh derita,

Perit jerih jelas terasa;

Dimana perlu kututur bicara;

Bagi diri penuh sengketa.

"Ya Muqollibal Qulub, Tsabbit Qulubana 'ala diinik !!!"


Alhamdulillah, Gegak gempita bersulam cahaya;

Kalam Ilahi penguat jiwa;

Langkah diorak penuh bertenaga;

Ke medan jihad kutempuh jua.

Ketekalan Al-Fateh penunggak kekuatan,

Jiwa ar-rijal penuh keberanian;

Tahajjud pada Ilahi peneguh keimanan;

Pemangkin kekuatan puncak kejayaan.


Kalam Allah terpahat di dada,
Sunnah junjungan sedia terlaksana.;
Jiwa tenang indah terasa;
Hidup berpaksikan Allah semata.

15 January 2010

Ukuran cinta kepada Ilahi


Ya Allah...
Tiada cinta sesuci cinta Allah kepada UmatNya.sesungguhnya setiap cabaran yang kita hadapi itu memang bukti cinta Allah kepada kita. namun kita yang leka dan beranggapan Allah menghukum kita apabila dugaan datang menjelma.

Umat mengaku beriman perlu bersabar atasi cabaran ditentukan dalam kehidupan.

CINTA adalah penawar. Barang siapa yang hatinya kosong tanpa cinta, nescaya pelbagai penyakit akan bersarang di dalamnya. Cinta adalah kehidupan, kerana hidup seseorang anak manusia bermula daripadanya.


Manusia memerlukan cinta untuk tetap bertahan. Manakala, jiwa yang kekeringan cinta bagaikan tercabut roh daripada jasadnya. Berjalan tanpa perasaan, berfikir tanpa keindahan, bosan dan hampa.

Dijadikan indah pada pandangan manusia rasa cinta yang boleh memuaskan nafsu dan syahwatnya. Cinta adalah fitrah yang dibekalkan untuk manusia. Cinta perlu diatur dengan baik, bukan dibiarkan mengganas hingga menyebabkan lupa kepada hakikat kehidupan.

Apakah ubat bagi orang yang tertekan, putus asa dan rasa dirinya tidak berguna? Jika kita tersungkur angkara musibah, siapakah yang patut dicari?

Di manakah ketenangan diperoleh? Manusia amat memerlukan Penciptanya Yang Maha Mengetahui selok-belok dirinya. Jika dia sakit, ubatnya ada pada Allah Taala, yang dapat menurunkan setitis rahmat di hati yang tenat.

Mengapa hati rasa sempit, dada rasa sesak, segenap jasad tak mampu menahan beban berat jika rahmat Allah Taala itu lenyap?

Rasulullah SAW bersabda bermaksud: “Sesungguhnya Allah memiliki seratus rahmat, Dia menurunkan satu rahmat daripada-Nya untuk manusia, jin, serangga dan binatang. Dengan satu rahmat itu mereka saling berkasih sayang. Dengan satu rahmat itu binatang buas mengasihi anaknya. Dia menangguhkan lagi kurniaan sembilan puluh sembilan rahmat, dengan itu Dia akan merahmati hamba-Nya pada hari kiamat.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Betapa berharganya nilai setitis rahmat. Keamanan dan kedamaian menjelma di serata dunia. Bagaimanakah dalaman rumah kita? Apakah rahmat Allah turun ke atasnya? Rahmat yang mencelupkan dua jiwa suami dan isteri pasti akan melahirkan anak yang salih. Rahmat yang hidup di hati seorang ayah akan menjadikannya mampu mendidik ahli keluarga dengan iman. Rahmat yang menitis di jiwa seorang ibu akan menjadikannya rela mengorbankan jiwa raganya untuk kebahagiaan keluarga. Akhirnya kita semua perlu menyedari bahawa kebencian dan suasana huru-hara yang berlaku berpunca daripada jiwa orang yang kekeringan rahmat Allah Taala.

Mungkinkah kita mendapat rahmat Allah jika kita tidak berusaha mengenal-Nya? Tak kenal maka tak cinta. Suatu ungkapan yang mudah untuk difahami. Namun, amat berat diamalkan. Mengenali Allah sebagai Penguasa ke atas diri kita. Yang menggenggam ubun-ubun makhluk-Nya dengan mudah dan akan menyentapnya apabila Dia berkehendak. Mengenal Allah dengan hati dan akal. Meneliti dan mencari penyebab kenapa Dia Yang Maha Pencinta layak untuk dicintai?

Allah Taala yang mengatur hidup kita, melimpahi hari yang kita lalui dengan nikmat-Nya. Semuanya itu tidak mampu disenaraikan kerana terlalu berharga. Tidak sesiapapun mampu membeli kebahagiaan jika Allah tidak mahu mengurniakan untuknya. Bagaimana hendak membayar nikmat kesihatan jika Allah tidak sudi menyembuhkan? Mungkinkah cita-cita dan impian akan tergenggam apabila Dia Yang Maha Mencipta berkehendak lain daripada apa yang kita inginkan. Diri kita tak penting bagi-Nya, ada dan tiadanya kita tidak mengurangi kebesaran-Nya. Dialah Allah yang kita kenali melalui bekas-bekas nikmat-Nya yang ada pada diri kita.

Perkenalan ini membuahkan cinta yang amat mendalam dan begitu hebat menguasai hati kita, seperti firman-Nya bermaksud: “Dan di antara manusia ada yang mengambil tandingan-tandingan selain Allah, mereka mencintai tandingan-tandingan Allah itu seperti mereka mencintai Allah, sedangkan orang yang beriman amat sangat kuat cintanya kepada Allah.” (Surah Al-Baqarah, ayat 165)

Jika cinta sudah dimiliki, sudah semestinya dia sanggup diuji. Dengan hati dan akal, kita belajar mengatasi ujian cinta Ilahi. Ia menjadi ketentuan yang wajib dijalani bagi hamba-Nya yang mengaku beriman, kerana mungkin cintanya itu sekadar berpura-pura.

Semakin berat ujian yang diterima maka semakin tinggi tahap kecintaannya kepada Allah. Sabda Baginda SAW bermaksud: “Sesungguhnya Allah Taala apabila mencintai hamba-Nya maka Dia mengujinya.” (Hadis riwayat al-Tirmizi)

Ibnu Al-Qayyim mengatakan: “Tidaklah sekali-kali Allah Taala menguji hamba-Nya dengan godaan hawa nafsu dan kederhakaan, tiada lain ia bertujuan mengarahkannya supaya berjuang dan melawan, sehingga perjuangannya itu akan melahirkan cinta kepada Allah.”

Maka terjawablah persoalan kedudukan manusia yang mencintai Allah lebih hebat daripada kedudukan malaikat. Malaikat Allah tidak diuji seperti manusia diuji dalam membuktikan cintanya kepada Allah Taala.

Cinta kepada Allah Taala juga boleh dicari dalam ikatan ukhuwah sesama manusia. Seperti firman Allah Taala bermaksud: “Wahai orang-orang yang beriman, barang siapa di antara kamu yang murtad dari agamanya maka kelak Allah Taala akan mendatangkan suatu kaum yang Allah mencintai mereka dan mereka pun mencintai-Nya, yang bersikap lemah lembut terhadap orang mukmin.” (Surah Al-Maidah, ayat 54)

Rasulullah SAW juga menyeru umatnya untuk saling mencintai dalam sabdanya bermaksud: “Tidaklah sekali-kali dua orang lelaki saling mencintai kerana Allah, melainkan orang yang paling dicintai Allah itu adalah yang paling kuat kecintaannya kepada saudaranya.” (Hadis riwayat al-Tabrani)

Sabda Baginda lagi bermaksud: “Tidak beriman seseorang di antara kamu sehingga dia mencintai bagi saudaranya apa yang dia cintai bagi dirinya sendiri.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim)

Antara perkara paling berharga dalam kehidupan ini adalah persahabatan yang ikhlas. Ia tidak mudah untuk dimiliki melainkan oleh mereka yang ikhlas mahu mewujudkannya. Jika Allah mencantumkan hati manusia tiada siapa boleh menghalangi mereka mengecapi nikmat persahabatan itu.

Antara akhlak persahabatan yang paling rendah ialah sedia memaafkan saudara kita, manakala yang tertinggi pula, menolong sepenuh hati jika dia memerlukan kita untuk berada di sisinya. Sahabat yang terbaik adalah mereka yang bersungguh-sungguh mengajak kita mengecapi kasih sayang hingga ke akhirat. Sahabat di dunia dan akhirat menjadi slogan yang indah dan tak terlupa. Hanya dengan ikatan itu kita mampu mengecapi rahmat Allah bersama saudara seiman.

13 January 2010

Kunci Kebahagiaan


Biarpun liku-liku hidup yang dilalui terasa begitu payah, namun jika diri benar-benar mengenal Allah dan beribadat kepada-Nya, nescaya kita akan mendapat kebaikan, kebahagiaan dan ketenangan. Namun jika kita ingkar kepada-Nya, jiwa pasti tidak tenteram walau tinggal di istana yang mewah nan megah. Ketahuilah bahawa di akhir kehidupan adalah pahit dan menderita kerana kita belum memiliki kunci kebahagiaan nan sejati.

Allah SWT berfirman yang bermaksud, “…dan Kami telah menganugerahkan kepadanya perbendaharaan harta (berbagai-bagai jenis kekayaan) yang kunci-kuncinya sungguh berat dipikul oleh sejumlah orang yang kuat-kuat. (Ingatlah) ketika kaumnya berkata kepadanya: "Janganlah kamu terlalu bangga; sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang terlalu membanggakan diri."” (Surah al-Qashash [028], ayat 76)


Jika diteliti pengertian ayat ini, Allah SWT membela mereka agar tidak terjerumus ke dalam kejahatan di dunia dan di akhirat. Ini adalah janji dan berita gembira daripada Allah bagi orang-orang yang beriman bahawa Allah akan menghindarkan mereka (kerana keimanan mereka) dari semua keburukan orang kafir, godaan syaitan, keburukan diri sendiri, amal perbuatan yan
g jelek dan membantu meringankan beban mereka. Setiap Mukimin berhak atas pembelaan dan keutamaan seperti ini, sesuai dengan kadar keimanannya. Setiap orang diuji dengan perkara yang berbeza-beza dan percayalah ujian itu tanda kasih sayang Allah kepada kita.

Allah SWT berfirman yang membawa maksud : "Tidak ada sesuatu musibah pun yang menimpa seseorang kecuali dengan izin Allah; Dan barang siapa yang beriman kepada Allah, niscaya Dia akan memberi petunjuk kepada hatinya (untuk menerima apa yang telah berlaku itu dengan tenang d
an sabar). Dan Allah Maha Mengetahui segala sesuatu.” (Surah at-Taghaabun [064], ayat 11)

Berdasarkan ayat di atas, hendaklah kita memahami bahawa setiap musibah yang menimpa adalah ketentuan Allah. Apabila kita redha dengan dugaan ini, kita akan menerimanya dengan pasrah dan usahlah berputus asa berdoa agar ktia diberi kekuatan dan jalan untuk menghadapi ujia
n getir itu.

Empat kunci kebahagiaan
Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya, “Empat perkara yang membawa kebahagiaan iaitu wanita yang solehah, rumah yang luas, jiran yang baik dan kenderaan yang selesa!” (Hadis riwayat Ibnu Hibban)

Kehidupan yang selesa adalah suatu bentuk kehidupan yang dialu-alukan oleh Islam di mana kehidupan yang sempurna memerlukan empat elemen asas yang penting iaitu:
  1. Wanita yang solehah - iaitu isteri yang baik yang dapat menguruskan keluarga dan rumahtangga dengan sempurna.
  2. Rumah yang luas yang boleh memberikan keselesaan untuk bermesra dengan keluarga dan anak-anak di samping dapat melapangkan fikiran dengan baik dan tenang.
  3. Jiran yang baik kerana jiran merupakan orang yang paling rapat selepas sanak saudara dan keluarga. Jiran yang baik dapat menjamin keharmonian hidup bermasyarakat sehinggakan ikatan kejiranan itu boleh bertukar seakan-akan sebuah kelurga yang kasih-mengasihi dan saling mengambil berat di antara satu sama lain.
  4. Kenderaan yang selesa kerana ia memberikan kemudahan dalam segala urusan.
Antara tabiat buruk yang mengancam kebahagiaan hidup ialah berfoya-foya dengan kehidupan mewah, boros harta dan membazir ketika berbelanja. Tabiat ini sering disebut dalam al-Quran sebagai punca kehancuran beberapa umat yang terdahulu. Oleh itu hendaklah kita sentiasa berdoa agar ditetapkan hati supaya tidak mudah condong ke arah kemungkaran dan kesesatan.

“….Ya Tuhan kami, janganlah Engkau jadikan hati kami condong kepada kesesatan sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan karuniakanlah kepada kami rahmat dari sisi Engkau; karena sesungguhnya Engkau-lah Maha Pemberi (karunia).” (Surah ali-‘Imran [003], ayat 8)

20 December 2009

IKRAR CINTA



cinta itu amanah Allah
dan amanah adalah sesuatu yang paling berat
bertuahlah andai jatuh cinta dan dicintai

jauhilah segala yang haram
kerana cinta itu benih,
benih untuk membina ummah
kalau sayangkan agama,
cintakan Allah,jauhkan cintamu dari maksiat
memang payah,
kerana aku jua selalu tewas,
kerna ada cinta yang sudah jadi panahan iblis,
maka,sentuh tak pe,
berdua-duan tak pe,
buat sesuatu yang datangkan fitnah tak pe.
kalau cintakan Rasulullah,ikutlah kata baginda,
sulamlah cinta dengan ijab dan kabul,
kalau cinta,
ikrarlah bahawa aku akan bawa dia ke syurga bersamaku.
maka,untuk ke syurga itu ada pelbagai syarat,
ikutlah sebaik mungkin,
pedih hati,calar jiwa,
bila lihat orang yang dicintai menjauhi landasan Allah.
itulah sebenar cinta
walaupun hampa!

cinta itu penyelamat,
jadilah kamu
tangan-tangan yang menarik dia ke jannah.
jangan jadi
tangan-tangan menolak dia ke neraka jahanam.
org bercinta selalu kata
"love u forever"
tapi.
perbuatan,bagai hanya menggilai cinta dunia,
kalau selamanya,
maknanya kita akan bersama
sampai ke syurga




"andai aku ke syurga,akan kupinta kau bersamaku,
takkan kuleka,
takkan kulakukan,
yang mengheretmu ke neraka.
aku ikrar kerana CINTA"

14 December 2009

~gadis idaman~


wajahnya berona NUR IMAN
mahkotanya diliputi tanda KEHORMATAN
maruah diri dipagari dengan KESOPANAN
dialah puteri indah RUPAWAN
tika gadis lain sibuk menghiasi diri
dia hias NUR ILAHI pada WAJAHNYA

tika gadis lain sibuk mencari SANG PUTERA
dia selesa bersama cinta-NYA

tika gadis lain sibuk BERMADAH PUJANGGA
dia tekun dengan BAIT kata TUHANnya

tika gadis lain menangisi pemergian ARJUNA
dia tangisi KEHINAAN DIRI sebagai hamba

gadis itu seperti mawar berduri
INDAH dipandang namun
sukar DIPEGANG
mulianya kerana KETAQWAAN
cantiknya kerana keperibadian AKHLAK MULIA
kerana itulah dikatakan
DIALAH GADIS IDAMAN

11 December 2009

Mencari Cinta ILAHI


>>>YA ALLAH YA RAHMAN YA RAHIM<<<

>>>Tolong nasihati si dia...

jangan mencintaiku lebih dari dia mencintai YANG ESA...
jangan mengingatiku lebih dari dia mengingati YANG ESA...
jangan mendoakanku lebih dari dia mendoakan IBU BAPANYA...
dulukan ALLAH kerana di situ ada syurga...
dulukan IBU BAPA kerana di telapak itu syurganya..


>>>tolong ingatkan si dia...

aku mencintainya kerana IMAN bukan RUPA...
aku lebih cintakan ZUHUDnya bukan HARTA...
aku kasihnya kerana SANTUNnya...


>>>tolong sedarkan si dia...

bila dia mula mengagungkan cinta manusia...
bila dia tenggelam dalam angan2nya...
andai nafsu mengawal fikirannya...


>>>tolong sebarkan padanya...

usah ucap CINTA di kala CITA2 belum terlaksana...
andai diri enggan dirapati kerana menjaga BATASAN...
bila jarak menjadi penyebab bertambah RINDU...


>>>pesan padanya...

aku tak mahu menjadi fitnah besar baginya...
tak mahu jadi punca kegagalannya...


>>>khabarkan padanya...

aku mahu dia berjaya..
jadi penyokong kejayaanku...
aku mendambakan CINTA SUCI yang terjaga...
hubungan ini terjaga selagi dia menjaga hubungannya dengan ALLAH..

MOGA PESANKU INI SAMPAI KEPADANYA YA ALLAH....(^_^)
Ameen Ya Rabbal 'Alamin...

03 December 2009

kata-kata hikmah


Kekata Hikmah Saiyidana Abu Bakar As-Siddiq ra...


Barangsiapa yang menyahut kepada seruan iblis, terkeluar agama darinya. Barangsiapa yang menyahut seruan nafsu, terkeluar roh(kemanusian) darinya. Barangsiapa yang menyahut seruan syahwat, terkeluar akal darinya. Barangsiapa yang menyahut seruan dunia, terkeluar syurga darinya.
Barangsiapa yang menyahut seruan ALLAH, terkeluar kejahatan darinya dan memperoleh segala kebaikan.

"Saiyidina Abu Bakar As-Siddiq ra"

30 November 2009

Teman kerana ALLAH


Hidup hanya sekali, jadikanlah ia beerti dan berseri~

Teman… Aku memerlukan dirimu

Untuk memimpinku melalui rimba dan dan lurah kehidupan di dunia ini
Untuk membantuku menyemai benih dan menyubur amal soleh di ladang kehidupan ini
Untuk mendorongku berlumba-lumba melakukan kebaikan yang dicintai tuhan
Untuk menuntunku meniti jalan ketaqwaan

Teman.. marilah dekat denganku

Seandainya akhlakku mengikuti wahyu Seandainya imanku memotivasikan dirimu Seandainya keikhlasan cintamu diperbaharui selalu Seandainya kejujuran menjadi prinsipmu Aku mahu bersamamu, menghidupkan iman di alam realiti, bernaung di bawah teduhan persahabatan, menahan terik membumikan syariat ALLAH dan Rasul yang menjadi teladan..

Namun Teman..pergilah jauh dariku

Seandainya kedekatanku hanya memutikkan resahmu
Seandainya imanmu memudar dengan kehadiranku
Seandainya ucapanku memadamkan hikmah dan ihsanmu
Seandainya tingkahku menoreh lukamu menghiris perasaan
Aku mahu bersamamu,,namun demi kebaikan, biarlah berjauhan. Hanya berbeza jalan kehidupan. Hanya tidak menzahirkan kasih sebuah persahabatan.


Sedangkan kita masih sama di jalan ini insyaALLAH


Sama-sama sakit dan letih
Sama-sama jatuh dan bangun
Kekadang kuat kekadang lemah
Ayuh terus lah hatiku dan hatimu menempuhi jalan ini

Jalan mengenali dan mensyukuri kurnia tuhan
Jalan kembali ke syurga yang berkekalan..

Semakin besar cintaNYA dimiliki, semakin besar ujianNYA mendatangi...

SALAM AIDILADHA 1431H

EID ADHA 1431H

Salam Eid Mubarak buat pengunjung blog ana ini.Hari yg sngat bermakna buat semua kaum muslimin.Marilah sama2 kita mnymbutnya dgn penuh penghayatan hikmah2nya yg trsirat.
salah satu ibadat yg dilakukan smpena raya ni iaitu ibadat korban.Waktu menyembelihnya selepas solat aidiladha sehingga hari tasyrik (13 zulhijjah)
ibadah korban ni sangat dituntut dn disunatkn oleh Rasullullah alaihissolaatu wassalam,sbgai satu latihan dan ujian bg kaum muslimin utk memupuk semangat berkorban


TADHIYYAH DAN KEJAYAAN

Perjuangan menuntut pengorbanan, tiada perjuangan tanpa pengorbanan. itu slogan-slogan perjuangan yang ditiupkan pada duat dan para pencinta agama. Tadhiyyah mengikut kata Assyahid Al-Banna :

“Yang saya maksud degan tadhhiyah (pengorbanan) adalah pengorbanan jiwa, harta, waktu, kehidupan, dan segala sesuatu yang dipunyai oleh seseorang untuk meraih tujuan. Tidak ada perjuangan di dunia ini, kecuali harus disertai dengan pengorbanan. Demi fikrah kita, janganlah engkau mempersempit pengorbanan, karena sungguh ia memiliki balasan yang agung dan pahala yang indah. Barangsiapa bersantai-santai saja ketika bersama kami, maka ia berdosa”.

Jangan berhenti berkorban, usah berkira pengorbanan di dunia untuk beroleh keuntungan disana. Manisnya berkorban, andai kita optimis dengan ganjaran di penghujungnya. Teruskan menitipkan nilai pengorbanan dalam hidup persis Nabi Allah Ibrahim dan Ismail.



Moga Raya Korban kali ni sngat mmberi kita satu pengajaran dn hikmah utk kita sama2 terus taqarrub kpd ALLAH,mudah2an ibadah yg kita lakukan diterima ALLAH. moga ketemu di tahun yg akn datang...

16 November 2009

SELAWAT MUNJIYYAH

05 November 2009

Renung.. Hayati.. Insafi..


Bersihkan dirimu sebelum kamu dimandikan

Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan Dan bersolatlah kamu sebelum kamu disolatkan. Tutuplah auratmu sebelum auratmu ditutupkan Dengan kain kafan yang serba putih Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih Walaupun orang yang hadir itu merintih. Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai Lalu dilaksanakan solat jenazah Dengan empat kali takbir dan satu salam Berserta Fatihah ,Selawat dan doa Sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah

Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus Segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup ? Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud Dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput ? Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian Justeru ku menyeru sekalian Muslimin dan Muslimat Usunglah dirimu ke tikar solat Sebelum kamu diusung ke liang lahad Menjadi makanan cacing dan ulat. Iringilah dirimu ke masjid Sebelum kamu diiringi ke pusara.Tangisilah dosa-dosamu di dunia Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa'.

Sucikanlan dirimu sebelum kamu disucikan Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan Dengan panggilan Izrail yang menakutkan. Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan Kerana ianya berguna untuk yang tinggal Bukan yang pergi.Beristighfarl ah kamu sebelum kamu diistighfarkan Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan Ingatlah di mana saja kamu berada Kamu tetap memijak di bumi Tuhan Dan dibumbungi dengan langit Tuhan Serta menikmati rezeki Tuhan.

Justeru bila Dia menyeru , sambutlah seruan-Nya Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti Lalu menjadi segumpal darah Lalu menjadi seketul daging Lalu daging itu membaluti tulang Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu Yang kalau jatuh ke tanah Ayam tak patuk , itik tak sudu Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu Yang lebih agung dari malaikat.

Lahirmu bukan untuk dunia
Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat.
Sambutlah seruan "Hayya 'alas Solaah"
Dengan penuh rela dan bersedia
Sambutlah seruan "Hayya 'alal Falaah"
Jalan kemenangan akhirat dan dunia.
Ingatlah yang kekal ialah amal
Menjadi bekal sepanjang jalan
Menjadi teman di perjalanan
Guna kembali ke pangkuan Tuhan
Pada hari itu tiada berguna harta, tahta dan putera
Isteri , kad kredit dan kereta
Kondominium ,saham dan niaga
Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia...
Dipetik dari
IKIM.FM

RAHSIA SURAH YASSIN AYAT KE 58

Barangsiapa yang membaca YAASIN sepenuhnya dan pada ayat ke 58 surah
tersebut
"SALAAMUN QAULAN MIN RABBIN RAHIM"
diulang sebanyak 7 kali untuk 7 niat baikmu, Insya Allah dengan izin Yang Maha Esa dan Maha
Kuasa, semua hajatmu akan dikabulkan.
Jika boleh niatkan sebegini:


1) YA-ALLAH YA-RAHIM
,
ampunkan dosa-dosaku dan saudara-maraku

2) YA-ALLAH YA-RAHMAN
,
kurniakan aku isteri,suami, anak-anak yang soleh
dan mencintai islam

3) YA-ALLAH YA-RAZZAK,
kurniakan aku rezeki yang berkat,kerja yang baik
dan berjaya didunia dan akhirat.

4) YA-ALLAH YA-JABBAR,
makbulkan hajat penghantar maklumat yang aku
dapat ini

5) YA-ALLAH YA-MUTAQABBIR,

jauhkan aku dari sifat khianat dan munafiq
dan miskin


6) YA-ALLAH YA-WADUUD,
kurniakan aku dan seluruh umat Muhammad yang
beriman kesihatan zahir batin


7) YA-ALLAH YA-ZALJALA LIWAL IKRAM,

makbulkanlah semua hajatku, dan
redhaikanlah aku.....


AMINnnnn.

BISMILLAH


Di antara fungsinya ialah:-

1. Penawar bisa

2. Penawar kepada penyakit bisa-bisa tulang

3. Penawar bisa-bisa badan

4. Penawar bisa batu meroyan

5. Boleh digunakan untuk mengubati sakit yang tidak diketahui puncanya.

10 October 2009

Kenapa Perlu Berusaha Sedangkan Semuanya Telah Ditentukan?


Kenapa perlu susah-payah jika semuanya telah pun ditakdirkan? Kenapa harus kecewa sebelum bertemu gembira? Kenapa si dia tidak datang begitu sahaja?

Begitu juga para sahabat nabi, mereka pernah bertanyakan soalan yang hampir sama lebih 1400 tahun yang lalu.

Menurut Ali Abi Talib, pada suatu hari ketika para sahabat sedang menghadiri satu pengkebumian, Rasulullah datang dan duduk berhampiran. Para sahabat kemudian duduk mengelilinginya. Beliau menggenggam sebatang kayu kecil sambil menggores-gores tanah. Rasulullah kemudian bersabda, “Setiap daripada kamu yang diciptakan telah pun ditentukan neraka atau syurganya.” Bertanya salah seorang sahabat, “Kalau demikian, apa perlunya kita beramal ya Rasulullah?”

Mendengar sedemikan, Rasulullah bersabda lagi, “Beramallah, setiap orang akan dipermudahkan oleh Allah kepada jalan yang telah ditetapkan oleh-Nya.” Kemudian beliau membaca surah Al-Lail ayat 5 hingga 10” [1]

Di dalam surah Al-Lail ayat 5 hingga 10, Allah telah berfirman, “Adapun orang yang memberikan (menafkahkan hartanya) apa yang ada padanya ke jalan kebaikkan dan bertakwa (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala laranganNya). Dan dia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik. Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesenangan (syurga). Sebaliknya orang yang bakhil (daripada berbuat kebaikkan) dan berasa cukup dengan kekayaan dan kemewahannya. Dan dia mendustakan perkara yang baik. Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesusahan dan kesengsaraan. ”

Begitulah penjelasan nabi ke atas pengertian takdir dan amalan manusia. Beliau tidak menyuruh para sahabat mempersoalkan ketentuan tuhan, sebaliknya menyuruh mereka memberi fokus kepada usaha dan amalan semata-mata.

Firman Allah di dalam Surah Al-Mulk ayat 2, “Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya;”

Hidup ini adalah untuk berusaha dan beramal, bukan untuk mempersoalkan takdir. Jangan ditanya, “kenapa perlu mencari si dia sedangkan si dia telah pun ditentukan” sebaliknya tanyalah diri sendiri “apakah usaha yang telah dicurahkan di dalam perjalanan mencari si dia.”

Wallahu’alam.

29 September 2009

Rencana dan Bimbingan TUHAN pd hambaNYA


Kadang- kadang perjuangan adalah Sesuatu yang kita perlukan dalam hidup kita Jika tuhan membiarkan kita hidup Tanpa ranjau dan perjuangan Kita mungkin akan jadi lemah dan tak tahan ujian Kita mungkin tidak kuat untuk Menghadapi rintangan bagi mencapai Cita- cita dan harapan yang kita idamkan

Kita mungkin tidak akan pernah dapat ‘terbang’ jauh.
Sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Kita memohan kekuatan dan keteguhan hati… Dan Tuhan memberi kita dugaan dan ujian Untuk membuat kita cekal dan kuat
Kita memohon kebijaksanaan…
Dan Tuhan memberi kita pelbagai persoalan hidup
Untuk diselesaikan agar kita bertambah bijaksana dan matang.

Kita memohon kemakmuran…
Dan Tuhan memberi kita akal dan tenaga
Untuk dipergunakan sepenuhnya bagi
Mencapai kemakmuran.


Kadang- kadang perjuangan adalah
Sesuatu yang kita perlukan dalam hidup kita
Jika tuhan membiarkan kita hidup
Tanpa ranjau dan perjuangan
Kita mungkin akan jadi lemah dan tak tahan ujian
Kita mungkin tidak kuat untuk
Menghadapi rintangan bagi mencapai
Cita- cita dan harapan yang kita idamkan

Kita mungkin tidak akan pernah dapat ‘terbang’ jauh.
Sesungguhnya Tuhan itu Maha Pengasih dan Maha Penyayang.

Kita memohan kekuatan dan keteguhan hati…
Dan Tuhan memberi kita dugaan dan ujian
Untuk membuat kita cekal dan kuat

Kita memohon kebijaksanaan…
Dan Tuhan memberi kita pelbagai persoalan hidup
Untuk diselesaikan agar kita bertambah bijaksana dan matang.

Kita memohon kemakmuran…
Dan Tuhan memberi kita akal dan tenaga
Untuk dipergunakan sepenuhnya bagi
Mencapai kemakmuran.


Kita memohon cinta…
Dan Tuhan memberi kita orang- orang bermasalah
Untuk diselamatkan dan dicintai.

Kita memohon kemurahan rezeki dan kebaikan hati…
Dan Tuhan memberi kita kesempatan – kesempatan yang silih berganti.

Begitulah cara Tuhan membimbing kita…
Adakah jika kita tidak memperoleh apa yang kita idamkan,
Bererti bahawa kita tidak mendapat segala yang kita inginkan?

Kadang- kadang Tuhan tidak memberi apa yang kita minta,
Tapi dengan pasti Tuham memberikan yang terbaik untuk kita,
Kebanyakan kita tidak dapat melihat hikmah disebaliknya,
Bahkan tidak mahu menerima rencana Tuhan,
Padahal itulah yang terbaik untuk kita.

WASIAT LUKMAN AL-HAKIM


Hai anakku, barang siapa berdusta, pastilah hilang air mukanya (malu, maruah). Dan barang siapa jahat perangainya, nescaya banyak dukacitanya. Dan mengalih batu-batu besar dari tempatnya adalah lebih mudah daripada memberi pengajaran kepada orang yang tidak mahu faham.
Hadirlah (ziarahilah) majlis kematian. Janganlah menghadiri majlis perkahwinan kerana sesungguhnya mayat itu mengingatkan kamu pada akhirat dan perkahwinan itu menyelerakan kamu kepada dunia.

Lazimkanlah dirimu dengan majlis-majlis ulama dan dengarlah perkataan para hukamak. Kerana sesunguhnya Allah menghidupkan hati yang mati dengan cahaya ilmu (hikmah) sebagaimana bumi yang hidup dari mati dengan sinaran air hujan.

Seandainya engkau ingin bersaudara dengan seseorang, maka buatlah ia marah terlebih dahulu. Jika dia insaf terhadap engkau dalam keadaan marahnya itu, maka bolehlah engkau bersaudara dengannya. Jika tidak jauhilah ia.

24 September 2009

Salam Lebaran Dr Perlembahan Nil..


Selamat hari raye aidilfitri wa kullu aam wa entum bikhair,,minal a'idiin wal faaiziin..maaf zahir batin dr ana yg kini sdg beraye di perantauan,,moga2 kalian seme brbahagia di hari yg mulia ni,,ana di sini spt biasa beraye brsama kawan2,hnye mereka2 ni saje yg ada utk sama2 menyambut hari kemenangan wat umat islam ni,,buat kaum keluarga di kmpong,hnye khabar saje pnggnti diri krn tak dpt sama2 kite bersama di hari mulia ni,,mohon ampun maaf dr anakanda yg jauh ni,,moga2 tahun hadapan dpt kite sama2 berjumpa,brsua muke,,buat kawan2 semua,,selamat hari raye ,mg tautah ukhwah sentesa terjalin .




Ni ade sdikit sbanyak gambar2 smpena 27 ramadhan di mesir,brtempat di alexandariah,suasana yg sngat indah,takjub dgn ramainye umat islam bersolat brmunajat kpd TUHAN,


hmpir setiap tmpat,org2 mesir ni mncari tmpt utk sama2 mndapat keberkatan solat teraweh




berhimpit2,bersesak2 utk turut serta dlm jamaah smbahyang teraweh,,

ALLAH,,,,,ALLAH,,,,,ALLAH......sngat hebat suasana ni,,satu jemaah islam yg kuat pegangannya,,sama2 beribadah mnyembah pd yg ESA


18 September 2009

PANTUN BULAN RAMADHAN&SYAWAL

PANTUN BULAN RAMADHAN

KALAU TUAN, PERGI KE PEKAN
KIRIMKAN SAYA, PISANG SETANDAN.
BANYAKKAN AMAL DI BULAN RAMADHAN.
SUPAYA MENJADI, ORANG BERIMAN.

SAKIT BADAN,SUKAR DIRAMAL.
UMATNYA PAHIT, SUSAH DITELAN.
DI BULAN RAMADHAN, KITA BERAMAL.
SEMOGA IMAN, TERUN BERKEKALAN.

BUAH DELIMA, DI HUJUNG DAHAN.
MARI DIMAKAN, BERSAMA BERANGN.
MARI NERAMAL, DIBULAN RAMADHAN.
BIARPUN SEDIKIT, TAPI BERKEKALAN.


PANTUN BULAN SYAWAL

RAMADHAN DAN SYAWAL, BULAN MULIA.
SANAK SAUDARA, BERKUMPUL BERSAMA.
SALAM DIHULUR, MAAF DIPINTA.
TANDANYA KITA, SEMUA BERSAUDARA.

INSAHNYA SUNGGUH, DI HARI RAYA.
RAMAINYA ORANG, BERSUKA RIA.
SEMUA TERSENYUM, TAMPAK BERGAYA.
YANG MISKIN PULA, JANGAN DILUPA.

BULAN SYAWAL, SUDAH TIBA.
WARGA KOTA,PULANG KE DESA.
MERAIKAN HARI, YANG MULIA.
DI HARI RAYA, KITA BERGEMBIRA.

BUNGA RAYA, SI BUNGA DAHLIA.
BUNGA KENANGA, HARUM BAUNYA.
HARI RAYA, HARI YANG MULIA.
MARI BERSAMA, MERAIKANNYA.

TANGKAP IKAN, SI IKAN BAWAL
ANAK SIAKAP, SEDAP DIMAKAN.
AMPUN MAAF, DI PAGI SYAWAL.
SALAH SILAP, HARAP DIMAAFKAN.

HARI RAYA, HARI BAHAGIA
DIRAI BERSAMA, SANAK SAUDARA.
WALAU KITA, ASYIK BERGEMBIRA.
AMAL IBADAH, JANGAN DILUPA.

KALAU ADA SUMUR, DI LADANG.
BOLEH SAYA, MENUMPANG MANDI.
KALAU ADA UMUR,YANG PANJANG.
RAYA DEPAN,INSYA-ALLAH JUMPA LG.

17 September 2009

SENJA RAMADHAN....


Jikalah ada yang paling dinanti

Pastilah hari-hari ramadhan

Yang selalu dirindui

Adalah masa-masa sebulan penuh ramadhan



Andai ada yang harus dikenang sepanjang hayat

Tentulah keceriaan ramadhan

Yang takkan mungkin terlupakan

Ialah kenikmatan beribadah di ramadhan

Dan yang pasti ditangisi kepergiannya

Pasti pula si mulia ramadhan



Ampunan ,Berkah dan Rahmat adalah yang diharap dari usainya ramadhan

seraya berdoa,

Dia berkenan kita bertemu lagi ramadhan

Walau satu tahun lagi.



Seindah ramadhan, sebagus Syawal

Begitulah persaudaraan ini terus terjalin



Taqobbalallahu minna wa minkum

Shiyaamana wa Shiyamakum



Senja Ramadhan terakhir tlah tiba
Tak terasa bulan penuh berkah ini tlah berakhir
Bulan ketika pintu surga terbuka dan pintu neraka tertutup

Kumandang takbir menggema menembus hati
Sungguh tetes air mata mengalir di pucuk daun
Tak kuasa terbendung jatuh ke tanah sujutku

Banyak debu dosa tak terhapus
Banyak kata menyakitkan terucap tanpa sadar
Banyak sikap buruk terlaku tanpa sadar

Sungguh banyak dosa ini

Seiring kumandang takbir
Seiring datangnya hari kemenangan
Seiring kata maaf terucap

Semoga kita bertemu bulan Ramadhan yang akan datang
Amin.