tasbih Pictures, Images and Photos

17 September 2008

BERKAT BANGUN SAHUR


"SAMBUTLAH Ramadan dengan hati terbuka, seperti ketibaan orang yang kita cinta". Ungkapan tersebut memberi seribu erti bagi kita yang dapat merungkai erti sebenar bulan Ramadan. Bulan Ramadan adalah bulan berkat yang amat besar fadhilatnya jika kita menghayati erti Ramadan yang dikurniakan oleh Allah s.w.t kepada umat-Nya. Umat Islam hendaklah berebut-rebut melakukan sebanyak mungkin amalan kerana amalan yang baik itu, pasti ada ganjarannya. Antara amalan-amalan bulan Ramadan ialah solat terawih berjemaah di surau atau masjid, mengurangkan tidur, banyakkan bersedekah, dan sebagainya. Tidak ketinggalan juga dengan amalan bersahur yang begitu sinonim dengan bulan Ramadan. Namun begitu, amalan ini tidak begitu diendahkan oleh segelintir masyarakat kita khususnya anak muda hari ini. Daripada Abu Sa'id al-Khudri, Rasulullah s.a.w bersabda: "Makan sahur itu berkat, oleh sebab itu jangan kamu meninggalkannya walaupun salah seorang daripada kamu kemudiannya meneguk seteguk air. Maka sesungguhnya Allah s.w.t berselawat ke atas orang-orang yang bersahur." Sahur dapatlah diklasifikasikan sebagai makan selepas waktu tengah malam atau dinihari sebelum terbit fajar. Hukumnya adalah sunat. Bagaimanapun, waktu yang sesuai ialah selepas waktu dinihari iaitu antara pukul 3.00 pagi sehingga sebelum masuk waktu imsak, iaitu 10 minit sebelum waktu Subuh. Persoalannya, mengapa agaknya ada dalam kalangan kita lebih gemar bersahur sebelum tidur dan liat untuk bangun sahur pada awal pagi? Apa yang cuba diterjemahkan oleh anak-anak muda ini dengan menganggap sahur mereka adalah makan sebelum tidur? Sebenarnya, waktu bersahur itu bermula sebaik sahaja masuk waktu pertengahan malam dan berlarutan sehingga sebelum terbit fajar. Oleh yang demikian, orang yang makan sebelum masuk waktu pertengahan malam tidaklah dia dikatakan bersahur tetapi dia cuma makan biasa saja dan tidak ada pahala baginya bersahur. Sahur bekal tenaga Apabila kita bersahur, kita akan mendapat sedikit tenaga untuk menjalani ibadah puasa. Melambatkan sahur adalah sunat sehingga hampir waktu fajar iaitu kira-kira pada kadar membaca 50 ayat suci al-Quran sebelum terbit fajar. Di antara tujuannya ialah bagi memendekkan masa untuk menahan diri daripada kelaparan dan daripada melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa. Adalah diingatkan bahawa makanan yang dimakan ketika bersahur biarlah sesuai dan sederhana mengikut kemampuan masing-masing. Tidak perlu makan terlalu banyak. Tetapi, jika dilihat kepada tradisi masyarakat hari ini, menyediakan makan untuk sahur seperti menyediakan lauk ketika hendak berbuka. Tidak salah untuk makan dengan kuantiti yang banyak kerana sesetengah individu berpendapat apabila kita makan banyak, kita tidak akan cepat lapar. Hakikatnya, terpulang kepada individu untuk makan sebanyak mana yang diinginkan. Yang penting, kelebihan bersahur tidak dilupakan. Namun begitu, tidak ramai yang mengikut amalan Rasullullah s.a.w yang mana bersahur dengan sebiji kurma dan segelas air pun sudah mencukupi kerana Rasulullah s.a.w pernah bersabda, jika terdapat buah kurma (tamar) maka itu adalah lebih baik kerana itu adalah makanan orang yang beriman. Namun begitu, hari ini menyaksikan semakin ramai khususnya anak muda tidak gemar atau tidak suka bangun awal pagi untuk bersahur. Bagi anak-anak muda di rumah, apabila ibu atau bapa mengejutkan mereka untuk bersahur, pasti liat untuk mereka bangun. Tidak cukup dengan itu, ada yang berpesan kepada ibu bapa supaya tidak bersusah payah mengejutkan mereka dan pelbagai alasan diberikan. Contohnya, tidak lapar, mengantuk, sudah makan dan sebagainya. Akhirnya, mereka akan tidur sampai ke pagi.
Anggap sahur remeh Mereka menganggap sahur adalah perkara yang remeh-temeh dan bukanlah menjadi persoalan yang terlalu besar jika tidak bangun bersahur. Ingatlah bahawa Allah s.w.t mengurniakan bulan rahmat ini setahun sekali. Kita perlulah menghargainya dan mengambil peluang ini untuk mengutip sebanyak mungkin pahala. Situasi sekarang ialah anak-anak muda lebih gemar makan sebelum tidur. Mereka akan makan sekitar waktu 12.00 tengah malam hingga 2.00 pagi yang dianggap waktu ideal untuk bersahur, sedangkan Allah s.w.t menggalakkan umatnya bersahur apabila sudah sampai waktu imsak. Adalah digalakkan menutup sahur dengan minuman bersusu dan elakkan makanan pedas untuk mengelakkan makanan tidak hadam. Akan tetapi, anak muda zaman sekarang 'lebih bijak' dengan bersahur sebelum tidur. Ada sesetengah mereka yang makan dengan banyak pada tengah malam walhal semasa berbuka tadi, sudah banyak makanan yang dihabiskan. Tidakkah mereka tahu apabila makan dengan banyak, mereka akan menjadi lebih letih dan penat? Renung-renungkanlah. Makan tanpa henti akan menyebabkan perut tidak berasa selesa dan akan mengundang penyakit lain seperti sakit perut dan sebagainya. Perut kita bukanlah seperti robot yang perlu disuruh bekerja setiap masa. Ia juga perlu berehat. Oleh kerana itulah, kita disuruh bersahur awal pagi dan bukannya di tengah-tengah malam seperti yang dilakukan oleh sesetengah anak muda sekarang. Sikap tersebut perlu diubah kerana makan di tengah malam tidak digalakkan kerana tidak baik untuk kesihatan. Umumnya, masyarakat kita sudah biasa dengan situasi di mana selepas makan, pasti akan mengantuk. Maka, di mana keberkatan bulan Ramadan yang kita cuba lengkapkan apabila kita lena dibuai mimpi daripada bangun di tengah malam untuk beribadah kepada Allah? Fikir-fikirkanlah. Latih anak bersahur Sebagai individu yang lebih dewasa, ibu bapa perlu mengingatkan anak-anak mereka bahawa amalan bersahur sangat penting dan perlu dilakukan pada waktu yang betul, bukan makan sebelum tidur. Banyak keberkatan yang boleh didapati daripada amalan bersahur. Antaranya ialah memperoleh balasan dan ganjaran pahala daripada Allah s.w.t. Ia juga memberi kekuatan untuk beribadat dan kecerdasan kepada orang yang berpuasa bagi menghadapi rasa lapar dan dahaga di siang hari. Berdoa pada waktu sahur juga mempunyai barakah kerana pada waktu itu, rahmat turun dan doa terangkat sekali gus menghalang perbuatan-perbuatan tidak sopan yang dipengaruhi oleh kesan berlapar di siang hari, selain memberi kekuatan beribadat pada siang hari dan pelbagai lagi. Oleh itu, marilah kita bersama-sama menghidupkan bulan yang penuh dengan kemuliaan ini dengan bersahur. Selain itu, ini adalah peluang terbaik bagi kita melatih diri bangun pada awal pagi kerana pada bulan biasa, kita akan terus tidur sampai ke subuh. Di samping itu, bagi orang yang bangun sahur, mereka tidak sepatutnya melepaskan peluang untuk melakukan amal-amal saleh seperti berzikir, membaca al-Qur'an dan bersembahyang sunat tahajud dan sunat witir. Ambillah peluang ini untuk mengubah dan memperbaiki diri. Semoga Ramadan kali ini menjadikan kita insan yang bertakwa di sisi-Nya.

13 September 2008

MADRASAH RAMADHAN




Daripada Abu Hurairah daripada Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: Sesiapa yang berpuasa Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuninya segala dosanya yang telah lalu. (Diriwayat oleh imam Nasai'e, Ibn majah, Ibn Habban dan Baihaqi)

Abu Hurairah telah berkata: Aku telah mendengar Rasulullah S.A.W bersabda tentang Ramadhan yang bermaksud: Sesiapa yang mendirikannya(Ramadhan) penuh keimanan dan keikhlasan diampunkan baginya apa dosanya yang telah lalu. (Hadis riwayat Bukhari, Muslim, Tarmizi, Abu Daud, Nasai'e,Malik,Ahmad dan Baihaqi)




Daripada Abu Hurairah telah berkata: Rasullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud : Sembahyang yang difardhukan kepada sembahyang yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan Jumaat kepada Jumaat yang sebelumnya merupakan penebus apa antara keduanya, dan bulan kepada bulan(iaitu Ramadhan) merupakan kaffarah apa antara keduanya melainkan tiga golongan : Syirik kepada Allah, meninggalkan sunnah dan perjanjian (dilanggar). Telah berkata Abu Hurairah: Maka aku tahu perkara itu akan berlaku, maka aku bertanya: Wahai Rasulullah! adapun syirik dengan Allah telah kami tahu, maka apakah perjanjian dan meninggalkan sunnah? Baginda S.A.W bersabda : Adapun perjanjian maka engkau membuat perjanjian dengan seorang lain dengan sumpah kemudian engkau melanggarinya maka engkau membunuhnya dengan pedang engkau, manakala meninggal sunnah maka keluar daripada jamaah (umat Islam yang majoriti/sawadul a'zhom). (Hadis riwayat Ahmad, Al-Hakim, dan Baihaqi)

Daripada Abi Soleh Az-Zayyat bahawa dia telah mendengar Abu Hurairah r.a. berkata: Rasulullah S.A.W telah bersabda yang bermaksud: "Setiap amalan anak Adam baginya melainklan puasa maka ia untukKu dan Aku akan membalasnya. Dan puasa adalah perisai, maka apabila seseorang berada pada hari puasa maka dia dilarang menghampiri (bercumbu) pada hari itu dan tidak meninggikan suara. Sekiranya dia dihina atau diserang maka dia berkata : Sesungguhnya aku berpuasa demi Tuhan yang mana diri nabi Muhammad ditanganNya maka perubahan bau mulut orang berpuasa lebih harum di sisi Allah pada hari qiamat daripada bau kasturi, dan bagi orang berpuasa dua kegembiraan yang mana dia bergembira dengan keduanya apabila berbuka dia bergembira dengan waktu berbukanya dan apabila bertemu Tuhannya dia gembira dengan puasanya." (Hadis riwayat imam Bukhari, Muslim, Nasai'e, Ahmad, Ibn Khuzaimah, Ibn Habban dan Baihaqi)

MUTIARA MENAWAN DARIPADA HADIS-HADIS KELEBIHAN RAMADHAN

1. Semua hadis menceritakan tentang kelebihan Ramadhan yang merupakan sebagai suatu simbol kecintaan Allah s.w.t. kepada para hambaNya.

2. Janji limpahan rahmat dan keampunan yang meluas di bulan Ramadhan, merupakan antara motivasi daripada Allah s.w.t. buat para hambaNya, dalam rangka untuk memperbaiki hubungan kehambaan mereka kepada Allah s.w.t. di samping menjadi pemangkin bagi menyuntik semangat baru bagi para hambaNya untuk terus berjalan menujuNya.

3. Ramadhan menjanjikan suatu madrasah tarbiah yang bermakna buat para hamba Allah s.w.t., kerana di dalamnya, para hambaNya dapat melatih diri dalam menjaga niat dan keikhlasan kepadaNya dalam setiap amalan.

4. Hadis-hadis ini juga menceritakan tentang kepentingan keikhlasan dan keimanan kita dalam menunaikan ibadah, kerana amalan hanya diterima dengan niat yang ikhlas.

5. Puasa mampu menjadi perisai diri daripada terjebak ke lembah maksiat, jika ianya dilakukan dengan penuh keikhlasan dan ketaqwaan. Begitu juga, ia mampu menghapuskan segala dosa jika seseorang bertaubat dengan taubat nasuha, seterusnya melakukan ketaatan sebagai ganti (kaffarah) bagi dosa-dosa tersebut.

6. Puasa bukanlah sekadar menahan lapar dan dahaga semata-mata, tetapi menahan seluruh anggota daripada kemaksiatan dan kedurhakaan kepadaNya.

7. Bau mulut orang berpuasa lebih harum daripada bauan kasturi di sisi Allah s.w.t..

8. Orang berpuasa akan mengecapi dua kegembiraan iaitu ketika berbuka puasa bersama-sama dengan keluarga dan sahabat handai yang tersayang, dan kegembiraan apabila bertemu Allah s.w.t. kelak. Sememangnya, dalam berbuka puasa itu, kegembiraan seseorang hamba bukanlah kerana dapat memenuhi syahwat makannya setelah lama menahannya, tetapi kegembiraan hakiki seseorang hamba sewaktu berbuka puasa ialah, apabila melihat hidangan di hadapannya, dengan penuh syukur, dengan merasakan, seluruh rezeki tersebut merupakan suatu tanda kecintaan Allah s.w.t. kepadaNya.


Adapun kegembiraan ketika bertemu dengan Allah s.w.t., laksana kegembiraan sang kekasih yang sentiasa menyimpan rindu untuk bertemu dengan kekasihnya, yang telah lama berjauhan di perantauan.

Semoga puasa kali ini dapat memberi manfaat kepada seluruh umat Islam dalam usaha untuk memperbaiki hubungan diri dengan Allah s.w.t..

Wallahu a'lam...

05 September 2008

10 ADAB PUASA DAN SOLAT TARAWIH

Sebagai panduan dalam menunaikan ibadah puasa
Setiap orang yang mengerjakan puasa perlu mematuhi beberapa peraturan dan adab yang akan menyempurnakan ibadah tersebut, di antara yang terpenting :
Menjaga lidahnya daripada berdusta, mengumpat dan mencampuri urusan orang lain yang tiada kena mengena dengannya.
Memelihara mata dan telinga daripada melihat dan mendengar perkara yang dilarang oleh Syarak dan perkara yang sia-sia.
Mengawal perutnya daripada merasai makanan dan minuman yang haram atau mengandungi unsur syubhat, ter utama ketika berbuka dan berusaha sedaya upaya mungkin untuk menghasilkan pemakanan yang halal lagi bersih.
Ulama silam pernah berpesan: "Apabila kamu berpuasa, maka perhatikanlah apa yang akan dijadikan makanan berbukamu dan di manakah kamu akan berbuka?" Ia adalah panduan yang terbaik bagi mengawasi diri daripada terjebak dengan unsur-unsur makanan yang tidak halal.
Berusaha menjaga kesemua pancaindera dan anggota tubuh badan daripada mendekati atau melakukan maksiat dan perkara sia-sia. Dengan demikian ibadah puasanya akan suci dan sempurna.

Terdapat ramai yang memenatkan diri dengan berlapar dan berdahaga, membiarkan diri terdorong kepada perlakuan dosa dan noda, kerana itu puasanya rosak dan binasa dan keletihannya tidaklah berbaloi sebagaimana maksud sabda Junjungan s.a.w.: Ramai yang berpuasa tidak mendapat ganjaran daripada puasanya melainkan lapar dan dahaga! (An-Nasai).

Meninggalkan maksiat menjadi kewajipan kepada seluruh orang Islam sama ada mereka sedang puasa atau tidak, apatah lagi bagi yang berpuasa, ia lebih dituntut dan diwajibkan.

Sabda Rasulullah s.a.w. : Puasa itu adalah 'perisai', sekiranya seseorang dari kalangan kamu sedang berpuasa janganlah dia bercakap kotor, melakukan keburukan dan berbuat bodoh. Jika ada orang lain yang mengejinya atau cuba memeranginya, maka hendaklah dia katakan kepada orang itu : Saya sedang berpuasa. (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Janganlah membanyakkan tidur pada siang harinya dan makan pada malamnya, bahkan bersederhanalah pada kedua-duanya bagi menyelami keperitan lapar dan dahaga. Dengan demikian sanubarinya akan terkawal, keinginan nafsunya akan berkurangan, hatinya ceria. Itulah rahsia dan intipati puasa yang perlu dicapai.

Jauhkan diri daripada mengikut dorongan nafsu ketika berbuka dengan beraneka jenis makanan yang lazat-lazat. Sebaik-baiknya adat makannya sama sahaja pada bulan puasa dan bulan-bulan yang lain.

Penggembelingan diri di dalam mengurangkan tuntutan jasmani dan keinginan perasaan, memberikan kesan positif terhadap kecerahan hati nurani yang amat dituntut, terutama pada bulan Ramadan.

Mereka yang menjadikan keinginan nafsu perut sebagai tunggangan akal mereka ketika berbuka yang menyalahi kebiasaan pada bulan-bulan lain, sebenarnya terpedaya dengan pujukan iblis dan rayuannya yang bertujuan menghilangkan barakah (berkat) ibadah puasa mereka, nikmat limpahan ketenangan daripada Allah s.w.t., kekhusyukan diri ketika munajat dan berzikir kepada-Nya.

Sepatutnya orang yang berpuasa mengurangkan kadar pemakanannya sehingga terserlah kesan puasa itu pada dirinya. Kekenyangan adalah punca kelalaian, kealpaan, keras hati dan malas melakukan ketaatan kepada Allah s.w.t.

Sabdanya : Takungan jelik yang dipenuhkan oleh manusia adalah perutnya, memadailah baginya beberapa suapan yang dapat meneguhkan tulang belakangnya. Jika dia enggan, maka berikanlah sepertiga (bahagian perutnya) untuk makanan, sepertiga kedua untuk minuman dan sepertiga terakhir bagi pernafasannya (Riwayat Ahmad dan Tirmizi).

Terdapat ulama yang mengungkapkan kata-kata berikut: "Sekiranya perutmu kenyang, anggota-anggota lain akan lapar (akan menurut turutan nafsu), tetapi sekiranya perutmu lapar kesemua anggotamu akan kenyang."

As-Salaf as-Soleh (mereka yang terdahulu) mengurangkan perkara kebiasaan dan dorongan diri serta memperbanyakkan amal ibadat pada bulan Ramadan secara khusus, bahkan itulah adat mereka sepanjang masa.

Tidak menyibukkan diri dengan urusan duniawi pada bulan Ramadan ini, bahkan mengambil kesempatan yang ada untuk beribadat kepada Allah dan mengingati-Nya sebaik mungkin. Justeru itu dia tidak melakukan perkara duniawi melainkan sekadar keperluan hariannya atau kepada mereka yang berada di bawah tanggungannya.

Demikian yang selayaknya dilakukan pada bulan Ramadan yang mulia ini, sama seperti pada hari Jumaat yang sepatutnya dikhususkan bagi amalan akhiratnya.
Mempraktikkan amalan sunah seperti segera berbuka apabila masuk waktunya, berbuka dengan buah tamar (kurma) dan jika ia tiada memadailah dengan segelas air serta melambatkan makan sahur.

Nabi s.a.w. berbuka dahulu sebelum Baginda mengerjakan solat Maghrib. Sabdanya : Umatku sentiasa berada di dalam keadaan baik (berkat) selama mana mereka mempercepatkan berbuka (apabila masuk waktunya) dan melambatkan makan sahur. (Riwaya Ahmad, Bukhari dan Mus-lim).
Menyediakan makanan berbuka kepada orang yang berpuasa sekalipun dengan beberapa biji tamar atau segelas air. Sabda Baginda s.a.w. : Sesiapa yang menyediakan makanan berbuka bagi orang yang berpuasa, baginya ganjaran seumpama pahala bagi orang yang berpuasa, tanpa mengurangi sedikitpun pahalanya (orang yang berpuasa). (Riwayat Baihaqi dan ibnu Khuzaimah).
Memenuhi malamnya dengan amalan sunat seperti solat tarawih, witir dan sebagainya. Adalah dinasihatkan kepada para imam supaya tidak mempercepatkan solat tarawihnya seperti mana amalan kebiasaan sebahagian besar mereka di masjid dan surau.

Perbuatan tersebut menjejaskan mutu ibadah solat tarawih mereka kerana meninggalkan `wajib' solat tersebut seperti, meninggalkan tumakninah semasa rukuk dan sujud, mencacatkan bacaan al-Fatihah sebagaimana sepatutnya lantaran ingin cepat dalam mengejar waktu sehingga meninggalkan makmum di belakang tertinggal rukun-rukun penting dalam solatnya.

Amalan tarawih seperti itu menjadi tidak sempurna dan berkurangan pahalanya kerana itu berwaspadalah terhadap cara demikian dengan kembali mengamalkan ibadah solat seperti pada waktu-waktu lain, menyempurnakan qiyam, bacaan al-Fatihah, rukuk, sujud, khusyuk, hadir hati dan semua peradaban solat dan rukunnya.

Bagi makmum pula disyorkan supaya sentiasa bersama imamnya dalam mengerjakan solat tarawih itu sehinggalah selesai sama ada sebanyak 20 rakaat atau pun 8 rakaat.

Sabda nabi s.a.w. : Apabila seseorang menunaikan solat bersama imamnya sehinggalah imam itu (selesai dan) beredar, dikirakan untuknya (makmum) pahala qiyam semalaman. (An-Nasai).

31 August 2008

MARHABAN YAA RAMADHAN


Nabi bersabda:

Maksudnya: Hai manusia! sesungguhnya bulan yg penuh keagungan dan keberkatan telah menaungi kamu, bulan yg terdapat malam yg lebih baik dari seribu bulan, Allah menjadikan puasa Ramadan sebagai fardu dan qiam dimalamnya sebagi sunat, sesiapa yg melakukan kebaikan yg sunat seolah2 dia melakukan kefarduan di bulan2 yg lain, sesiapa yg melakukan kefarduan di bulan ramadan seoalah2 telah melakukan 70 kefarduan yg lain, ia adalh bulan kesabaran dan kesabaran pahalanya adalah syurga, bulan bantu membantu, bulan bertambahnya rezki org beiman, sesiapa yg memberi makan org lain utk berbuka maka diampunkan dosa2nya, membebaskan dirinya dr neraka dan mendapat pahala seperti org berpuasa (yg diberikan makanan) tanpa menjejaskan sedikit pun pahalanya. Para sahabt bertanya: "Tidak semua dikalangan kami yg mampu untuk menjamu makanan kpd org yg berpuasa?" Nabi menjawab: "Pahala ini diberikan kepada sesiapa yg melakukannya walaupun dia hanya menjamu sebiji buah tamar, steguk air atau susu. BUlan yg mana awalnya rahmat, pertengahannya keampunan dan akhirnya bebas dr neraka. Sesiapa yg meringankan beban hambanya Allah akan mengampunkannya dan membebaskannya dr neraka. Hendaklah dia memperbanyakkan empat perkara, 2 perkara yg mendapat keredaan Allah dan 2 perkara yg kamu mesti lakukan. Adapun 2 perkara yg mendapat keredaan Allah adalah ucapan penyaksian la ilaha illa Allah dan mengucapkan istigfar. Adapun dua perkara yg mesti kamu lakuannya ialah minta syurga dan berlindung dr neraka. Sesiapa yg memberi minum org yg berpuasa maka Allah akan memberi minumnya air dr kolamku nyg menyebabkan dia tidak akan rasa dahaga selamanya. Dia akan sentiasa diberi minum sehinggalah dia masuk syurga. (HR IBnu KhuZaimah, haithami dan Baihaqi)

Nabi bersabda:

إذا جاء رمضان فتحت أبواب الجنة وأغلقت أبواب النار وصفدت الشاطين
Maksudnya: Apabila tibanya ramadan maka akan dibuka pintu syurga, ditutup pintu neraka dan akan dibelenggu syaitan2. (Hr Muslim)

Nabi bersabda:

من قام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من ذنبه

Maksudnya: Sesiapa yg menghidupkan ramadan dgn ibadah dgn penuh keimanan dan mengharapkan ganjaran Allah maka diampunkan dosa2 yg telah lepas.(Hr Bukhari dan MUslim)


Merungkai kejayaan umat bulan ramadan
Sebahagian umat Islam hari ini mempunyai persepsi yang salah tentang puasa dan aktiviti-aktiviti orang berpuasa. Puasa bagi mereka adalah istirehat dengan menghabiskan sebahagian besar waktu siang dengan tidur. Amalan ini menjadikan mereka malas, tidak aktif dan mudah tersinggung. Sepatutnya semangat Ramadan ini akan memberangsangkan mereka dalam meningkatkan aktiviti pekerjaan harian.
Seingat kita banyak peristiwa penting dalam sejarah di mana dalam bulan Ramadan pelbagai peristiwa menggambarkan kekuatan dan kehebatan umat Islam di dalam menghadapi golongan kufur. Pada bulan Ramadan inilah juga, Nabi Muhammad SAW memerintahkan agar masjid al-Dhirar yang dibangunkan oleh kaum munafik Madinah di robohkan.
Pada 17 Ramadan 2H, Allah SWT memisahkan kebenaran dari kebatilan dalam perang Badar di mana Allah memberi kemenangan kepada umat muslim yang ketika itu hanya 313 sahabat dibandingkan dengan 1000 musuh. Allah telah menurunkan 1000 malaikat kepada mereka untuk ikut memperkuatkan barisan kaum muslim. Firman Allah SWT:
(Ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada Tuhanmu lalu diperkenankan- Nya bagimu: Sesungguhnya Aku akan mendatangkan bala bantuan kepada kamu dengan seribu malaikat yang datang berturut-turut. Dan Allah tidak menjadikannya (mengirim bala bantuan itu), melainkan sebagai khabar gembira dan agar hatimu menjadi tenteram kerananya. Dan kemenangan itu hanyalah dari sisi Allah. Sesungguhnya Allah Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (al- Anfaal ayat 9-1).
Pada hari ke-11 bulan Ramadan, Rasulullah saw berjaya menakluki kembali kota Mekah tanpa peperangan. Untuk pertama kalinya dalam sejarah Mekah, sahabat Nabi SAW yang mulia, Bilal ra, naik di samping Kaabah, mendengarkan pada dunia suara Allahu Akbar. Bergemalah suara itu ke seluruh penjuru kota Mekah.
Pada bulan Ramadan juga berlaku peperangan antara Thariq bin Ziyad yang memimpin 12,000 tentera Islam dengan pasukan Kristian yang diketuai Roderik yang memimpin 90,000 orang tentera. Kemenangan dicapai oleh umat Islam dan selama 700 tahun Islam bertapak di bumi Sepanyol.
Demikian makna dan peringatan bulan Ramdan terkumpul istilah ibadah, jihad dan kemenangan. Bukan sekadar lapar dan dahaga sahaja. Bulan Ramadan terus menjadi bulan ujian dan bulan yang memudahkan jiwa kita yang bertaqwa bagi menghadapi tentangan yang nampak mustahil.
Kita memerlukan kaum muslim yang dapat mencontohi teladan Nabi SAW .Thariq bin Ziyad, Salahuddin Al Ayyubi dan pahlawan-pahlawan Islam lain bagi meneruskan tradisi ini. Firman Allah SWT:
Dan Allah telah berjanji pada orang-orang yang beriman di antara kamu dan mengerjakan amal-amal soleh bahawa Dia sungguh-sungguh akan menjadikan mereka berkuasa di bumi, sebagaimana Dia telah menjadikan orang- orang yang sebelum mereka berkuasa, dan sungguh Dia akan meneguhkan bagi mereka agama yang telah diredai-Nya untuk mereka, dan Dia benar-benar akan menukar (keadaan) mereka, sesudah mereka berada dalam ketakutan menjadi aman sentosa. Mereka tetap menyembahKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu apa pun dengan Aku. (Surah an-Nuur ayat 55).
GambaranRamadan juga bulan yang penuh dangan gambaran terhadap nilai-nilai kemanusiaan. Ketika rasa lapar dan haus hadir dalam diri kita,maka keikhlasan kita ketika melaksanakan ibadah Ramadan tercermin daripada perilaku kita untuk mencapai keredaan Allah. Salah satu sasaran awal puasa ialah lapar. Kerana dengan laparlah si kaya dan si miskin menjadi sama darjat. Lapar merupakan salah satu keadaan umum yang dimiliki oleh kaum daif dan orang miskin. Kemiskinan harta mengakibatkan mereka tidak mampu membeli sesuatu yang dapat menghilangkan rasa laparnya. Pada bulan Ramadan yang suci ini, Allah SWT berkehendak si kaya ikut merasakan derita lapar sebagaimana yang dialami saudaranya yang miskin. Dengan lapar yang dirasakan si kaya, mereka akan turut merasakan pedih dan peritnnya rasa lapar. Dengan ini si kaya mulai berasa simpati kepada orang miskin yang sangat akrab dengan rasa lapar, sampai akhirnya tumbuh rasa kasih di dalam hati si kaya.
Inilah yang hendak dicapai melalui puasa. Jika lapar adalah sasaran awal, maka belas kasih adalah sasaran akhir daripada puasa. Dengan belas kasih inilah si kaya terdorong melakukan sesuatu bagi menolong orang yang lemah dan miskin.
Lapar akan mewariskan hikmah, mewariskan keterjagaan hati dan dorongan mendekatkan diri kepada Allah SWT, serta melazimkan kesedihan dan meringankan pertolongan di antara manusia, juga mewariskan perkataan yang benar, dan ia tidak peduli, apakah ia hidup senang atau susah.
Rasa lapar akan membangunkan hati yang tertidur dan membangkitkan jiwa yang lemah dan lalai. Rasa lapar dapat menggoncang kesedaran rohani seseorang daripada malas dan berfoya-foya. Mata batin orang yang lapar akan terbuka menangkap rahsia-rahsia kehidupan dan tanda-tanda zaman. Ia menjadi ibrah pelajaran dalam kehidupan. Akhirnya, orang yang lapar sanggup mencerap hikmah-hikmah daripada Tuhannya. Orang yang lapar akan ringan tubuh dan gerakannya. Kerana itu pula ia menjadi ringan melakukan segala kegiatan ibadah ritual dan ringan tangannya untuk melakukan pertolongan dan bantuan sebagai realisasi daripada ibadah sosialnya. Lalu bagaimana puasa dapat melahirkan cinta Ilahi? Allah mencintai orang yang sengaja berlapar diri atau berpuasa, kerana salah satu karakter para kekasih Tuhan (wali Allah) adalah berlapar diri. Di dalam hadis, mikraj menyebut beberapa sifat wali Allah,"perut mereka tipis dari makanan halal"
Kita tidak dapat memperoleh cinta-Nya sebelum kita sanggup mencintai sesama manusia. Ini bererti, puasa mesti menghasilkan kepekaan jiwa, sensitiviti sosial kepada orang yang patut dikasihi, iaitu kaum daif yang sering mengalami kelaparan.















Kita akan menghadapi bulan puasa dalam bulan Ramadhan yang mulia yang jatuh pada bulan September ini. Sesungguhnya pada bulan ini lah kita akan kembali kepada alam fitrah yang semula jadi jika kita puasa mengikut sunnah Rasulullah s.a.w.
Pada ketika kita mengamalkan puasa itulah kita akan melakukan beberapa ibadah yang menyesuaikan diri kita dengan alam kejadian kita.
Amalan puasa yang bermula dengan sahur waktu malam dan berbuka waktu Maghribnya memakan masa lebih kurang tiga belas jam.
Masa itulah yang sebenarnya diperlukan oleh tubuh untuk menghadam makanan keseluruhannya. Makanan yang masuk ke dalam perut itu akan dihadam menjadi sel, darah, otot dan lain-lain.
Inilah sepatutnya kita lakukan hari-hari tetapi dalam keadaan sebenarnya dalam tabiat kita makan sehari-hari kita makan banyak kali ?sarapan, makan pukul sepuluh, makan tengah hari, makan dan minum teh petang dan makan malam ? di mana belum pun sempat proses penghadaman berlaku sepenuhnya makanan dimasukkan ke dalam perut terus menerus sehingga proses penghadaman terganggu.
Ini menyebabkan makanan yang tidak sempat dihadam akan diketepikan sahaja dan membusuk di dalam perut dan usus. Gas pun terkumpul dan gas ini menyebabkan kita sakit perut, sakit kepala dan bila gas dan toksid naik ke permukaan kulit di muka maka jerawat timbul, kelumumur dan macam-macam lagi.
Maka puasa di siang hari sebenarnya kembalikan kita ke alam fitrah di mana kita telah mendisiplin diri kita makan ikut fitrah dan ini sesuai dengan sains perubatan.
Ketika berbuka, hendaknya jangan kita makan banyak cukup sekadar minum segelas air dan makan kuih sedikit atau makan sedikit kurma.
Kemudian kita tunaikan solat Magrhrib. Setelah itu minumlah sedikit demi sedikit setiap setengah jam hingga waktu jam sebelas malam barulah makan yang berat sedikit.
Kalau kita terus makan dengan banyaknya ketika berbuka ianya akan menyebabkan perut menjadi terkejut dan mengalami sakit. Bila kita hendak memulakan perjalanan dengan kenderaan kita tidak memulakan enjin dengan kuat tapi dalam keadaan perlahan-lahan sebelum melajukan kenderaan. Begitu juga dengan tubuh kita.
Begitu juga ketika kita bersahur jangan makan banyak sangat. Ketika kita puasa disiang hari tubuh kita akan menghadam makanan yang kita makan ketika bersahur.
Kalau kita makan banyak maka banyaklah kerja alat penghadaman kita maka kita akan menjadi tersangat letih kerana kekuatan tenaga akan tertumpu pada penghadaman sahaja. Sedangkan disiang hari kita perlu juga terus bekerja mencari nafkah untuk diri dan keluarga.
Solat fardu
Dan sudah tentu kita mesti menunaikan solat-solat fardu yang lima waktu. Kalau pada hari dan bulan lain dari Ramadhan kita lakukan solat tapi tidak regular maka pada bulan Ramadhan lakukanlah dengan penuh semangat tanpa ponteng.
Pada orang yang tidak solat dia tetap akan membasuh muka dan tangan sekejap-kejap untuk merasa nyaman bekerja maka waktu solat sudah tentu kita akan membasuh muka dan lain-lain kawasan tubuh kita; maka dengan sendirinya kita telah merasa nyaman, bersih dan membersihkan diri kita dari dihinggapi jutaan kuman pada kulit kita yang terdedah. Tambahkan pahala kita dengan solat-solat sunnat rawatib.
Solat tarawih
Pada malam harinya kita solat tarawih atau nama sebenarnya solatullail. Pada siang hari dengan kikta berpuasa maka perjalanan darah agak 'slow' sedikit maka dengan kita solat terawih kelancaran perjalanan darah menjadi laju sedikit dan kembalikan kita kepada edaran darah yang normal.
Sesungguhnya solat tarawih sepatutnya dilakukan setiap hari, tarawih pada bulan Ramadan adalah sebagai latihan kepada bulan-bulan yang lain.
Mengaji al-Quran
Kita digalakkan membaca al-Quran pada setiap malam Ramadan sebagai latihan kepada membaca al-Quran setiap hari di bulan-bulan selain Ramadan.
Bila kita membaca al-Quran kita mencipta gelombang suara, secara automatik kita mencas kuasa elektrik-magnetik di dalam diri kita, mata kita bergerak, otot-otot muka bergerak, leher kita bergerak, telinga bergerak untuk mendengar bacaan kita itu, 'MAKA JADILAH KEPALA KITA SEPERTI KOTAK SUIS ELEKTRIK' atau seperti komputer yang diberi isiannya.
Inilah satu daripada kebaikan membaca al-Quran setiap hari, tetapi hari ini kita perhatikan amalan bacaan al-Quran tidak lagi menjadi amalan seharian umat Islam. Kalau ada pun mereka menyimpan kaset atau CD al-Quran sahaja.
Kalau di rumah kita baca dengan anggota keluarga kita dan ini akan rapatkan hubungan antara ibu bapa dan anak-anak. Di peringkat masyarakat membaca atau bertadarus di surau dan masjid akan merapatkan ukhuwah Islamiyah di kalangan penduduk.
Orang yang puasa dengan sendirinya mendisiplinkan dirinya dengan tidak makan dan minum di siang hari, menjauhkan perkara maksiat dan lain-lain perkara mungkar.
Dan dia bersama-sama jutaan umat Islam seluruh dunia melakukan puasa ini .Gambarkan keadaan suasana puasa, buka ,sahur dan melakukan ibadah solat tarawih dan tadarus al-Quran di seluruh dunia oleh umat Islam ? alangkah indahnya suasana ini.
Maka sesungguhnya dengan ibadah puasa manusia telah kembalikan dirinya ke alam fitrah.



























































Diputih gumpalan awan tercipta selaksa makna, pekatnya malam mengukir jiwa yg taqwa bagi sang pemburu cinta suci diatas suci, warnai awalan pembersihan diri, sebentuk ma'af kupinta tuk hapus sgala alfa. Mohon dari sebuah kerendahan hati dengan segenap keterbatasan diri, sepenuh harap yg terpunya saya mohon ma'af yg seikhlas ikhlasnya atas semua kesalahan yg saya lakukan atas dasar sengaja maupun kekhilalaf.....



Dalam Islam, persediaan yang paling penting ialah jiwa untuk melakukan perbersihan jiwa. Ada di kalangan orang Islam sendiri tidak bersedia untuk membersihkan hati dari sifat mazmumah dan kotoran dosa. Antaranya seorang mukmin itu perlu memberi ruang masa dengan membaca al-Quran dan berzikir.
Bagi kita yang hidup di akhir zaman ini, kedua-dua amalan ini sudah cukup untuk meringankan anggota badan beribadat sepanjang Ramadhan termasuk puasa, tarawikh dan qiamulail. Ia ibarat kereta, jika tak servis pemanduan tidak lancar. Setelah diservis, pasti lancar pemanduannya.

24 August 2008

Pengajian Tafaqquh Fid Din 08



salam tafaqquh diucapkan kpd semua...kpd semua ahli2 sahah khususnya,...diharap dpt mngikuti pngajian ni.....sama2 lah kite menambah thaqofah ketika duk di mesir ni.Syeikh Nuruddin dah ler dtg jejauh dr indon,kite kena sambut aaa...skurang2nye pg jmpa dia...tabarukan katekann....jom sesama kite pkt gi ngaji....di hayyu asyier,rmh terengganu....sementara masih ader waktu...

19 August 2008

Pejuang-pejuang Allah yang ku kagumi..

Assalamu’alaikum wrt..

Wahai pejuang agama Allah yang kukagumi,

Siapalah diriku untuk mencoret warkah nasihat padamu kerana aku insan lemah,jahil ilmu malah kurang amalanku berbanding dirimu, wahai Adam..Aku hanyalah Hawa yang lemah fizikalnya berbandingmu, kurang pendekatanku pada Rabb Agung, malah peminjam rusuk kirimu yang aku dapat rasakan makin hilang lurusnya.Suatu ketika, bicaramu lantang berhujah tentang Islam, agama Allah.gerakmu laju menuju rumah Allah,nasihatmu berbutir hikmah ,kepimpinanmu terserlah, terselit tegasnya..Aku amat mengagumi dalam diam, hatiku tenang, mataku bersinar,dan aku jua punya roh yang kuat dan cekal..Aku begitu yakin, engkau bakal dilahirkan sebagai pemimpin yang punya nilai-nilai deen, engkau akan melahirkan lebih ramai generasi-generasi al-Quran dengan semangat juangmu, engkau jentera penggerak dakwah Islamiyyah, engkau pentarbiyyah,murobbi ummah..engkau, engkau, engkau dan engkau yang sentiasa berusaha mencegah mungkar di kala ummah makin hilang moral, iman dan aqidah..engkau yang bergerak dalam jemaah, tak pernah putus asa menyahut seruan jihad fi sabilillah,engkau bakal menjadi penyelamat dan penasihat Hawa yang makin hari makin hilang serinya..engkau peneraju sirah Rasulullah, terus membimbing di kala ummah hilang arah tuju…Betapa besarnya harapan kusaat itu!!

Pertanyaan demi pertanyaan, menimbulkan konflik diri.Terpaan hidayah dari Penciptakah atau ia ujian untukku?Aku sangsi. Pada pancaindera sendiri? Tidak. Aku bukan separa sedar atau bermimpi.Sedaya aku nafikan kebenarannya kerana aku yakin padamu. Pada agamamu..Secara tiba-tiba,tanpa dipaksa berlinang air mata,kerana biar puas kunafi,tetap jua hilang dan punah harapan yang pernah tersimpan.. Mengenangkan dirimu dan sahabat seperjuangan yang hilang pedoman dan arah tuju dalam perjuangan.. Kerana CINTA, terlalai dan terleka.. Makin aku fikir sedalamnya wajarkah atau halalkah CINTA yang engkau bina?Ataupun aku yang tersalah pegangan? Kembali kuimbau sejarah dan sirah, kembali kutadabbur warkah cinta Ilahi, tiada yang halal bagimu melainkan jalan yang syarie,iaitu PEKAHWINAN..

Sabda Rasulullah : Tidak ada yang lebih patut bagi dua orang yang saling mencintai kecuali nikah. (Ibnu Majah).

Pipiku terus lencun disiram mutiara kesal,bimbang kelak tiada lagi generasi ISLAM yang bakal terlahir..sungguh, diriku bimbang! Aku bimbang sahabat…kelak, akan lahir para da’ie yang mentarbiyyah adalah dari benih yang tidak berkualiti, kerana sesungguhnya ternyata di akhir zaman orang yang akan memimpin, hanyalah golongan juhala’ yang langsung tidak mengenal agama.Andai kau yang kukenal dulu,penuh berwibawa dalam memimpin,makin menyimpang arah tuju dan makin hilang bayangmu dari jalan perjuanganmu,siapa lagi yang bakal meneruskan aksara perjuangan Rasulullah?Aku bimbang wahai AL-AMIR, orang-orang yang mentarbiyyah adalah dalam kalangan orang-orang yang makin kelam hatinya..Yang luaran berkopiah, berserban, namun di belakang tabir, penuh dengan noda yang tidak disucikan.Mungkinkah seorang yang berhati kelam akan menyucikan hati-hati kelam yang lain?Aku menangis lagi..

Pejuang yang kuharapkan,pejuang harapan ummah,

Sedarilah syaitan dan iblis itu punya rencananya sendiri.. Yang jelas dan terang haramnya,disamarkan agar minda dan fikiranmu membenarkan dan menghalalkan segala yang haram..Jelas terang, engkau pemuda yang punya benih agama dalam diri, generasi penterjemah al-Quran, pendakwah yang bakal mentarbiyyah seantero ummah, sedarlah sesungguhnya makin kuat dirimu mendekati Pencipta, makin kuat syaitan yang datang menghasut.Makin kreatif mereka mencipta rencana, membuatkan dirimu leka dengan perjuanganmu.Celiklah, wahai pejuang harapan.. kadangkala, dalam menghalalkan hubungan,secara tanpa sedar, AGAMA telah engkau pergunakan sebagai pengantara engkau dan dia..tazkirah ringkas, kata-kata hikmah dihulur, sebagai tazkiyatunnafs..qiyam suci dan murni yang selayaknya untuk Allah sebagai pengantara di pagi hari..liqa’ dan syuro sebagai wasilah antara engkau dengannya.. Betapa kreatif syaitan menjadikannya istimewa, menutup khilafmu..aku bimbang makin kelamlah hatimu nanti,wahai pejuang..!!Aku menangis lagi..

Diriku menyedari hakikat fitrah yang engkau lalui..Diriku jua manusia yang punya hati dan perasaan, punya jiwa kurniaan Allah yang terisi dengan mahabbah,cinta jua rindu..

Ketahuilah wahai imam masa depan, ISLAM langsung tidak membunuh naluri CINTA yang engkau miliki.Indahnya ISLAM,menjaga hubungan yang tercipta antara ar-rijal dan al-marah.. menjadikannya terlalu seni dan cantik, hanya dengan jalan yang suci dan diredhai..Indahnya ISLAM, telitinya ia menjaga soal keturunan dan kesucian.. indahnya CINTA dan maruah yang dipelihara…

Allah berfirman:

“Lelaki yang berzina (lazimnya) tidak ingin berkahwin melainkan dengan perempuan yang berzina atau perempuan musyrik; dan perempuan yang berzina itu pula tidak ingin berkahwin melainkan oleh lelaki yang berzina atau lelaki musyrik. Dan
perkahwinan yang demikian itu terlarang kepada orang-orang yang beriman.

(SurahAn-Nur: 3)

Kita manusia lemah,wahai mujahid harapan.. diujinya dengan ujian CINTA, sebagai bukti kasihNya.. menguji tahap keimanan dan tahap cinta kepadaNya.. Antara cinta Ilahi dan cinta insani, mana yang lebih engkau dahului?Bangkitlah pejuang agama Allah, dan sedarlah kasih sayangNya yang tidak bertepi..buatmu pemelihara cinta, yang menahan hawa nafsu daripada terus bermaharajalela, digantikan dengan gelaran “syahid” andai engkau ditakdirkan “pergi” dalam keadaan menahan cintamu..Dia berkata lagi,

“Dan orang-orang lelaki yang memelihara kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya (yang memelihara dirinya dari melakukan zina),Allah telah menyediakan bagi mereka segala keampunan dan pahala yang besar..”

(SurahAl-Ahzab: 35 )

Wahai Adam,pelindung dan pentarbiyyah..

Diriku menyedari hakikat kejadian penciptaan kaummu, yang kaumku pelemah imanmu..Imbauan sejarah jua menyaksikan prestasi kepahlawanan para pejuang tidak terlepas dari pengaruh cintanya seorang pemuda kepada pemudi.Namun, dengan kekuatan iman Umar bin Abdul Aziz berhasil memenangkan pertarungan cinta sucinya kepada Allah dari pada cinta tidak bertuannya kepada seorang gadis. Tidak ada yang salah pada cinta,cuma tudukkan naluri itu untuk patuh pada perintah Allah. Jadilah manusia yang sihat nalurinya.Jangan jadi malaikat! Kerana Allah jadikan kita sebagai manusia. Dunia dan segala isinya akan hambar tanpa naluri atau nafsu…kutahu itu!!

Duhai ADAM,mujahid harapan,

Betapa Allah mengasihimu,aku sangat meyakininya..dengarkanlah bicaraNya..hayatilah maknanya..

“Wahai orang-orang mukmin, bertaubatlah kamu kepada Allah dengan taubat nasuha..” (At-Tahrim:8 )

KekasihNya jua bersabda:

“Orang yang bertaubat dari dosa, bagaikan orang yang tidak berdosa..”

Kulorekkan mata pena dihelaian ini walau kutahu takkan hadir ia ke tanganmu kecuali dengan takdirNya.Kucuba menyucikan niat dan hati yang kotor ini agar bicara ini mampu terkesan di hatimu..Aku hanya mengenal nilai usaha, kerana selebihnya hidayah Pencipta.Justeru ketahuilah ini doaku buatmu..Betapa kuharap hatimu terbuka,mengenal jalan syariat.. Kembalilah untuk Islam yang amat-amat memerlukanmu.Membaja pepohon harapan untuk melihat engkau kembali cemerlang dinaungi Islam. Gemerlap sinarmu. Jangan Islam hilang sebutir permata di jalan sia-sia. Janganlah kau hilang di lembah berlumpur wahai al-qaid, wahai al-amir..

” boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu,
dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu,padahal ia amat buruk bagimu,
Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui.” (Al-Baqarah ayat 126)

” dan mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan sembahyang;
dan sesungguhnya sembahyang itu amatlah berat kecuali kepada orang2 yang khusyuk “

(Al-Baqarah ayat 45)

13 August 2008

Hari ke Tiga maulid





















Salam Maulid bg semua...dah masuk hari ke tiga majlis maulid Doktor Muhammad...(rse2 sampai seminggu kot) Ari ni katanya Mufti Jumhuriyyah Mesir nak datang...Doktor Ali Jum'ah..



Tapi nasib xmenyebelahi kami....bla kami dah sampai kt sahah,tengok xder pun Doktor Ali Juma'ah...tnya Doktor Muhammad,rupa2nya Syeikh Ali dah balik!!...xsempat nk jmpa!Beliau &rombongan (katenye Syeikh Usamah pun ader jgk!)datang sebelum magrib,lps tu trus pulang!sekejap jer!maklum aaa Mufti,mane ader mase free...tgh cbuk!tu pun bgs aaa,dtg jgk walaupun sekejap!si taufiq ngn kwn2nya sempat jumpa,tp xleh nk salam,ader bodyguard!

kami teruskan masuk kt dlm sahah,walaupun hampa xdpt jumpa Syeikh Ali Jum'ah!kami duduk sambil mendengar bacaan selawat,qasidah,madih versi arab..sedap aa jugak...

















Syeikh ni sedang membaca Tarannum Quran...Qorik kmpng bani amir...










































































































08 August 2008

Hari Ke-dua Maulid...


Hari kedua ni,merupakan hari utk assyua'ro'..iaitu majlis kedatangn para penyair2,ahli bahasa,pemadih2...dll...kali ni tetamu istimewa tlh datang iaitu Dr Umar Hasyim..Doktor Syukbah Hadis Kuliah Azhar..















Kelihatan Doktor Umar Hasyim duduk bersebelahan dgn Doktor Muhammad....bru sampai..

















Lepas tu,beri peluang kat Doktor utk bercakap,dgn memuji Doktor Muhammad,ttg kebaikannya,kewarakannya,dan lebih2 lg merupakan dari keturunan ahli Bait Nabi..sbb ana selalu tgk bila sesape tetamu yg datang mesti diorang cium tgn,pipi Doktor...tanda rasa hormat kt keturunan Nabi...















Ni..sebahagian tetamu2(org2 besar)yg turut sama hadir bersama ngn Doktor Umar Hasyim...tgh dengar Doktor bg ucapan....















Sebahagian tetamu yg hadir....ana xberapa knal aaa...letak gambar je lah!time ni aa bru leh mengenali org2 besar mesir,doktor2 azhar ke,ahli2 kerajaan ke,dll.Tp..besenye yg duk di kerusi barisan depan ni..terdiri dr bekas@doktor2 azhar yg seangkatan ngn Doktor Muhammad

















Ni plak giliran Ustaz Husni yg ader peluang utk bercakap2 ngn Doktor Umar Hasyim..(Ustaz Husni bg Kitab karangannya kt Doktor)
















Selepas tu kami dijamu makan....time ni seme nak kan!free plak tu...ni ah kebaikan,kemurahan Doktor Muhammad,sape2 yg datang kat sahahnya,semenye akan dijamu...

















Kami pon nk bergambar jugak ngn tokoh Azhar ni...tp...Ustaz Najib yg dpt lebih.....


















Kami duk kt luar,sambil2 tnggu majlis habis...lama gak tu...kat pkul2 pg bru sudah!...sebelah tu..bebudak konvoi beskal...ana ari ke dua xpg...injured!ari ke tiga bru g...

07 August 2008

Maulid Doktor Muhammad Mahmud Hasyim 08





Doktor Muhammad Mahmud Abu Hasyim,merupakan Amid Kuliah Usuluddin Azhar,Zaqaziq,07/08.dan juga salah seorang ahli di Al-Azhar,Cairo.Beliau merupakan dari keturunan Ahli bait Nabi,dan juga masyaikh torikoh alhaasyimiyyah.Beliau mewarisinya drpd ayahnda beliau sendiri,merupakan pengasas tarikoh ini,Fadilah Assyeikh Mahmud Abu Hasyim Rahimallahu alaih. Assyeikh merupakan tokoh ulamak alazhar ketika dahulu pd zaman kegemilangannya.Maqamnya berada di dalam masjid Kmpng Bani Amir,Zaqaziq,Syarqiah,disebelah rmh D.Mohd.bersama ngn maqam datuknya.Moga rohnya dicucuri rahmat ilahi.Al-Fatihah...

Doktor Muhammad,merupakan seorang tokoh sufi yg disanjungi,kerana ketawadokkannya,kemurahannya,dll.Beliau merupakan tokoh yg disayangi oleh penduduk kampung Bani Amir,kerana kebaikannya membuat kerja2 amal&menolong org2 kmpng.Beliau jg selalu memberi bantuan kewangn kpd org2 fakir di kmpngnya,tk kira sesiapa yg meminta,beliau tetap akn memberinya,walaupn sedikit jmlahnya.Beliau memberi peluang kpd org2 kmpngnya pd setiap jumaat,utk apa2 hajat. Buktinya,setiap hari jumaat,selepas solat jumaat,dibuat majlis spt ceramah,tazkirah,qasidah,bacaan alquran berlagu,besenya qari jemputan yg hebat akn membaca,selepas tu,para hadirin akan bersalaman dgn Dr.Mohd.selepas tu ke sahah di sebelah masjid,yg mana utk majlis bersama org2 kampung.Org2 kmpung dijamu dgn makanan nasi arab,syai,naknak(minuman febrait kami)dll.selepas tu,berduyun2 aa org2 kmpng berjumpa ngn Dr.Bermcm2 jenis manusia dtng,msng2 mempunyai hajat yg tersendiri.
Besenye,ari tu,akan datang org2 besar menziarahi,samada Doktor2 Azhar,ulamak2,pembesar kerajaan,exco2 negeri,dll.Termasuk laa kami squad sahah.Setiap jumaat kami akan meluangkan masa utk ke sana,kerana Ustaz Husni akan membacakan kitab Shahih Bukhari,sambil didengari oleh Dr Mohd yg mana merupakan doktor syukbah hadis di kuliah usuluddin,merupakan pakar hadis,Muhaddith.Beliau juga mempunyai sanad,ijazah.Amalan ni sudah jarang dibuat,iaitu merupakan amalan ulamak2 hijazi dahulu,jd Ustaz Husni telah menghidupkannya semula dgn kebenaran Dr Mohd.Ustaz Husni akan membacanya setelah selesai urusan Dr dgn org2 kmpng@ org2 yg berhajat.

Pada 6/8/2008,9 mlm,kami menerima berita ada dibuat majlis maulid Dr Muhammad,kami bersiap utk ke sana,dgn menaiki basikal(setiap ahli sahah memiliki sebuah basikal)
kami berkumpul di depan rmh amir,servis pe yg patut,posing lu.sbb kami tak tahu samada ada tremco pd mlm hari,jd kami mencuba nasib dgn berbasikal.Kami memulakan perjalanan dr umh amir,ke sana.Meredah mlm hari dgn kesibukan penduduk zaqaziq keluar mlm mencari rezki dn membuang duit.Bila dh smpai persimpngn ke kwsn pekmpngn,kami begerak berkumpulan,dgn beratur.sbb kwsn tu krg ader lampu jalan,sekejap gelap,sekejap terang.Lbh kurang sejam,alhamdulillah,kami sampai dgn selamatnya(perjalanan jauh pertama buat kami)lbh kurang 5km.smpai dlm keletihan&berpeluh.

Kawasan kmpung bani amir dah dipenuhi org ramai,penjual2,siap ader funfair lg.kami trs ke sahah,msk bersalaman dgn syeikh,ketika tu ada seorng doktor sedang bersyair.Lps tu,seorang qari membacakan quran berlagu,kami dgr dgn khusyuknya,sebijik mcm Mohd Basit(kate aiman aa) kami layan jer.
lps tu doktor Syed Arom(bks amid kuliah)memberi ucapan.
kami dgr cmpur ngn xfaham.lps tu kami dijamu makanan,mmg special aa mkn mlm tu,dagingnya sebijik rase mcm gulai malaysia,pandai dia buat.



kami sedang menikmati syai@naknak...mmg puas!kalu xminum,mcm ade kurang jer,xsenang duduk dibuatnye..









kami bergambar di depan sahah..sblm bertolak pulang..Arab di tgh tu yg pkai jubah ungu muda Abdul Wahab namanya dn kawannya..










bdk2 ni memang suka berposing!biar lah...kenang-kenangan...








Lps 1,2 jam duk situ,kami mntak izin ngn Dr Mohd utk pulang,dah kul1 pg daa.tapi ader mslh plak,ader tamu yg ingn menumpang basikal kami,jd terpaksa aa kongsi beskal,ana terpaksa menbonceng anip yg berat tu...huhuhu...beskal amir plak bocor...dia kogsi ngn din..jalan aa kami ,walaupon berat..berkayuh slow2..rupa2nya..tayar beskal ana bocor jgk..aduii..bru suku jalan!jauh lg nk smpai mauaf...terpaksa aaa berkayuh membawa anip yg berat...setiap 5 minit kami berdua berhenti pam tayar,bertahan mcm tu aa...aduh...seksanya...letih!
lebih stgh jam kami pn smpai di mauaf...bru aaa leh naik teksi..yg berkongsi naik teksi blk umh..tnggal yg berbasikal jer..terus berjalan lg..smpai tgh jalan,ana xleh nk jln aaa,kpala pening,berat,mcm nk pitam aa..beskal wk hal plak.Terpaksa tahan teksi,skali bwk beskal atas teksi,seme tksi xmau..last2 jmpa prebet malaki,bwk aa 2 bijik beskal kt blakang bonet,ana sorang naik,kna 5genih!pergh!...xpe aah ..drpd pengsan tgh jalan!..sampai umh,terus tdo....tamat ari pertama...